Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

07 Oktober 2009

Aku dan Bulan Ini

Menurut perancangan awal, hujung bulan ini aku dan keluarga akan ambik rehat panjang sambil makan angin ke Terengganu. Tetapi disebabkan budget yang agak sempit sejak bulan puasa tempohari, rancangan itu akan ditunda ke bulan Mac tahun depan. Semoga masa tu ekonomi bertambah baik dan bolehlah aku borong macam2 barang disana nanti.

Bulan ini budget memang tight. Aku terlupa nak kira duit insuran dan road tax untuk Estima aku dalam budget bulanan. Ditambah lagi persiapan bulan puasa dan bulan raya, duit keluar seperti air mengalir. Bulan lepas pun klinik agak sejuk. Masa aku diklinik lebih banyak dihabiskan di Mafia Wars/Bejewel Blitz kat Facebook berbanding merawat pesakit. Tapi ini adatlah. Aku dah 7 tahun duduk kat klinik ini. Dah rasa turun naiknya bisnes. Memang ada waktu sangat sibuk dan ada ketikanya aku duduk termenung sepanjang hari.

Bulan depan aku kena naik ke Kuala Lumpur. Wife aku nak ambik ijazah dia di Majlis Konvokesyen Open University Malaysia yang akan diadakan di PWTC pada 14-16 November 2009. Aku bukannya suka sangat pergi tempat2 yang ramai orang ni. Tapi majlis camni hanya sekali seumur hidup. Macamanapun kena pergi jugak. Aku cadang nak bawak kamera dan lens paling panjang yang aku ada dan lepas tu ambik gambar banyak2. Kalau ada kawan2 seperti Jemie dan Samsol lagi best agaknya.

Tahun ini aku takda buat open house untuk hari raya. Lain tahunlah rasanya. Yang penting ahli keluarga wife, ahli keluarga aku, staf klinik dan Ezanee dah sampai kat rumah aku. Cukuplah. Kawan2 lain tak berapa penting. Minggu lepas ada perbincangan pasal open house kat Radio Sinar. Zaman sekarang orang buat open house raya macam nak sambut pengantin. Buat besar2an. Pasang khemah, order makanan guna katering dan jemput seramai orang yang mungkin. Masalah timbul bila satu hari ada banyak orang buat open house serentak. Jemputan 100 orang yang datang mungkin cuma separuh. Yang datang pun mungkin dah kekenyangan. Jadi makanan banyak tak habis dan berlaku pembaziran.

Lagi satu, kalau buat open house pagi sampai malam memang letih sangat nak melayan tetamu yang datang. Nak mengemas selepas habis acara pun satu hal jugak. Sebab itu kalau aku nak buat open house, aku hadkan masa tak lebih 4 jam. Kalau tengahari 12- 4 petang dan kalau malam, 8.00- 11 malam. Tak boleh lebih masa. Biar ramai2 sekali datang. Semua makan dan duduk sekejap2. Tak payah nak tunggu lama-lama. Jemputannya pula, aku akan pastikan mereka hadir. Biasanya aku tulis Jemputan Khas ataupun Jemputan VVIP. Jadi mereka mesti datang. Kalau tak datang tanpa notis awal, tahun depan aku tak nak jemput. Aku tak nak makanan membazir. Emak dan emak mertua aku masak susah2 tapi takda siapa nak makan. Lainlah kalau kat rumah ada bela ayam itik. Mereka boleh tolong makankan.

Untuk elak pembaziran, aku kena pastikan setiap yang aku jemput pasti/mesti datang. Untuk pastikan mereka datang, setiap tahun aku perlukan pembaharuan dan kelainan. Ini bermakna, dekorasi rumah aku mesti ada yang berubah. Menu pun bukannya setakat Nasi Briyani, Dalca, Ayam Merah dan Roti Jala. Itu dah biasa sangat dah. Sebenarnya ramai yang bertanya bila nak buat open house terutama kawan2 sekolah wife aku. Wife aku la ni tengah sibuk tanda skrip jawapan UPSR. Jadi itulah alasannya. Setakat ini dah 4 orang jemput aku untuk ke open house Sabtu ini. Memang tak payah masaklah hujung minggu ini nampaknya.

Hari minggu aku kena ke Auditorium, Hospital Sultan Ismail untuk Majlis Pelancaran Projek National Healthcare Establishment And Workforce Survey. Sampai la ni aku tak dapat nak bayangkan majlis apakah ini? Nak suruh doktor2 macam aku buat kerja2 statistik agaknya. Satu kerja yang paling membosankan. Yang aku tak tahan ialah bila dapat surat2 daripada kerajaan; Kedatangan adalah WAJIB. Ketidakhadiran boleh dikenakan tindakan. Mereka ingat doktor2 ni budak2 sekolah agaknya. Dan lagi ingat doktor ni dah banyak sangat masa free gamaknya. Hujung2 minggu boleh duduk kat kelab, pukul bola golf seperti ahli2 perniagaan. Hujung minggulah hari untuk bersama2 keluarga. Bersarapan bersama, mengemas rumah, menghapuskan tempat2 pembiakan nyamuk, bershopping dan juga melawat ibubapa di kampung. Ini tidak. Pagi ahad pukul 8.30 pagi disuruhnya mendaftar untuk menghadiri mesyuarat ntah hapa2 ntah. Nanti aku review majlis yang aku nak kena pergi nih...


1 ulasan:

  1. Cnfirm ker Mac? our planning utk kahwin pun mungkin Mac 2010...hmmm..

    BalasPadam