Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

22 Oktober 2009

Aku dan Cerita Jiran Aku

Hari Isnin tempohari, jiran aku terpaksa panggil ambulan hospital untuk datang ke rumah. Emak dia pitam dan hampir pengsan di rumah. Wife aku ada inform aku tapi disebabkan kesibukan, aku lupa nak buat follow up.

Semalam, jiran aku call aku. Dia suruh aku tolong tengokkan emak dia kat rumah. Emak dia dah berusia 77 tahun. Dia memang ada penyakit darah tinggi tapi sebelum ini dia sihat walafiat. Cuma seminggu lepas dia mula merasa pening dan berasa persekitarannya berpusing2 bila dia menggerakkan kepalanya. Dia juga mengadu ada bunyi bising dalam telinga kiri beliau sekali sekala. Dia rasa nak potong aje kepalanya untuk hilangkan rasa ketidakselesaannya.

Menurut beliau, sesampainya di Unit Kecemasan Hospital Kulai, staf di sana cuma check tekanan darah beliau lalu masukkan air. Lepas 2 jam, anaknya dipanggil dan diberitahu tekanan darah emaknya normal lalu disuruhnya pulang ke rumah. Jiran aku agak kehairanan kerana keadaan emaknya masih tak berubah. Dia langsung tak boleh berdiri dan masih mengadu pening lagi. Dia cuma dibekalkan ubat Paracetamol dan Chloperazine sahaja.

Sejak pulang daripada hospital, emaknya hanya baring dikatil. Dia bergerak perlahan2 seperti robot untuk mengurangkan peningnya. Jiran aku cari aku semalam kerana dia dah tak tahu nak buat apa.

Aku bukanlah doktor yang bagus atau pandai sangat. Tapi kalau wanita tua terpaksa diusung dalam ambulan, sepatutnya dimasukkan ke wad untuk pemerhatian atau rawatan lanjut. Secara logiknya, takkanlah sakit biasa aje pun nak panggil ambulan datang rumah. Walaupun tekanan darahnya normal, mungkin bukan itu sebabnya. Mesti ada sebab2 lain yang kita tidak ketahui dan tidak boleh diketahui dengan hanya check tekanan darah aje. Ini bukan drama kat tv. Kalau kat tv lainlah. Letak tangan kat kepala dah boleh tahu pesakit ada kanser otak dan hidupnya tinggal beberapa bulan lagi. Tapi ini realiti..

Aku bukanlah doktor yang bagus sangat tapi setiap kali aku jumpa pesakit seperti ini, aku cuma bayangkan "Kalaulah yang sakit ini emak atau sedara aku, apa aku nak buat?" Bukannya sekadar pasang IV drip dan lepas tu suruh balik. Kalau aku ada kat situ, memang banyak soalan2 bodoh aku nak tanya kat doktor yang merawatnya. Biar dia terkebil2. Mentang2lah dia doktor kerajaan, gaji dah besar, pakai tie dan kot tapi kerja lebih kurang apa kejadahnya? Perihatinlah sikit kat pesakit2 yang datang.

Keadaan makcik ini disebut Positional Vertigo iaitu rasa dunia ini berpusing jika dia menggerakkan kepalanya. Ianya sebenarnya tiada kaitan dengan darah tinggi tetapi mungkin disebabkan masalah telinga atau otak juga. Antara sebab2nya ialah BPPV, Labyrinthitis, Meniere's Disease, Head Trauma, Blood Clot/Bleeding kat otak, Acoustic Neuroma, Multiple Sclerosis dan juga Migraine. Kan banyak tu sebab2nya? Setakat check BP boleh ke exclude semua itu?

Aku cuba beri beberapa ubat kat dia dan aku beri tempoh 2 hari. Kalau masih tak berubah jugak, aku dah siapkan surat rujukan ke Pakar telinga. Mungkin makcik ni perlu buat CT Scan dan rawatan lanjut dengan pakar. Inilah rawatan terbaik yang aku boleh berikan kepada dia. Kalau Dr Jemie ada kat JB, dah lama aku hantar kat dia.

Untuk bakal2 doktor di luar sana, ketahuilah bahawa kita tak perlukan MRI atau CT Scan untuk membuat diagnosis. Good history taking atau mengambil cerita daripada pesakit biasanya dah boleh buat diagnosis. CT Scan ke, MRI ke itu untuk confirmkan sahaja. Tapi doktor2 baru sekarang ni agak malas untuk bertanya soalan2 kat pesakit. Kalau sakit dada, terus buat ECG. Kalau demam terus suruh buat blood test, kalau batuk terus suruh buat x-ray. Mereka lebih percayakan keputusan makmal banding pemeriksaan fizikal. Lepas tu bukannya pesakit yang dirawat. Nombor2 dalam keputusan ujian darah atau gambar x-ray yang dirawatnya. " "Kolesterol makcik tinggi. Hati makcik dah rosak sikit. jantung makcik dah bengkak. Jadi makcik makan ubat2 ini termasuk vitamin2 ini supaya makcik sihat." Nah! Sebakul ubat untuk sebulan diberinya. Padahal makcik tu cuma demam batuk aje sikit2. "Habis tu, mana ubat demam dan ubat batuk aku?". Inilah realitinya. Inilah yang aku selalu hadapi.

Cubalah korang bayangkan. Kalau umur dah lebih 50 tahun, takkanlah ujian darahnya sama macam yang berumur 20 tahun? Macam kereta jugaklah. Dah lama pakai, mestilah ada yang karat sana- sini, kemik sana-sini. Tapi selagi enjin masih boleh jalan, buat apa nak overhaul enjin? Manusia pun samalah. Bila dah tua, jantung mungkin bengkak sikit, hati dah berlemak, kolesterol pun nak mula mendak kat salur2 darah. Adatlah kan? Itu aku cakap tadi, bila doktor tak merawat pesakit dia merawat nombor2 dalam keputusan ujian darah. Itu yang berjenis2 ubat kena makan tu. Ubat kolesterol, ubat vitamin untuk hati, ubat cairkan darah, ubat untuk sihatkan jantung dan sebagainya. Memang cepat kayalah doktor tu tapi adakah ianya berbaloi?

Pada aku, aku cuma cakap itu semua adatlah makcik. Bila usia dah meningkat, pandai2lah jaga pemakanan dan kesihatan. Buatlah senaman sikit2. Tak payahlah makan ubat macam2. Lebih baik makcik kumpul duit ubat tu buat pergi haji atau umrah nanti.

1 ulasan:

  1. suka membaca idea tuan doktor dalam tajuk ni .....

    BalasPadam