Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

27 Oktober 2009

Aku dan Minggu Lepas

Banyak perkara berlaku minggu lepas. Tapi disebabkan mood kurang baik, aku malas nak rekodkan dalam blog ini. Berikut adalah diari hidupku sepanjang minggu lepas:

1. Wife aku tinggalkan aku dan anak2 selama 3 hari hujung minggu lepas. Dia sibuk mewakili daerah Kulai untuk pertandingan bola jaring antara guru2. Tahun lepas kat Mersing, team dia kalah teruk tapi tahun ini main kat Batu Pahat, team dia dapat tempat ke empat. Itu berkat ubat2an sponsor dari klinik aku gamaknya. Painkiller, ubat sakit urat, minyak urut malah hand-massager pun ada. Tahun depan, kena ke Segamat pulak.

2. Disebabkan aku jadi Papadom hujung minggu lepas, aku import emak aku dari kampung untuk jaga anak2 aku. Nasib baik emak aku free masa tu. Kalau tidak jenuh aku nak uruskan mereka.

3. Hari sabtu petang, sahabat lama aku masa aku 2nd year di UM datang ke Kulai. Rasanya dah lebih 10 tahun tak jumpa. Aku tahu dia ada bukak klinik sendiri di Parit Sulong tapi aku langsung tak pernah jumpa dia. Aku pernah call dia sekali masa berita kematian anak dia masuk muka depan Harian Metro. 2 minggu lepas, aku jumpa dia masa taklimat kat Hospital Sultan Ismail. Itu yang aku jemput datang ke Kulai tu.

Hari sabtu itu dia ada attend course kat JB. Jadi, masa balik dia singgahlah jumpa aku. Aku, dia dan Ezanee adalah housemate masa menyewa rumah kat Pantai Dalam dulu. Disebabkan lama tak jumpa, aku duduk bersembang dengan dia dan Ezanee lebih 2 jam kat Old Town. Tak sedar masa berlalu begitu cepat. Sebenarnya petang tu aku bukak klinik. Tapi aku cakap kat staf aku, aku ada hal mustahak. Jadi aku tak dapat masuk klinik. Lagipun, petang Sabtu patient aku tak ramai.

Dr Yon adalah antara student Medik yang aku respect sekali. Sebenarnya dia lebih senior daripada aku. Dia dapat ijazah lewat 2 tahun banding kawan sebaya dengannya kerana dia sangkut/ failed exam 2 kali. Aku respect dia sebab dia tak pernah kenal putus asa. Kalau budak2 lain, sure dah give up tapi dia bertegas selagi tak dapat ijazah Medik tu, dia tak kan berhenti belajar. Dia belajar macam aku dan Ezanee jugak, cuma nasib dia kurang baik sikit agaknya.

Selepas 5 tahun kerja dengan kerajaan, dia berhenti dan bukak klinik sendiri di Parit Sulong. Anak dia 5 orang termasuk seorang yang mati lemas masa berenang di Port Dickson. Wife dia dulunya bekerja sebagai Graphic Artist di Berita Harian tapi sekarang dah berhenti. Dia kata dia bukak klinik 10 jam sehari, 7 hari seminggu. Sabtu dan Ahad dia kena kerja jugak. Sesekali dia panggil locum kalau dia ada urusan. Klinik dia lengkap dengan x-ray dan ultrasound 3-D. Bisnes dia biasa2 sahaja sebab lokasinya agak jauh daripada bandar dan patient dia majoritinya orang2 kampung. Kalau aku rasa hidupku susah dan kerjaku membosankan, rupa2nya hidup dan kerja dia lagi membosankan. Apatahlagi wife dia tak bekerja dan klinik dia tak banyak panel.

4. Malam minggu, aku kena balik ke Bandar Tenggara tanpa wife aku. Emak mertua aku buat tahlil untuk arwah nenek wife aku. Aku dapat rasakan ada sedikit ketegangan antara abang sulung dengan adik2nya yang lain. Macam2 cerita aku dengar tapi aku buat2 tak tahu aje. Tunggulah wife aku balik nanti. Mesti ada cerita bagus nak disampaikannya.

5. Lepas majlis habis, aku bawak anak2 balik ke Bukit Besar. Dah janji dengan emak nak tidur kat rumah emak. Emak pun dah prepare nak masak Nasi Lemak untuk sarapan keesokan harinya.

6. Pagi hari minggu, aku dah balik ke Kulai. Aku kerah anak2 aku buat revision untuk exam akhir tahun yang bermula hari ini. Anak2 aku mana takut dengan aku. Kena marah pun buat donno aje. Wife aku hantar SMS kata dia mungkin balik lewat sebab kena masuk perbarisan penutup acara.

7. Petang tu, aku bawak anak2 ke Jaya Jusco Taman Universiti. Makan tengahari plus makan malam di Pizza Hut. Cadangan asal nak tengok wayang di Tebrau City tapi aku malas nak drive jauh2.

8. Malam ahad, aku tengok Liverpool lawan Manchester United kat ESPN sambil tunggu kawan wife aku datang nak ambik kunci kereta dia. Yang lain2 semua dah tertidur. Sebenarnya aku lebih menyokong Liverpool banding Manchester United. Tapi disebabkan Liverpool guna lambang Carlsberg kat t-shirt dia, aku kira boikotlah. Tapi aku lebih minat kat Gerrard dan Torres banding Rooney dan Giggs. Aku lebih minat kat Benitez banding Ferguson. Nampaknya percaturan Ferguson langsung tak menjadi. Mereka kalah 2-0.

9. Famili yang menyewa rumah aku di Bandar Putra akhirnya bersetuju untuk keluar daripada rumah aku. Asalnya aku suruh mereka keluar hujung bulan ini tapi aku lanjutkan sehingga hujung bulan 11. Dia dah sangkut hampir 4 bulan tak bayar sewa. Hantar SMS tak balas, kalau call dia beri macam2 alasan. Jadi aku tulis surat. Itupun dia tak call atau beri respond. Satu hari tu, wife aku pergi ke rumah dia. Baru dia tahu langit itu tinggi ke rendah.

Selang 2 minggu, dia datang jumpa aku. Dia cuba jugak nak beri macam2 alasan tapi aku cakap senang aje. Aku dah tak percaya dengan janji2. Aku juga dah fed up dan aku malas nak melayan karenah. Aku cakap kat dia, aku tak rasa dihormati dan segala kebaikan yang aku berikan, dia langsung tak hargai. Selama ini semua perasaan aku pendamkan sebab aku hormat dia lebih tua daripada aku. Tapi hari itu aku beri dia cukup2. Ini harta aku. Ini hak aku. Aku masih kena bayar hutang bank. Aku bayar cukai harta setiap tahun. Deposit api dan air aku yang bayar. Senang2 kau nak duduk free kat rumah aku?

2 ulasan:

  1. Tiada kehalalan di dunia dan akhirat selagi hutang sesama manusia tidak dijelaskan.

    BalasPadam