Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

11 September 2009

Aku ke Jabatan Pendaftaran Negara Kulaijaya

Anak bujang aku dah genap 12 tahun kira2 3 minggu yang lepas. Sebagai warganegara Malaysia, dia diwajibkan mendapatkan kad pengenalan sebagai menandakan dia rakyat Malaysia dan berhak untuk mendapat segala keistimewaan sebagai warganegara. Kesibukan menghadapi UPSR menyebabkan proses mengambil kad pengenalannya tertangguh sampailah ke hari ini.

Aku ingat lagi masa aku nak ambik IC dulu. Masa tu aku duduk di felda. Sebulan sekali ada pegawai daripada Jabatan Pendaftaran akan datang ke klinik kesihatan untuk memudahkan budak2 yang dah cukup umur mendapatkan kad pengenalan. Masa tu kena pergi ambik gambar dulu. Lepas tu isi borang. Lepas tu barulah jumpa dengan pegawai berkenaan. Prosesnya lebih kurang 3 bulan baru boleh siap ICnya. Kadang2 lepas 3 bulan, diberitahu kena buat semula seperti gambar tak cukup terang ataupun cap jari tak cukup jelas. Memang leceh masa tu. Aku pulak kena jalan kaki ambik sendiri IC tu daripada sekolah ke klinik kesihatan. Taklah jauh sangat. Sekitar 1 batu aje.

Perasaan bila dah pegang IC sendiri tu punyalah seronok. Macam dah besar dan dewasa sangat masa tu ( walaupun belum bersunat lagi...). Kalau nak mengurat anak orang dah boleh dah. Kawan2 yang lahir hujung2 tahun seperti bulan 11 dan 12 jealous aje tengok kami yang dah ada IC. Itulah, sapa suruh kau diberanakkan hujung2 tahun?


Aku sampai di pejabat JPN sekitar jam 8.30 pagi. Bila aku bukak pintu pejabat tu, aku nampak penuh sesak dengan orang. Tapi semua kaunter dibukak dan staf semuanya dah bekerja. Rasanya tak lama menunggu ni. Aku dapat nombor ke 31 dan ada 13 orang lain lagi didepanku. Benda2 yang diperlukan untuk pendaftaran:
1. Sijil kelahiran anak yang original dan salinan.
2. IC Ibu atau bapa yang original dan salinan.
3. Isi borang JPN 01 yang boleh didapatkan secara percuma di Kaunter Satu.
4. Anak dan ibu atau bapa perlu hadir sama untuk pengesahan.
5. Tak perlu bayaran apa2 kecuali jika ianya dibuat selepas 30 hari daripada tarikh lahir ke 12 tahun. Selepas waktu itu kena charge 10 ringgit dan denda seringgit.

Lepas dapat nombor, aku pergi klinik sekejap sebab nak ambik bahan bacaan iaitu suratkhabar The Star yang aku langgan. Aku jugak nak kena photostat IC aku. Kat sebelah2 pejabat tu takda kedai photostat.


Pukul 9, aku sampai semula kat pejabat tu. Pukul 9.15 nombor aku dipanggil ke kaunter 3. Kakak kerani tu tak cakap banyak. Dia buat kerja dia dan aku dan anak aku terkebel2 tengok dia buat kerja. Dia cuma bercakap bila dia suruh anak aku dan aku letak ibu jari kat scanner. Lepas 5 minit aku dipindahkan ke kaunter 1 untuk proses ambik gambar. Pukul 9.25 pagi, segalanya selesai. "Encik datang balik lepas sebulan untuk ambik kad pengenalan." Aku cakap terima kasih pun, takda siapa yang menjawab.

Beberapa perkara yang perlu anda tahu bila berurusan dengan pejabat2 kerajaan:
1. Pastikan borang2 diisi dengan lengkap dan betul.
2. Pastikan anda berpakaian sopan. Tak pasal2 anda kena balik semula sebab pakai baju tanpa lengan untuk ambik IC.
3. Pastikan salianan2 dokumen dah siap sedia kerana mereka takda perkhidmatan photostat.
4. Pastikan anda membawa bahan bacaan secukupnya untuk anda baca semasa menunggu giliran. Kat sana tiada disediakan bahan2 bacaan. TV hanya tunjuk gambar sahaja kerana volume suaranya direndahkan.
5. Takda ruginya kita berterima kasih dengan mereka atau senyum dengan mereka walaupun mereka tak berminat untuk senyum atau membalas terima kasih anda.

Sayu jugak hati ini. Anak aku dah ada IC. Dah masuk kategori dewasa. Masuk panggung wayang, dah kena rate dewasa. Masuk hotel dan charge dewasa. Juga rasa makin tua...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan