Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

23 September 2009

Aku dan Raya Keempat

Kejap aje dah 4 hari Syawal berlalu. Hari ini aku dah start kerja. Tahun ni aku malas nak cuti lama2. Duduk rumah pun buat apa, sekadar menambah berat badan dan melakukan kerja2 rumah yang tak pernahnya habis. Klinik biasa2 sahaja pagi ini. Jadi dapatlah aku curi2 update blog aku.

Raya tahun ini merupakan raya paling best bagi aku. Semua perancangan aku menjadi. Semua rumah sedara yang aku nak pergi, aku dapat pergi. Perut aku tak meragam macam tahun lepas. Jadi apa yang aku nak makan, aku boleh makan. Aku pun seronok tangkap gambar macam2 raya ini.

Raya pertama aku bermula dengan sembahyang raya. Aku dapat duduk di saf paling depan. Tapi tersengguk2 jugak menunggu imam habis baca khutbah. Seperti biasa lepas sembahyang, majlis bermaaf2an dan membahagi duit raya. Famili Abang Long tak dapat bersama2 daripada awal kerana kat rumah dia penuh dengan sedara-mara dia. Jadi majlis bermula dan berakhir tanpanya. Apa2pun, aku dah pandai sikit guna kamera DSLR aku. Gambar2 yang aku ambil lebih terang dan jelas banding tahun2 lepas. Lepas majlis, masing2 hulur pendrive untuk download gambar2 yang aku dah ambik. Zaman dah berubah. Tak payah susah2 nak pergi kedai gambar. Tapi kat Bandar Tenggara, ada 2 kedai gambar cina yang ambik kesempatan sempena raya. Gambar famili berbaju raya di studio dengan pelbagai pakej ditawarkan. Aku sayang duit aku. Tak berbaloi ada kamera DSLR, tapi nak kena buang RM199 ringgit untuk beberapa keping gambar di kedai.

Lepas makan ketupat, aku pergi beraya kat rumah abang2 ipar aku sebelum mereka lari balik kampung masing2. Sebelah petang, aku ikut famili emak beraya kat rumah sedara-mara sebelum balik ke Bukit Besar. Bermaaf2an dengan emak dan abah aku cukup simple. Emak berkain batik dan abah berkain pelikat sahaja. Yang penting iringan doa dan salam kemaafan. Malam itu aku balik ke rumah sendiri. Nak beraya dengan kucing dan ikan koi di rumah pulak. Malam itu juga, famili Kak Yati tumpang tidur kat rumah aku.

Pagi raya kedua, aku sambung mengemas rumah. Aku mintak tolong Abang Shafik pasangkan kipas2 siling kat bilik atas. Lepas tu aku sambung mengecat pangkin dan sebelah petangnya barulah bertolak balik ke kampung di Muar.

Petang itu, kereta sungguh banyak di jalanan. Perjalanan dari Kulai ke Muar mengambil masa 3 1/2 jam berbanding 2 jam pada hari2 biasa. Jalan kampung antara Yong Peng ke Muar jem teruk terutama nak melepasi traffic light di Parit Yaani dan pekan Parit Sulong. Hati panas bila ramai yang potong queue, yang potong ikut kiri dan lepas tu cilok depan kita tanpa signal. Memang rasa nak langgar aje bumper dia. Yang bawak kereta tu bukannya budak2 bujang tak cukup akal, tetapi dah ada famili dan ada yang bersongkok dan berbaju melayu. Jangan kira korang aje yang nak beraya. Timbang rasalah sikit.

Pukul 6.30 malam, aku tiba di Wetex Parade Muar. Anak2 sibuk nak belanja sedikit duit raya yang mereka dapat semalam. Pukul 8 malam, aku tiba di rumah Kak Mah di Bakri Muar. Malam itu 4 famili bersesak2 tidur di ruang tamu rumah Kak Mah. Ini projek saban tahun. Dah tak kisah sangat dah. Masing2 dah tahu port masing2. Malam tu aku hampir demam dan sakit tekak. Aku makan segala ubat yang aku bawak. PCM, Ponstan, Vitamin C hampir setiap 6 jam. Aku tak nak sakit di hari raya. Apatahlagi kalau H1N1.

Hari raya ketiga, seharian aku beraya sakan dengan adik-beradik wife aku. Aku benarkan Abang Shafik bawak Estima aku untuk tumpangkan bawak emak dan bapak mertua aku. Tapi akhirnya, budak2 lelaki yang naik dengan dia. Tahun ini aku beraya 4 kereta sahaja. Abang Long tak join sama walaupun dia dah ada Toyota Wish. Dia lebih suka beraya sendirian agaknya. Tahun ini semua bawak kereta buatan Jepun. Aku dan Abang Mad bawak Accord, Abang Salleh bawak Civic dan Abang Shafik bawak Estima aku. Walaupun bawak kereta besar2, semua jalan kampung kami redah. Alhamdulilah, perjalanan kami tiada menghadapi masalah besar. Tersesat sikit2 atau terlajak jalan itu adatlah.

Pukul 7 malam, aku tiba di rumah aku. Perjalanan balik lancar walaupun kereta masih banyak di jalan. Malam tadi, famili adik-beradik wife aku serbu rumah aku pulak. Pukul 10.30 malam baru balik. Pukul 11 malam, aku dan famili semua tertidur keletihan di depan tv. Maka berakhirlah sebahagian episod raya untuk tahun ini.

Hari raya ialah hari untuk bertemu sanak sedara yang hanya setahun sekali dikunjungi. Famili wife aku memang cukup sporting dan saling bertolak ansur. Kalau nak jalan kemana2, planning pasal makan menjadi keutamaan. Disebabkan kami menyerbu rumah sedara-mara dengan bala tentera hampir satu batallion, kami tak mahu menyusahkan mereka untuk menyediakan makanan untuk askar2 yang selalu kelaparan. Jadi sebelum memulakan perjalanan, makanan untuk makan tengahari telah disediakan terlebih dahulu. Kami juga tahu, sedara-mara kat kampung bukannya orang2 yang berada. Kalau kami cakap nak datang mintak makan, mati terkejut nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan