Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

12 September 2009

Aku dan Hari Ini


Hari ini aku pergi shopping raya kat Kluang. Dah jemu asyik ke Plaza Angsana sahaja. Pukul 5 petang, aku bertolak ke Kluang melalui lebuhraya Utara Selatan. Di jalan lurus antara Simpang Renggam dan Sedenak, ada polis trafik buat speed trap. Jalan dua lorong jadi satu lorong. Jem sepanjang 2 km. Nasib baik mereka buat speed trap untuk jalan arah ke Selatan. Walaupun aku tak terlibat, aku kesian kat driver2 yang nak menuju ke selatan. Dah lah cuaca panas, jalan jem lagi. Apasallah polis buat road block kat highway? Buatlah kat jalan2 biasa dan tangkap lori2 yang bawak lebih muatan atau mat2 rempit yang tak sayangkan nyawa. Kat highway kan jalan lurus. Nak speeding 140 ke, 160 ke lantaklah. Tak faham betullah.


Aku tiba di Kluang kira2 jam 6 petang. Mula2 sekali aku ke tempat nak berbuka puasa dulu. Booking table. Kalau ke Kluang, tempat makan biasa aku ialah di Restoran Two City di depan Prime City. Kat situ lauk-pauknya sesuai dengan jiwa aku sekeluarga. Mula2 aku cadang nak ajak famili berbuka di Hotel Prime City tapi wife aku tak nak. Satu, sayang duitnya dan dua, status halalnya diragukan. Maka, selamatlah duit aku. Makan kat restoran biasa lebih kenyang dan lebih sedap.



Lepas dah dapat meja untuk berbuka, aku ke kedai bunga hiasan. Kedai ini dah biasa sangat aku pergi. Rasanya hampir setiap tahun aku beli bunga kat sini. Asalnya, kedai ni bukannya jual bunga. Mereka jual ubat-ubatan cina. Tetapi lama-kelamaan, ubat2 cina mereka dah tak jual dah. Jual bunga lagi untung agaknya. Kedai ni memang boleh lawan kedai2 bunga kat Ayer Hitam. Layanan bagus, pilihannya banyak dan harganya berpatutan.

Sebenarnya dah lama wife aku tak menggubah bunga sendiri. Dah beberapa tahun main recycle aje bunga2 yang ada kat rumah. Disebabkan tahun ini nak ubah ke gaya Inggeris, maka kenalah beli bunga yang baru. Nak describe bentuk bunganya aku pun tak tahu. Hanya wife aku yang tahu.

Pukul 7 malam, aku sampai kat restoran. Semua meja dah penuh. Kalau aku tak booking tadi, memang makan kurma dan air masak ajelah nampaknya. Meja aku bernombor C2. Air minuman dan sebahagian makanan yang aku order dah siap atas meja. Alhamdulilah, masuk maghrib aje semua makanan yang aku order dah sampai dan terhidang atas meja.

Lepas 3 minggu berpuasa, inilah pertama kali aku berbuka kat luar. Sebenarnya aku ada dapat jemputan berbuka puasa di Pulai Spring Resort hari ini. Ada syarikat jual susu Nestle jemput aku. Aku ada ajak Ezanee tapi dia tak berkesempatan pulak. Jadi aku malas nak pergi sorang2. Kalau aku bawak wife aku, boleh tapi anak2 nak letak mana? Sure wife aku tak nak punya tingggalkan anak2.



Lepas Maghrib, aku jalan2 kat sekitar bandar Kluang. Nak cari karpet yang sedondon dengan warna langsir pulak. Juga nak beli sandal untuk aku dan anak2. Kat sepanjang Jalan Hj Hasan Yunus di depan Kluang Parade, ada bazaar raya anjuran Umno Bahagian Kluang. Wife aku yang paling excited sekali sebab banyak kedai jual tudung, batik dan baju raya. Selepas separuh jalan, aku patah balik. Kebanyakan gerai menjual baju2 cetak rompak, kuih2 raya dan mercun pun ada. Jersi team Chelsea harganya RM45.00 sebelum tawar. Memang sebijik original cuma kainnya yang lain sikit dan buatannya kasar. Yang original harganya RM259.00 beb! Jauh sangat bezanya. Aku pernah beli jersi Man U buatan Thailand di Kelantan kira2 3 tahun yang lalu. Memang nampak original dan kainnya pun lebih bermutu. Tawar punya tawar aku boleh dapat RM45.00 jugak.



Semakin malam, semakin ramai orang yang datang. Kereta pun makin banyak. Aku dah tak larat dah. Pukul 10.30, aku sampai kat rumah. Sempat menonton bola sepak EPL di mana Arsenal kena 4-2 dengan Manchester City. Sedih sungguh.

Esok nak kena kemas rumah. Macam2 kerja dah disenaraikan. Pasang langsir, pasang cadar, mengecat lantai pangkin, mengecat perabot dan sebagainya. Harap2 semuanya sempat dibereskan sebelum petang. Emak kat kampung dah panggil ajak berbuka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan