Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2009

Aku dan Cara2 Menentukan Jantina Anak

Aku tengah bosan ni. Entah camna aku terbaca satu artikel pasal menentukan jantina anak. Menarik jugak artikel ini terutamanya kepada pasangan2 yang teringin sangat nak anak yang berlainan jantina. Biasalah, satu famili tu rasa tak lengkap kalau takda anak lelaki dan anak perempuan. Sebenarnya ramai gak yang tanya kat aku pasal cara2 nak dapat anak lelaki atau anak perempuan masa kat klinik. Tapi aku malas nak jawap. Aku jawab semuanya rezeki Allah.

Kat klinik aku ada mesin ultrasound. Nak kira expert, aku bukanlah pakar perbidanan. Tapi scan aku biasanya 90% accurate. Kalau aku nampak baby girl, 90% tepat akan keluar baby girl. Begitu juga sebaliknya. Kalau ada pasangan yang datang klinik semata2 nak scan jantina baby, aku bising2 dulu kat mereka. Yalah, itu tak penting daripada segi kesihatan. Yang penting baby sihat, kedudukannya OK, air mentubannya cukup dan baby cukup sifat2nya. Jantina tu yang akhir sekali. Kalau mereka terima penerangan aku, barulah aku buat scan. Kalau tidak, …

Aku dan Minggu Lepas

Banyak perkara berlaku minggu lepas. Tapi disebabkan mood kurang baik, aku malas nak rekodkan dalam blog ini. Berikut adalah diari hidupku sepanjang minggu lepas:

1. Wife aku tinggalkan aku dan anak2 selama 3 hari hujung minggu lepas. Dia sibuk mewakili daerah Kulai untuk pertandingan bola jaring antara guru2. Tahun lepas kat Mersing, team dia kalah teruk tapi tahun ini main kat Batu Pahat, team dia dapat tempat ke empat. Itu berkat ubat2an sponsor dari klinik aku gamaknya. Painkiller, ubat sakit urat, minyak urut malah hand-massager pun ada. Tahun depan, kena ke Segamat pulak.

2. Disebabkan aku jadi Papadom hujung minggu lepas, aku import emak aku dari kampung untuk jaga anak2 aku. Nasib baik emak aku free masa tu. Kalau tidak jenuh aku nak uruskan mereka.

3. Hari sabtu petang, sahabat lama aku masa aku 2nd year di UM datang ke Kulai. Rasanya dah lebih 10 tahun tak jumpa. Aku tahu dia ada bukak klinik sendiri di Parit Sulong tapi aku langsung tak pernah jumpa dia. Aku pernah call dia…

Aku dan Cerita Jiran Aku

Hari Isnin tempohari, jiran aku terpaksa panggil ambulan hospital untuk datang ke rumah. Emak dia pitam dan hampir pengsan di rumah. Wife aku ada inform aku tapi disebabkan kesibukan, aku lupa nak buat follow up.
Semalam, jiran aku call aku. Dia suruh aku tolong tengokkan emak dia kat rumah. Emak dia dah berusia 77 tahun. Dia memang ada penyakit darah tinggi tapi sebelum ini dia sihat walafiat. Cuma seminggu lepas dia mula merasa pening dan berasa persekitarannya berpusing2 bila dia menggerakkan kepalanya. Dia juga mengadu ada bunyi bising dalam telinga kiri beliau sekali sekala. Dia rasa nak potong aje kepalanya untuk hilangkan rasa ketidakselesaannya.
Menurut beliau, sesampainya di Unit Kecemasan Hospital Kulai, staf di sana cuma check tekanan darah beliau lalu masukkan air. Lepas 2 jam, anaknya dipanggil dan diberitahu tekanan darah emaknya normal lalu disuruhnya pulang ke rumah. Jiran aku agak kehairanan kerana keadaan emaknya masih tak berubah. Dia langsung tak boleh berdiri dan…

Aku dan Hujung Minggu Ini

Lama tak mencatat dalam blog ini. Bukan sibuk pun. Cuma takda idea nak tulis apa.

Hari sabtu kelmarin adalah hari cuti Deepavali. Cadangan asal nak bawak anak2 tengok cerita kelakar sedih Papadom kat TGV Tebrau City tapi sebagai menghormati kematian nenek, aku tangguhkan ke hari lain. Pagi itu cadangnya nak balik kampung tengok arwah nenek tapi dibatalkan atas kesuntukan masa. Arwah nenek dah nak dikebumikan masa kami tengah bersiap nak pergi. Maka aku sambung aktiviti aku ajelah. Aku ke klinik untuk mengemas meja, almari dan bilik kerja aku. Semenjak aku bukak klinik iaitu kira2 7 tahun dulu, aku tak pernah kemas bilik aku betul2. Kali ini aku kemas dan buang segala khazanah yang aku dah kumpul lebih 7 tahun. Macam2 buku, artikel, resit2, majalah2 dan benda2 yang dah sepatutnya dibakulsampahkan aku kumpul dan buang. Habuk2 di belakang wire komputer dan di bawah meja jangan ceritalah. Kalau aku ada Asthma, memang dah lama kena attack dah.

Pukul 3, aku baru siap mengemas. Itupun sebab…

Aku dan Taklimat NHEW 2009

Pagi hari minggu, ketika jalan masih lengang dan berkabus, aku dah dalam perjalanan ke Hospital Sultan Ismail di Taman Mount Austin, JB untuk menghadiri taklimat dan pelancaran Projek National Healthcare Establishment And Workforce Survey (NEHW). Semua pengamal2 perubatan swasta seluruh Johor diwajibkan hadir untuk mendengar taklimat ini.
Sebenarnya ada berlaku sedikit kekeliruan dimana surat pertama yang dihantar oleh Pejabat Pengarah Kesihatan Negeri menyatakan taklimat bermula jam 10.30 pagi. Kemudian satu surat lagi datang daripada Kuala Lumpur menyatakan taklimat bermula jam 8.30 pagi. Itu yang lepas pukul 10, baru penuh dewan auditorium tu.
Apa2pun, taklimat hanya disampaikan oleh seorang doktor daripada Pusat Penyelidikan Klinikal, Hospital Kuala Lumpur. Beliau sangat fasih berbahasa Inggeris dan cukup berpengetahuan tentang projek yang akan dijalankan. Semua soalan2 daripada doktor2 yang datang berjaya dijawabnya dengan tepat dan tenang. Tidak seperti taklimat yang pernah aku…

Aku dan Cerita Semalam

Semalam; selain ke open house, aku dan famili sempat gak curi2 melawat rumah2 contoh yang ada di sekitar Indahpura dan Bandar Putra. Bukan nak beli pun, saja nak cari idea dan semangat untuk cantikkan rumah aku sekarang.

Sebenarnya aku hanya sempat pergi 4 daripada 6 undangan open house yang ada semalam. Masuk maghrib aku, wife dan anak2 dah kepenatan dah. Rumah Iskandar di Ayer Manis dan Abang Long di Bandar Tenggara aku tak dapat nak pergi dah. Pukul 10.30 semua dah masuk tidur.
Kat rumah Ezanee lah yang paling lama. Selain beraya kat rumah sewa dia, aku pergi melawat rumah baru dia. Pada aku, ianya satu pelaburan yang tepat kerana lokasinya baik, buatan rumahnya kemas dan susun atur bilik2nya sangat bersesuaian. Hal2 kecil seperti ruang wet kitchen yang kecil, table top di luar rumah dan ketiadaan plug di tempat mesin basuh masih boleh diadjust.
Pengalaman lama masa aku tengok rumah baru aku di Bandar Putra dulu berulang kembali. Tak sampai 5 minit kami di sana, 3 orang kontraktor …

Kenapa aku jadi GP?

10 sebab kenapa aku SUKA jadi doktor swasta:

Kalau kemana2 ramai orang yang tegur dan kenal. Rasa macam VIP pulak.Istilah2 perubatan yang digunakan dalam drama2 atau filem di tv aku faham walaupun orang2 lain tak faham. Aku dapat jumpa ramai orang. Ramai orang bermakna ramai kenalan. Ramai kenalan bermakna banyak contact. Banyak contact bermakna senang nak mintak tolong kalau ada masalah. Kalau aku ke hospital sama ada kerajaan atau swasta, aku mendapat layanan mesra dan cepat. Selalunya dapat free consultation. Aku bawak bapak aku jumpa pakar tulang cuma kena charge 10 ringgit je. Ainaa service telinga dia free of charge.Aku rasa dihargai bila pesakit mengadu dia sembuh dan kembali sihat selepas makan ubat aku.Aku rasa dihargai bila pesakit datang daripada jauh2 semata2 nak mintak nasihat aku.Aku rasa dihargai bila pesakit menurut nasihat2 yang aku berikan. Aku datang lambat ke klinik, pesakit takda yang marah2 kat aku. Kena tunggu lebih sejam pun takda komplen apa2 kat aku. Waktu ke…

Aku dan Jadual Open House Hari Ini

1.00 tgh: Open House di rumah En Edly, Jln Kempas Bandar Putra.
(Makan satay kuah kacang)

2.00 ptg: Open House di rumah En Azhar, Jln Kasawari, Bandar Putra.
(Makan Mee Hoon Goreng Basah)
3.00 ptg: Open House di Taska Puan Fauziah, Jln Cempaka Tmn Indahpura.
(Makan Nasi Empit dengan Rendang)

4.00 ptg: Open House di rumah Tuan Iskandar di Kg Ayer Manis.
( Tak dapat pergi )

5.00 ptg: Melawat rumah baru Dr Ezanee sambil beraya di Tmn Putri Kulai.
( Makan Steamboat )

8.00 mlm: Open House di rumah Abang Long & Kak Ani di Bandar Tenggara.
( Tak dapat pergi sebab masing2 dah tak larat)

9.00 mlm: Beraya di rumah Abang Shafiq & Kak Yati di Bandar Tenggara.
( Tangguh ke Cuti Deepavali nanti )

Aku bukan Pakar Kanak-Kanak

Aku bukan pakar kanak-kanak. Aku hanya doktor biasa2 sahaja. Tapi entah camna ramai ibu bapa yang suka bawak anak2 mereka datang jumpa aku. Aku pernah jugak bercita2 nak jadi Pakar Paediatrik tersohor kat Kulai ni tapi aku malas nak baca buku dah. Lagipun, aku tak suka melihat kanak2 yang sakit, terlantar di katil dengan wire seluruh badan. Lepas tu asyik nak kena cucuk sana cucuk sini. Aku tak sampai hati nak melihatnya.

Maka jadilah aku doktor cabuk sahaja, merawat sakit demam batuk dan selsema. Satu yang aku pegang sampai sekarang ialah merawat pesakit bukan setakat memberi ubat2 kepada pesakit. Kanak2 terutamanya. Yang penting ialah aku rawat kesusahan dan ketakutan emak bapaknya dulu. Bila mereka dah rasa selesa dan selamat tentang keadaan anak mereka, ubat apapun yang aku beri anaknya pasti sihat semula.

Kebanyakan ibu bapa yang datang ialah ibu muda atau bapak muda yang baru ada anak seorang. Susah hati betul kalau tengok anaknya demam ke, selsema ke atau susah nak tidur malam…

Aku dan Bulan Ini

Menurut perancangan awal, hujung bulan ini aku dan keluarga akan ambik rehat panjang sambil makan angin ke Terengganu. Tetapi disebabkan budget yang agak sempit sejak bulan puasa tempohari, rancangan itu akan ditunda ke bulan Mac tahun depan. Semoga masa tu ekonomi bertambah baik dan bolehlah aku borong macam2 barang disana nanti.

Bulan ini budget memang tight. Aku terlupa nak kira duit insuran dan road tax untuk Estima aku dalam budget bulanan. Ditambah lagi persiapan bulan puasa dan bulan raya, duit keluar seperti air mengalir. Bulan lepas pun klinik agak sejuk. Masa aku diklinik lebih banyak dihabiskan di Mafia Wars/Bejewel Blitz kat Facebook berbanding merawat pesakit. Tapi ini adatlah. Aku dah 7 tahun duduk kat klinik ini. Dah rasa turun naiknya bisnes. Memang ada waktu sangat sibuk dan ada ketikanya aku duduk termenung sepanjang hari.

Bulan depan aku kena naik ke Kuala Lumpur. Wife aku nak ambik ijazah dia di Majlis Konvokesyen Open University Malaysia yang akan diadakan di PWT…

Aku dan Vaksin HPV

2 minggu lepas, Menteri Kesihatan Malaysia mengisytiharkan bahawa semua kanak2 perempuan berumur 13 tahun dan keatas akan menerima suntikan imunisasi untuk mencegah kanser pangkal rahim. Suntikan ini akan diberi percuma dan untuk pengetahuan umum, suntikan ini berharga lebih seribu ringgit untuk suntikan. Pengumumannya mendapat reaksi positif dan negatif daripada masyarakat. Mari kita sama2 memikirkan kebaikan dan keburukannya. Subjek ini rasanya boleh jadi tajuk bahas antara kelas sebagai menggantikan tajuk 'Tv membawa lebih kebaikan daripada keburukan' yang dah semakin lapuk tu.

Kanser Pangkal Rahim atau Kanser Serviks merupakan kanser kedua paling tinggi kejadiannya dikalangan wanita Malaysia selepas Kanser Payudara dan ianya biasa menyerang wanita2 yang dalam usia awal 30an-akhir 40an iaitu waktu dimana mereka sedang sibuk menguruskan hal2 rumahtangga ataupun hal2 berkaitan dengan karier mereka. Maka kanser ini memberi kerugian masa, tenaga dan ekonomi yang amat besar kepa…

Aku dan Hujung Minggu Ini

Tengahari tadi, famili aku datang beraya kat rumah aku. Emak, abah, Kak Han, Abang Akob, Liza & Mail serta Adil. Hanya ini sahaja keluarga adik-beradik aku. Shaiful entah bila nak balik. Raya dah nak habis pun masih tak balik jugak.
Seperti biasa, pagi2 lagi wife aku dah siapkan bahan2 untuk aku masak tengahari. Kalau famili aku atau famili wife aku nak datang ke rumah, beginilah rutinnya. Kami mesyuarat dulu pasal menu. Lepas tu wife aku siapkan bahan2 sementara aku kena kemas rumah. Bila aku masak, wife aku sambung pulak mengemas. Dah biasa sangat dah. Tak payah ada orang gaji atau pembantu rumah. Semua buat sendiri. Kalau tak larat, aku kerah anak2 membantu sama.
Hari ini aku masak simple aje. Tomyam Campur, Siakap Tiga Rasa dan Sayur Campur. Lepas tu makan ramai2 kat pangkin dengan iringan bunyi air kolam. Walaupun lauk tak sedap, habis licin semuanya. Selepas famili aku beredar, aku duduk rumah diam2. Malas nak pergi beraya. Hari ini takda jemputan open house. Tapi kalau min…

Aku dan Seloka Selepas Raya

Asyik2 cerita raya
Ramai bosan malas nak baca
Aku pun turut sama
Takda idea nak tulis apa

2 minggu lepas raya
Poket dah kosong hutang bertimpa
Nasib baik isteri pun kerja
Belanja dapur mintak padanya

Hujung2 minggu ke rumah terbuka
Makan free jimat duit belanja
Anak2 turut suka
Asyik mengira koleksi duit raya

Minggu ini bumi meradang
Taufan dan gempa berterus2an
Indonesia negara paling malang
Azab sengsara tak berkesudahan

Di Bagan Pinang lain cerita
Isa Samad naik semula
Tengok nanti apa penamatnya
Kata2 Tun Mahathir tak diambil kira

Di MCA pun sama
Masing2 sayangkan kuasa
Dah tahu salah mengundur sahaja
Supaya rakyat tak pening kepala

MIC lain ceritanya
Seolah parti dirinya yang punya
Yang tak sekepala dipenggalnya
Tinggal dia membolot semuanya

Pakatan Rakyat takda bezanya
Masing2 tak sekepala
Menjadikan MB pening kepala
TV3 pula senang buat cerita

Rakyat biasa macam kita
Hanya duduk melanguk sahaja
Saban tahun macam2 cukai dibayarnya
Tapi tak tahu mana duitnya

Beginilah nasib rakya…