Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

01 Oktober 2009

Aku dan Seloka Selepas Raya

Asyik2 cerita raya
Ramai bosan malas nak baca
Aku pun turut sama
Takda idea nak tulis apa

2 minggu lepas raya
Poket dah kosong hutang bertimpa
Nasib baik isteri pun kerja
Belanja dapur mintak padanya

Hujung2 minggu ke rumah terbuka
Makan free jimat duit belanja
Anak2 turut suka
Asyik mengira koleksi duit raya

Minggu ini bumi meradang
Taufan dan gempa berterus2an
Indonesia negara paling malang
Azab sengsara tak berkesudahan

Di Bagan Pinang lain cerita
Isa Samad naik semula
Tengok nanti apa penamatnya
Kata2 Tun Mahathir tak diambil kira

Di MCA pun sama
Masing2 sayangkan kuasa
Dah tahu salah mengundur sahaja
Supaya rakyat tak pening kepala

MIC lain ceritanya
Seolah parti dirinya yang punya
Yang tak sekepala dipenggalnya
Tinggal dia membolot semuanya

Pakatan Rakyat takda bezanya
Masing2 tak sekepala
Menjadikan MB pening kepala
TV3 pula senang buat cerita

Rakyat biasa macam kita
Hanya duduk melanguk sahaja
Saban tahun macam2 cukai dibayarnya
Tapi tak tahu mana duitnya

Beginilah nasib rakyat seperti kita
Para pengundi yang bijaksana
Ahli2 politik sukar nak dipercaya
Kebanyakkannya pandai bermuka2

Apa lagi yang nak dikata
Serba tak kena semua perkara
Kalau difikir boleh sakit jiwa
Lebih baik biarkan sahaja


1 ulasan: