Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

28 Oktober 2009

Aku dan Cara2 Menentukan Jantina Anak


Aku tengah bosan ni. Entah camna aku terbaca satu artikel pasal menentukan jantina anak. Menarik jugak artikel ini terutamanya kepada pasangan2 yang teringin sangat nak anak yang berlainan jantina. Biasalah, satu famili tu rasa tak lengkap kalau takda anak lelaki dan anak perempuan. Sebenarnya ramai gak yang tanya kat aku pasal cara2 nak dapat anak lelaki atau anak perempuan masa kat klinik. Tapi aku malas nak jawap. Aku jawab semuanya rezeki Allah.

Kat klinik aku ada mesin ultrasound. Nak kira expert, aku bukanlah pakar perbidanan. Tapi scan aku biasanya 90% accurate. Kalau aku nampak baby girl, 90% tepat akan keluar baby girl. Begitu juga sebaliknya. Kalau ada pasangan yang datang klinik semata2 nak scan jantina baby, aku bising2 dulu kat mereka. Yalah, itu tak penting daripada segi kesihatan. Yang penting baby sihat, kedudukannya OK, air mentubannya cukup dan baby cukup sifat2nya. Jantina tu yang akhir sekali. Kalau mereka terima penerangan aku, barulah aku buat scan. Kalau tidak, korang pergilah kat klinik lain.

Dapat anak lelaki atau anak perempuan pada aku takda bezanya. Macam aku boleh cakaplah macam2 sebab aku dah ada anak lelaki dan anak perempuan. Tapi yang anak2nya semua berderet perempuan atau semuanya lelaki mesti teringin nak anak yang jantina sebaliknya. Mana2 ibu yang mengeluh bila aku cakap kemungkinan baby dalam kandungannya anak perempuan aku selalu offer untuk mintak tolong jaga bila babynya keluar nanti. Tapi sampai sekarang, takda satu ibu yang sanggup berikan anaknya kat aku.

Di luar negara seperti Amerika Syarikat, pemilihan jantina bayi boleh dilakukan di dalam makmal dengan jayanya. Implikasi sosial dan agama seperti mendahului kerja2 Tuhan dan kesan jangka panjang masih menjadi perdebatan. Tetapi bagi golongan kaya-raya seperti VVIP dan artis2 yang duit tak tahu nak buat apa, prosedur seperti ini memang dah biasa sangat dilakukan. Ingat senang ke artis2 yang dah berumur lebih 40-an, makan berjenis2 ubat untuk kelihatan cantik dan montok mendapatkan zuriat? Siap boleh dapat kembar sepasang lagi. Itu semua guna teknologi dan bukannya secara normal. Ada wang semua boleh jadi beb.

Prinsip utama kaedah ini ialah jantina perempuan ditentukan oleh kromosom XX manakala lelaki ditentukan oleh kromosom XY. Semasa proses persenyawaan, telur wanita dan sperma lelaki akan bergabung untuk membentuk satu sel baru dengan kombinasi kromosom baru iaitu sama ada XX atau XY. Jantina bayi ditentukan oleh sperma lelaki kerana telur wanita hanya mengandungi kromosom X sahaja. Maka bapalah yang menentukan jantina bayi yang dihasilkan.
Perempuan tak boleh buat apa2.

Tetapi di makmal yang serba lengkap dan canggih, pakar2 boleh memeriksa sperma lelaki sama ada nak yang ada kromosom X atau kromosom Y melalui kaedah seperti pewarnaan DNA. Bila dah boleh pilih, sperma yang terpilih akan disenyawakan dengan telur melalui kaedah artificial insemination iaitu proses persenyawaan dilakukan didalam makmal/dibawah mikroskop. Bila telur telah disenyawakan, barulah dimasukkan ke dalam perut ibunya untuk dibesarkan seperti biasa dan dilahirkan juga seperti biasa. Kaedah ini sama seperti kaedah IVF yang dilakukan di Malaysia untuk ibu2 yang sukar hamil.

Kaedah ini juga biasanya dijalankan keatas haiwan2 ternakan dan dari segi etika perubatan, ianya tidak sepatutnya dijalankan ke atas manusia.

Kaedah di atas merupakan kaedah yang moden yang memerlukan banyak perbelanjaan. Tak semua orang mampu. Maka ada beberapa kajian dan pendapat pakar2 perbidanan yang boleh kita fikirkan dan cuba praktikkan. Ianya tidak memerlukan perbelanjaan besar cuma menukar cara hidup sahaja.

Dr Jean Choukron, seorang Professor Madya Perbidanan daripada France mencadangkan pasangan2 supaya mengubah cara pemakanan mereka sebelum mereka merancang untuk mendapatkan anak. Menurut kajiannya, ada 85% peluang untuk mendapatkan jantina bayi yang diinginkan dengan mengikut diet berikut:

Untuk dapatkan anak lelaki, makanan yang kaya dengan Potassium dan Sodium seperti BANANAS, POTATOES, APRICOTS, PEACHES dan DAGING adalah kuncinya.

Untuk dapatkan anak perempuan pula, mereka kena makan makanan yang TINGGI KALSIUM, TINGGI MAGNESIUM DAN KURANG LEMAK seperti SUSU, YOGURT, KACANG, BIJIRIN DAN SAYUR2AN. Untuk berapa lama dan sampai bila, tak pula dinyatakan.

Saintis di Texas pula berpendapat, lelaki yang 'jarang tidur bersama' atau kurang aktif, lebih senang mendapat anak perempuan manakala yang lelaki yang seperti 'harimau', lebih senang mendapat anak lelaki. Mereka percaya, semakin jarang bersama, semakin banyak sperma berkromosom X dihasilkan.

Ada satu lagi kaedah yang dicadangkan oleh Dr Landrum Shettles daripada University Columbia. Rumusan beliau adalah berdasarkan pemerhatian beliau pada tahun 60an dulu. Ianya mungkin tidak lagi sesuai tetapi dirasakan lebih lengkap dan praktikal. Ianya berkaitan dengan waktu yang sesuai, posisi yang sesuai dan sebagainya. Aku tak nak tulis detail kat sini sebab agak censored untuk bacaan anak2 aku. Siapa nak tahu jugak, sila hantar email ke alamat dibawah ye?

Orang2 Cina rasanya ada kalendar sendiri untuk tentukan jantina bayi. Aku pernah tengok kalendar itu di mana ianya kira tarikh lahir ibu, tarikh akhir period dan bulan dalam tahun tersebut. Apa2pun, kita masih boleh berusaha. Percaya atau tidak; berjaya atau tidak, itu semua ketentuan Yang Maha Esa.

Aku tak nak ada baby lagi. Cukuplah dengan 3 orang yang ada. Aku cuma nak besarkan mereka dan didik mereka supaya menjadi insan yang berguna kepada masyarakat. Zaman kena bangun malam2 buta, bancuh susu, ganti diapers, beli susu anak, hantar anak ke childcare dah berlalu bagi aku. Aku dah tak nak melaluinya lagi. Dah serik dah. Aku tengah tunggu baby daripada Liza/Mail dan Epul/Wawa untuk buat main sekejap2.

Kepada bakal2 ibu dan bakal2 jadi bapak, Good Luck!


4 ulasan:

  1. Salam..nampaknya tak kesampaian hajat Abg Zul nak tengok anak kami, sbb tiada jodoh antara wawa n shaiful.Wawa minta maaf dengan abg dan kak hazu sekeluarga dgn apa yg terjadi.Dugaan pada wawa, tapi ketentuan takdir bagi Shaiful..

    BalasPadam
  2. Dear Wawa,

    Saya dengan Kak Azu dulu pun camtu jugak.
    Kita tunang lagi lama. Hampir 4 tahun.
    Bila duduk jauh2 ni, memang asyik nak bergaduh aje. Hal2 remeh-temeh diperbesar2kan.

    Apatahlagi waktu bertunang ni, ramai sungguh setan dan bapak2 setan datang cucuk dan racun kita. Apa2pun, harap2 kesudahannya tetap sama. Tawakal dan Istighfar banyak2.
    Kami dah lalui semua itu.

    Takpa, nanti saya sekolahkan sikit budak Epul tu...

    BalasPadam
  3. Dear Abg Zul & Kak Hazu ~

    Thanks...walaumacam mana sekalipun, wawa nak abg zul&Kak Hazu tahu, wawa sayangkan family kat Johor..terutama mak dan abah. Tak pernah sangka perkara ni berlaku. Dan wawa tak pernah mintak untuk memutuskan silaturrahim...

    Kalau wawa sorang jer yang anggap semua ni sebagai dugaan tapi Shaiful hanya menganggap ianya sebagai ketentuan takdir serupa macam wawa sorang jer yang mempertahankan hubungan ini.

    Wawa bersyukur dapat diberi peluang menjadi sebahagian keluarga mak dan abah walaupun sekejap. Terima kasih Abg Zul&Kak Hazu. Wawa minta maaf. Harap perhubungan kita tidak akan terputus begitu sahaja.

    BalasPadam
  4. dugaan pasangan bercinta mmg kuat..tp kita akan sedar semula kemudian hari,dugaan itu manis.itulah yg akan merapatkan balik perhubungan..kadang2 masalahnya tak seberapa tapi emosinya lebih..kekadang tersenyum sendiri dengan pengalaman bercinta dahulu...bergaduh tak usah dikira sekian kalinya...akhirnya si dia juga yg kita lihat bila bangun pagi sampai ler sekarang..buat wawa,buang emo,kenang balik saat manis dan duka bersama,sure akan terasa susah melepaskan walaupun dugaan pelbagai...dugaan sebelum kahwin sedikit berbanding selepas kahwin woooo......

    BalasPadam