Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

27 September 2009

Aku dan Raya Ketujuh


















Petang semalam aku beraya sakan kat rumah staf2 aku. Bermula di rumah kuarters famili Zila di Ladang Swee Lam; rumah Ros di Jln Merbuk, Bandar Putra; rumah famili Pak Ali di RK120, Rumah Rakyat Kulai; rumah famili Fara di Kg Melayu; rumah Fiza di Jln Melati Indahpura dan berakhir di sebelah malamnya di rumah aku.

Aku jemput sekali keluarga Ezanee dan Mr Boon (patient favorite aku) memandangkan tahun ini takda open house nampaknya. Wife aku masak Nasi Goreng Cina manakala aku masak Tomyam Campur. Pertama kali dalam sejarah, aku masak satu periuk besar. Macam aku pernah cakap dulu, open house kat rumah aku mesti ada personal touch. Aku tak nak panggil katering dan makan benda2 yang sama seperti kat rumah orang lain. Aku nak mereka mengingati rumah aku selalu walaupun mereka datang setahun sekali. Dan setiap tahun, pasti ada kelainannya.

Aku dah cadang nak suruh semua orang berucap malam tadi. Aku dah siapkan mikrofon pun. Tapi staf aku masih segan2 lagi nak berucap dikhalayak. Apatahlagi bila dah nampak Tomyam. Semua dan makan di tempat2 pilihan mereka. Rugi mereka tak dapat nak dengar pantun2 aku. Apa2pun, alhamdulilah majlis berjalan lancar, makanan cukup dan layanan bagus. Erin dan Ainaa dah boleh disuruh tolong mengemas rumah manakala Ameel sibuk mengisi kuih raya dan sampul duit raya.

"Selamat datang saya ucapkan
Kepada kalian yang budiman
Sila masuk janganlah segan
Kuih yang ada jangan asyik dipandang.

Kepada kalian maaf dipohonkan
Kasar bahasa juga sindiran
Melayan pesakit yang naik berang
Doktor asyik lambat datang

Maaf juga rancangan tak kesampaian
Bonus ciput untung dah kurang
Juga percutian sampai ke Gambang
Kena tangguh ke tahun hadapan

Nyimpen jenang nang jero tin
Arek di gowo mareng suro
Keluputan kulo lahir batin
Salah silap njalok ngapuro."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan