Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

04 September 2009

Aku dan Penyakit Bulan Puasa

Dalam bulan puasa ni, kita perlu banyak bersangka baik kat orang. Kalau pesakit datang dan mengadu macam2, kita kena percayalah. Takkanlah bulan2 puasa camni pun nak tipu jugakkan? Lainlah kalau mereka tu tak puasa.

Penyakit paling biasa yang aku jumpa di bulan puasa ialah penyakit akibat terlebih makan. Masalah cirit-birit, perut sebu, perut memulas2 saban hari aku jumpa. Almaklumlah di bulan puasa ni, segala jenis makanan yang tak pernah kita jumpa, kita boleh jumpa. Tak percaya pergilah ke bazaar2 Ramadhan. Macam2 Ada. Jadinya, banyaklah perut yang meragam di bulan puasa ni. Lagi satu, selera orang berpuasa ni lain sikit. Walaupun dah tahu benda2 itu patut dielak atau pantang tapi Ramadhan kan setahun sekali. Jadinya, apa tekak nak makan kita layan sahaja. Itu yang ramai ke klinik sakit perut dan macam2 sakit yang berkaitan.

Ramai yang sakit perut hari ini. Mana yang masih nak puasa, aku suggest injection aje. Injection tak batalkan puasa. Suntikan Buscopan aku cucuk kat punggung untuk kurangkan sakit perut sementara nak tunggu masuk waktu berbuka. Kalau tak nak kena jarum, pergilah carikan minyak angin untuk sapu kat perut. Ubat2 pil seperti Zepid, Colospan, Gascoal, Dicyclomine atau Zellox tu aku bekalkan untuk makan waktu berbuka nanti. Tapi kalau dah tak tahan sangat, terpaksalah berbuka awal. Yang ini aku tak galakkanlah. Mana2 yang masih berpuasa, aku suruh rehat kat rumah. Tapi yang selamba aje cakap tak berpuasa, aku beri time off sahaja.

Satu lagi, di bulan2 puasa ni ramai yang suka beli makanan di bazaar2 ramadhan. Kebersihan semasa penyediaan dan masa dihidangkan di gerai2 mereka boleh dipertikaikan. Lalat dan habuk yang berterbangan mungkin mencemarkan makanan itu jika tidak ditutup dengan betul. Kadang2 lauk-pauk dah dimasak sejak pagi. Jadi bila nak makan waktu berbuka, dah mula nak basi. Tapi disebabkan lapar dan tak nak membazir, kita balun jugak. Tu yang asyik cirit-birit aje.

Aku paling bengkek kalau budak muda2 umur sekitar 20-30 tahun datang klinik sebab gastrik. Gastrik dijadikan alasan untuk tak boleh berpuasa dan juga untuk dapatkan MC. Orang2 muda sepatutnya takda gastrik sebab dinding perut tebal lagi. Tapi kalau waktu makan tak jaga, kuat hisap rokok, hidup stress aje memanjang itu aku tak dapat nak tolonglah.

Bulan puasa kali ini, aku tak dapat nak turunkan berat badan aku. Hari2 wife aku masak sedap2 kat rumah. Nak melayan selera anak2 yang 3 orang itulah. Macam2 permintaan mereka waktu nak berbuka. Aku jenis orang yang tak suka melihat makanan dibazirkan. Mana2 yang tak habis, aku dan wife tolong habiskan. Itu sebablah berat maintain aje tahun ini. Dah puasa dekat 2 minggu, berat badan langsung tak turun. Tahun lepas aku dapat turun 2 kg. Tapi masuk hari kedua Syawal, dah naik balik dah.

Ada satu lagi golongan. Alasan tak bangun sahur atau bangun lewat digunakan untuk mintak budi bicara doktor bagi mendapatkan MC. Takda tenagalah, letihlah, tak boleh nak consentrate lah. Macam2 hal. Aku jugak yang pening. Serba salah. Tapi di bulan puasa ni kena banyakkan sabar dan sentiasa bersangka baik. Fikir2kanlah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan