Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

19 Oktober 2009

Aku dan Hujung Minggu Ini

Lama tak mencatat dalam blog ini. Bukan sibuk pun. Cuma takda idea nak tulis apa.

Hari sabtu kelmarin adalah hari cuti Deepavali. Cadangan asal nak bawak anak2 tengok cerita kelakar sedih Papadom kat TGV Tebrau City tapi sebagai menghormati kematian nenek, aku tangguhkan ke hari lain. Pagi itu cadangnya nak balik kampung tengok arwah nenek tapi dibatalkan atas kesuntukan masa. Arwah nenek dah nak dikebumikan masa kami tengah bersiap nak pergi. Maka aku sambung aktiviti aku ajelah. Aku ke klinik untuk mengemas meja, almari dan bilik kerja aku. Semenjak aku bukak klinik iaitu kira2 7 tahun dulu, aku tak pernah kemas bilik aku betul2. Kali ini aku kemas dan buang segala khazanah yang aku dah kumpul lebih 7 tahun. Macam2 buku, artikel, resit2, majalah2 dan benda2 yang dah sepatutnya dibakulsampahkan aku kumpul dan buang. Habuk2 di belakang wire komputer dan di bawah meja jangan ceritalah. Kalau aku ada Asthma, memang dah lama kena attack dah.

Pukul 3, aku baru siap mengemas. Itupun sebab wife aku call. Anak2 dah gelisah duduk rumah. Lepas asar, aku bawak mereka semua ke Smart Tampoi. Wife nak beli barang2 basah manakala Erin/Ameel nak beli memory card baru untuk PSP dia.

Kat Smart ada satu kedai mainan. Harga kat situ paling murah berbanding tempat2 lain. Download game PSP 1 game cuma seringgit. Tempat lain mana nak dapat. Sekurang2nya 3 game 10 ringgit. Sebut pasal game ni, aku perhatikan yang main PSP ni bukannya budak2 aje. Orang2 tua yang lebih tua daripada aku pun main jugak. Kadang2 aku tengok bapak lagi excited banding anak2. Dulu aku gian jugak main PSP ni. La ni dah jemu dah. Bosan asyik tembak dan bunuh orang aje. Anak2 aku la ni tengah kemaruk jadi manager bolasepak. Konon2nya jadi manager team Manchester City. Duit banyak. Jadi, semua best player dibelinya. Lepas tu main tak pernah kalah. Semua piala disambarnya.

Malam minggu aku tengok DVD Taking Pelham 123 kat rumah. Aman sikit suasana malam itu sebab bunyi mercun dah tak kedengaran lagi. Tak seperti masa malam Deepavali. Bunyi mercun dan bunga api mengalahkan Tahun Baru Cina. Itu yang aku hairan tu. Nama aje diharamkan tapi mercun masih jugak meletup di sana sini.

Hari Ahad aku pergi beraya sambil mintak makan tengahari kat rumah Kak Han di Belitong. Dah lama aku tak ke rumah dia. Dah lama juga aku tak rasa masakan dia. Cuaca masa tu panas betul. Nak buat apa semua serba tak kena. Semalam juga aku dapat jumpa semula dengan adik aku yang kerja kat Labuan. Dah dekat 6 bulan dia tak balik. Tahun depan dia dah nak kahwin dah. Kalau tidak, aku suruh aje dia belayar sampai ke Dubai sana ataupun negara2 Afrika. Baru mantap hasilnya. Emak pun tengah sibuk merancang nak sambut menantu lagi. Tapi takpa, tambah sikit ahli keluarga dan sedara mara aku.

Pukul 4, aku bertolak balik ke Bandar Tenggara. Cadangan asal nak jumpa emak sekejap aje, lepas tu nak beraya kat rumah kakak tapi emak aku ada cadangan lain. Dia dah keluarkan ikan siakap dari peti sejuk. Nak suruh aku masak katanya. Habis berterabur semua plan. Malam tu aku kena jadi chef lagi.

Malam tadi aku tengok telemovie calon Anugerah Skrin TV3, Al-Kiswah lakonan Jalil Hamid. Best jugak jalan ceritanya. Kisah seorang bapak yang terlalu mementingkan status dan darjat sehingga mengongkong kehidupan anak2nya. Pada dia, yang baik untuk dia baiklah untuk anak2nya. Kehidupan anak2nya cuba diaturnya. Pekerjaan, perkahwinan dan masa depan anak2nya dia yang tentukan. Akhirnya, satu apa tak jadi. Anak2 memberontak dan menjauhkan diri daripadanya. Yang sulong jadi peraih ikan kat pasar malam, yang perempuan kena jadi GRO dan yang bungsu jadi gigolo. Bila sakit, anak2 malas nak datang menjenguk. Sebab apa? Sebab baru nampak muka anak datang, dah diherdiknya macam2. Realitinya aku pernah lihat. Orang seperti ini memang takkan berubah. Semakin tua, semakin laser mulutnya. Dia sahaja yang betul. Orang lain semuanya salah.

Pukul 11 malam aku baru sampai rumah. Nasib baik wife tak kerja. Sekolah dia dapat cuti extra satu hari lagi sempena Deepavali. Aku ingat nak tengok bola Manchester City lawan Wigan. Tapi mata tak larat dah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan