Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

04 Oktober 2009

Aku dan Hujung Minggu Ini



Tengahari tadi, famili aku datang beraya kat rumah aku. Emak, abah, Kak Han, Abang Akob, Liza & Mail serta Adil. Hanya ini sahaja keluarga adik-beradik aku. Shaiful entah bila nak balik. Raya dah nak habis pun masih tak balik jugak.

Seperti biasa, pagi2 lagi wife aku dah siapkan bahan2 untuk aku masak tengahari. Kalau famili aku atau famili wife aku nak datang ke rumah, beginilah rutinnya. Kami mesyuarat dulu pasal menu. Lepas tu wife aku siapkan bahan2 sementara aku kena kemas rumah. Bila aku masak, wife aku sambung pulak mengemas. Dah biasa sangat dah. Tak payah ada orang gaji atau pembantu rumah. Semua buat sendiri. Kalau tak larat, aku kerah anak2 membantu sama.

Hari ini aku masak simple aje. Tomyam Campur, Siakap Tiga Rasa dan Sayur Campur. Lepas tu makan ramai2 kat pangkin dengan iringan bunyi air kolam. Walaupun lauk tak sedap, habis licin semuanya. Selepas famili aku beredar, aku duduk rumah diam2. Malas nak pergi beraya. Hari ini takda jemputan open house. Tapi kalau minggu depan, lebih 5 rumah dah hantar jemputan. Tak pasti larat ke tidak nak ke sana ke mari.

Malam sabtu aku balik Bandar Tenggara sekejap. Abang ipar buat Marhaban Raya kat rumah dia. Selain menolong habiskan makanan yang ada, aku pun tolong jugak buat persiapan seterusnya mengemas apa yang patut. Ada Nasi Briyani, Satay Black Pepper, Roti Jala dan paling best, Udang Galah Masak Sambal.

Kat ESPN sekarang ni ada game Super Sunday, Liverpool lawan Chelsea. Dah masuk second half minit ke 53 pun masih belum ada gol. Anak2 dan wife dari pukul 10.30 tadi dah tidur dah. Tinggal aku sorang2 melayan mata yang masih segar selepas pekena Nescafe tadi.

Apa2pun, Selamat Malam.

2 ulasan:

  1. Bestnyer kalau dapat join..;)

    BalasPadam
  2. catatan ini ditujukan kat Shaipul& Wawa sebenarnya. He He He...

    BalasPadam