Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

07 September 2009

Aku dan Realiti Duduk Asrama

Esok anak aku yang sulung akan menghadapi peperiksaan UPSR. Wife aku dah risau semacam tapi yang empunya diri buat biasa sahaja. Masih boleh lagi membelek2 team bolasepak dia dalam PSP. Sebagai anak sulung dia menjadi contoh teladan kat adik2 dia. Jadi dia perlu score 5A. Kalau tengok pelajarannya yang lepas2, insyaAllah ada harapan. Masa percubaan dulu pun, dia masih boleh maintain 5A. Jadi aku taklah risau sangat. Setakat UPSR belum lagi menjamin apa2. Kejayaan dalam UPSR belum bermakna kejayaan dalam hidup. Banyak lagi ujian dan peperiksaan lain yang perlu ditempuhinya.

Minggu ini kat sekolah dia, semua tengah sibuk isi borang untuk masuk ke asrama penuh. Ramai kawan2 dia yang nak mintak masuk asrama. Wife aku pun sama. Tapi aku dah pernah rasa duduk asrama dulu. Macam2 pengalaman pahit manis aku dah lalui. Jadi aku langsung tak galakkan anak aku masuk asrama. Lebih banyak masalah daripada kebaikan. Setakat nak masukkan anak ke asrama untuk dapatkan nama dan glamour, sudahlah. Tak kemana perginya nanti. Kat klinik aku ada satu sekolah asrama. Setiap kali awal tahun, ramailah budak2 tingkatan satu datang klinik aku. Demam sikit aje tapi air mata berjurai2. "Best tak duduk asrama?" itu soalan wajib aku. Semuanya geleng kepala. Ini aku nak cerita pengalaman aku menjadi freshie selama 2 tahun di sekolah berasrama penuh.

Selepas SRP, aku dapat tawaran masuk sekolah berasrama penuh di Sek Men Sains Johor Kluang. Aku dapat panggilan second intake iaitu masuk pada pertengahan tahun. Second intake maksudnya ada kekosongan kat sekolah itu disebabkan ada calon2 awal yang menarik diri, mintak keluar sekolah ataupun sebab2 yang lain. Kira aku calon2 simpananlah gitu. Aku pun bukannya berminat sangat nak masuk asrama tetapi disebabkan memenuhi permintaan emak dan untuk menyahut cabaran, aku terima juga tawaran itu. Masa tu aku tak fikir langsung pasal buruk baiknya. Yang penting aku dapat belajar dengan lebih sempurna demi memenuhi cita2 dan impian untuk menjadi seorang yang berjaya.

Semasa hari pertama pendaftaran, ada lebih kurang 15 orang lagi pelajar lain yang masuk saing dengan aku. Masa emak bapak aku ada, pelajar2 lain jeling2 dan pandang semacam aje. Takda seorang pun yang nak senyum kat kita termasuklah para pengawasnya. Nanti aku kasi tahu apa sebabnya. Saat paling sedih ialah bila emak dan abah dah balik dan aku tinggal sorang2 kat situ. Sayu sungguh perasaan masa tu. Yang aku bengang ialah cikgu merangkap warden merangkap cikgu pengawas yang beritahu kat semua pengawas yang aku menangis masa emak bapak aku balik. Seminggu aku kena ejek dengan kawan2.

Walaupun status aku ialah pelajar terbaik SRP kampung aku, aku ditempatkan di kelas paling corot. Kat sekolah itu, berlambak2 yang dapat agregat 7 macam aku. Yang dapat 5A1 ada 40 orang. Cukup satu kelas. Aku nama aje pelajar terbaik, tapi cuma dapat 3A sahaja. Masa tu barulah aku tahu betapa tingginya langit. Perasaan rendah diri mula menyelubungi fikiran. Itu yang asyik teringat nak balik aje. Apatahlagi bila setiap hari asyik kena marah, kena herdik, kena ejek dan kena suruh buat itu ini dengan AJK orentasi dan juga dengan senior. Tapi aku tak menangis lagi dah. Cuma kadang2 bila waktu mandi atau waktu nak tidur, menitik jugak air mata terkenangkan kampung halaman.

Seminggu di Minggu Suaikenal atau Orentasi merupakan minggu yang paling mencabar. Semuanya telah ditetapkan ikut jadual. Tidur tak cukup, makan tak sedap, kena hafal macam2, kena kumpul tandatangan senior, kena basuh baju sendiri, segala2nya memang satu dugaan yang maha besar. Nasib baik aku dah selalu hidup susah. Kepayahan itu aku tempoh dengan tabah. Kalau kena marah, kena ejek, kena maki, kena tengking, kena denda dengan senior atau AJK orentasi, aku buat selamba aje. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Kalau kena buat benda2 bodoh, aku tak buat. Aku diam aje. Kena marah aku diam. Kena maki pun aku diam. Aku buat seolah2 aku takda perasaan. Lama2 benda tu jadi lali dan senior pun give up dengan aku.

Ada beberapa senior yang aku dah marked sampai sekarang. Salah seorang namanya Sazali Kamiran. Dia pengawas Tingkatan 5 masa aku baru masuk. Dialah yang mula2 raging aku. Aku baru aje sampai kat bilik pada hari pertama di asrama, dia terus panggil aku. Dengan muka bengisnya dia tanya aku," Kau kenal aku? Aku nak kau cari nama aku dan esok kau jumpa aku." Itu sergahan dia. Selepas itu sampailah sekarang, aku tak pernah senyum dengan dia. Dia suka betul cari pasal dengan aku. Hobi dia ialah marah aku. Aku tak tahu apa sebabnya. Walaupun kami sama2 belajar di UM, aku tak pernah tegur dia walaupun selalu jumpa dia. Aku benci tengok muka dia. Seumur hidup aku takkan lupa mamat bangsat ini.

Habisnya minggu orentasi maka bermulalah kehidupanku sebagai seorang pelajar asrama penuh. Aku pelajar low profile. Kurang bercakap, kurang menonjol dan mungkin terlalu merendah diri dan kurang keyakinan diri. Maklumlah, bahasa inggeris aku teruk. Nak kata anak orang kaya jauh sekalilah. Jadi, apa yang aku ada? Budak2 pengawas, budak2 ragbi, budak2 team bolasepak semuanya glamour2. Tapi aku adalah sebaliknya. Siang dan malamku habis dengan belajar sahaja. Takda masa nak jadi glamour. Takda masa nak jadi famous.

Duduk di asrama kena cekal. Kena pandai membawa diri dan kena pandai memilih kawan. Kawan ada macam2 jenis. Yang jenis menjahanamkan bangsa lebih ramai daripada yang menolong sesama bangsa. Budaya2 negatif seperti ponteng, lari asrama, hisap rokok, mencuri, raging, buli dan pukul-memukul adalah gejala yang aku takutkan sekali. Satu lagi bila duduk asrama, semua kena buat sendiri. Basuh baju, basuh kasut, kemas tempat tidur, kemas almari, gosok baju, etc. Kat asrama, waktu untuk tengok tv dihadkan. Waktu untuk riadah ditentukan. Waktu solat kena jemaah kat surau. Waktu makan, kena beratur ke dewan makan. Semuanya adalah rutin yang kadang2 cukup membosankan.

Pukul 6 pagi aku dah kena bangun. Kalau lambat bangun, kadang2 air nak mandi takda. Lepas tu kena sembahyang jemaah kat surau. Pukul 7 sarapan pagi. Pukul 7.15 beratur nak masuk kelas. Pukul 10 rehat. Lepas tu sambung masuk kelas balik sampai pukul 1.30. Lepas makan tengahari, kena ke surau untuk sembahyang Zohor berjemaah. Pukul 3, masuk kelas balik sampai pukul 4.30. Pukul 5, kena turun berlari atau bersukan kat padang. Pukul 6, balik asrama. Lepas Maghrib, makan malam dan lepas tu kena masuk kelas balik sampai pukul 10 malam. Pukul 11, lampu padam. Begitulah rutinnya setiap hari. Hujung minggu kena cuci baju sendiri dan 2 minggu sekali baru boleh keluar ke bandar. Hanya hujung minggu boleh pakai telefon awam untuk call emak kat kampung. Bertanya khabar dan suruh emak bawakkan itu ini kalau emak datang melawat nanti. Nak call awek jauh sekalilah. Lagipun, mana ada awek berkenan kat aku masa tu?

Biasanya sebulan sekali emak datang bawakkan bekalan kerepek, air kotak, Maggi dan sedikit wang untuk buat belanja. Kalau emak datang, selalunya emak bawakkan nasik dan lauk2 kegemaran aku. Kami sama2 makan kat bawah pokok depan pondok jaga. Masa tu mana ada kereta? Hujan ke, panas ke, emak dan abah pasti datang dengan motor kapcainya. Biarlah anak2 orang lain menunggu kereta panjang menjalar. Aku tetap setia menunggu motor buruk abah. Selain aku, kawan2 se dorm pun menunggu2 kedatangan emak bapak aku. Mereka tahu kalau parents aku datang, mesti ada buah tangan untuk mereka. Biskut dan kerepek sudah mesti.

Saat paling ditunggu ialah waktu cuti sekolah. Seronok betul dapat balik kampung. Abah jarang jemput aku. Aku kena balik sendiri samada naik bas sangkut2 ataupun naik kereta api mel. Kena diri sepanjang jalan pun tak kisah sebab rindukan kampung punya pasal. Saat paling bosan ialah bila cuti dah habis dan nak kena masuk sekolah balik. Rasa cuti sebulan macam sehari. Tak puas langsung nak berehat2 kat rumah. Bermain2 dengan adik2 dan menonton tv puas2.

Masalah duduk di asrama ialah barang2 mudah sangat hilang. Selipar hilang, baldi hilang, sabun mandi hilang. Segala2nya jadi public property kalau tak jaga betul2. Selipar tulis nama besar2 pun, orang rembat jugak. Satu lagi ialah pinjam barang tak reti nak pulang. Apatahlagi bila senior yang pinjam. Nak mintak balik takut. Dah mintak, dia buat2 lupa pulak. Itulah antara masalah2 duduk kat asrama.

Dalam banyak2 hal2 negatif, ada banyak juga kelebihan duduk di asrama. Satu, kami satu bilik dah jadi macam sedara. Semua benda dikongsi bersama. Maggi satu bungkus makan ramai2. Masalah2 peribadi kita selesai sama2. Hal2 pelajaran jangan ceritalah. Semua sama2 nak pandai. Bagusnya duduk asrama ialah segala benda menjadi rahsia. Biar pecah diperut jangan pecah dimulut. Kalau ada apa2 kes melibatkan kesalahan dan warden, jangan harap ada budak yang berani pecah lubang. Semua simpan dan pendamkan. Lagi satu, kalau duduk asrama waktu sembahyang memang dijaga betul. Masuk waktu aje, terus ambik air sembahyang dan pergi berjemaah kat surau.

Berbalik kepada anak sulung aku, aku rasa dia tak layak duduk asrama lagi. Dia anak manja. Kasut sekolah emak yang cuci. Baju sekolah mesin yang cuci. Gosok baju langsung tak pernah. Hidup dia takkan lengkap tanpa suratkhabar, tv, PSP dan jalan2 di hujung minggu. Aku tak yakin dia boleh hidup berdikari.

Apa2pun, semoga Muhamad Syakireen tabah dan tenang menghadapi peperiksaan esok. Juga kepada ibu2 dan bapak2 kepada anak2 yang sama2 menghadapi peperiksaan esok, sama2lah kita mendoakan kejayaan anak2 kita. Kepada emak bapak yang ambik MC untuk menghantar anak ke sekolah esok, kakak yang juga ambik MC untuk tolong adik belajar, aku redhakan segala2nya. Amin.

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum...
    thanks for sharing...
    Sungguh bertuah apabila jumpe post ni...
    Actually, I'm in delema to choose what school should I go...
    In studying, we need to sacrifice everythings right ...

    BalasPadam
  2. wmaisarah,

    sekolah kat mana2 pun,
    yang penting ialah diri sendiri.

    all the best!

    BalasPadam
  3. Wuuuu...menarik cerita ni

    BalasPadam