Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

17 September 2009

Aku dan Perancangan Raya 2009

Esok dah 28 Ramadhan. Bermakna lagi 2 hari nak raya. Rasa tak puas menyambut Ramadhan kali ini. Cepat sangat berlalu. Puasa kali ini, berat badan aku langsung tak sempat nak turun. Alhamdulilah ketiga2 anakku berpuasa penuh termasuk yang kecik sekali. Masing2 langsung tak kisah pasal lapar dan dahaga. Cuma waktu berbuka dan bersahur masing2 dengan karenah tersendiri. Ada yang nak lauk wajib iaitu ayam. Ada yang nak lauk wajib juga iaitu ikan. Ada yang waktu berbuka jadi waktu nak bertekak dan bergaduh. Ada yang susah sangat dikejutkan bersahur. Bermacam2 ragam. Aku tak boleh nak bising2 sangat sebab itulah karenah aku juga masa kecik2 dulu. Bapak borek anak rintik.

Berbalik kepada raya yang akan menjelang, program raya aku cukup simple. Esok Jumaat. Aku mungkin kerja sampai petang sahaja. Malam tu nak kena sambung mengemas dalam rumah. Wife kata dah boleh susun atur perabot dan pasang semua hiasan2 hasil kerja tangan dia. Lepas tu bolehlah aku bergambar dengan baju raya.

Hari Sabtu aku nak cuci dan polish kereta. Biar berkilat sikit masa raya nanti. Tengahari Sabtu barulah balik kampung. Cerita pasal balik kampung, aku tak kisah jalan jem ke, ada diskaun tol ke, hujan ke, panas ke, sebab kampung aku cuma setengah jam dari rumah aku. Kampung wife aku pulak tambah 15 minit lagi. Memang tak rasa excited langsung bila sebut balik kampung.

Malam raya, emak mertua aku nak buat BBQ sikit kat rumah dia. Maklumlah tahun ini giliran semua anak, cucu dan menantunya beraya kat rumah dia. Semua sekali ada 6 keluarga dengan hampir 30 kepala yang bermacam ragam. Memang meriah kalau kumpul ramai2. Khabarnya ada satay, ada udang, ada ikan, ada otak2 dan macam2 lagi untuk dibakar. Memang takdalah harapan nak kuruskan badan nampaknya.

Pagi raya pertama, ke masjid macam biasa. Lepas tu bermaaf2an, ambik gambar ramai2 dan kemudian makan ketupat. Bila dah kenyang aku nak tidur sampai petang. Petang itu baru balik ke rumah emak aku pulak. Kat rumah emak aku, orang tak ramai. Tak sampai pun 10 orang. Tu yang rasa kurang sikit meriahnya. Apatahlagi adik bujang aku tak balik raya tahun ini. Tapi tahun depan mungkin meriah sedikit sebab ahli keluarga akan bertambah. Bolehlah aku suggest kat emak untuk buat BBQ juga di malam raya.

Hari raya kedua, aku kena ikut keluarga wife aku balik kampung melawat sedara-maranya di Muar. Seharianlah aku kena jadi driver pusing2 sekitar Parit Sulong, Parit Jawa, Bandar Muar dan akhir sekali bermalam di Bakri. Itulah rutin perjalanan setiap tahun.

Hari raya ketiga aku takda pelan lagi tetapi raya ke empat aku dah start kerja semula. Ramai yang tanya kenapa pendek sangat cuti? Aku kata aku nak gantikan dengan cuti setiap Sabtu dan Ahad 4 minggu berikutnya untuk sambung raya. Masa tu kan banyak open house? Senanglah sikit aku nak ronda2 dan makan free kat rumah kawan2.

Sebut pasal open house, tahun ini aku belum ada rancangan lagi tentang open house. Tengok pada permintaan. Kalau ramai yang bising2 tanya bila boleh datang ke rumah, baru aku buatlah. Kalau diaorang senyap, aku pun nak senyap jugak. Tahun lepas aku buat majlis pada sebelah malam. Tahun ini mungkin aku buat pada tengahari Sabtu. Makan tengahari dengan lauk2 Jawa seperti Nasik Ambeng, Sambal Goreng, Pecal dan Ayam Masak Kicap. Chefnya tentulah emak aku dan emak mertua aku. Aku tak nak orang lain dah.

Anak2 aku dah mula berkira2 tentang duit raya masing2. Ada yang nak simpan dalam Tabung Haji. Ada yang nak beli glove untuk jadi goalkeeper dan ada yang nak beli PSP Slide yang baru tu. Aku kena berkira jugak sebab road tax dan insurance Estima expired hujung bulan ini. Semalam agen insuran dah ingatkan aku dah. Terbang 2 ribu.

Bila usia semakin meningkat, kemeriahan raya dah semakin berkurangan. Nasib baik ada anak2. Bolehlah tumpang sekali merasa kegembiraan mereka. Pada aku, hari raya adalah hari untuk bermaaf2an dengan emak abah. Hari untuk mengenang kembali kesusahan masa kecik2 dulu. Hari untuk melupakan seketika kerja2 di klinik dan juga hari untuk mengajak kawan2 dan sedara mara datang bertandang ke rumah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan