Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

11 Oktober 2009

Aku dan Cerita Semalam

Semalam; selain ke open house, aku dan famili sempat gak curi2 melawat rumah2 contoh yang ada di sekitar Indahpura dan Bandar Putra. Bukan nak beli pun, saja nak cari idea dan semangat untuk cantikkan rumah aku sekarang.

Sebenarnya aku hanya sempat pergi 4 daripada 6 undangan open house yang ada semalam. Masuk maghrib aku, wife dan anak2 dah kepenatan dah. Rumah Iskandar di Ayer Manis dan Abang Long di Bandar Tenggara aku tak dapat nak pergi dah. Pukul 10.30 semua dah masuk tidur.

Kat rumah Ezanee lah yang paling lama. Selain beraya kat rumah sewa dia, aku pergi melawat rumah baru dia. Pada aku, ianya satu pelaburan yang tepat kerana lokasinya baik, buatan rumahnya kemas dan susun atur bilik2nya sangat bersesuaian. Hal2 kecil seperti ruang wet kitchen yang kecil, table top di luar rumah dan ketiadaan plug di tempat mesin basuh masih boleh diadjust.

Pengalaman lama masa aku tengok rumah baru aku di Bandar Putra dulu berulang kembali. Tak sampai 5 minit kami di sana, 3 orang kontraktor Cina dah datang mengacau. Pasang gril, pasang tinted, buat kabinet dapur, pendek kata apa keperluan kita, semuanya ada disediakan. Hebat betul mereka menghidu peluang buat duit. Mana mereka pasang kaki, aku pun agak musykil.

Masuk rumah baru memang menyeronokkan. Apatahlagi bila sebelum itu duduk menyewa atau duduk rumah kecil. Memang tak sabar nak berpindah rasanya. Tapi banyak benda perlu diselesaikan dahulu sebelum dapat pindah masuk. Mula2 nak bayar deposit api, deposit air dan juga telefon jika ada. Lepas tu nak pasang gril, pasang auto gate, pasang lampu, pasang kipas, pasang air cond, pasang rel untuk gantung langsir dan yang paling penting, pasang alarm untuk elak penceroboh. Pendek kata, kalau beli rumah 200 ribu, kita kena extrakan lagi 20 ribu untuk hal2 yang wajib seperti di atas. Itu belum lagi kira kabinet dapur, kornis siling, perabot2 baru, katil baru, alat2 elektrik yang baru dan mungkin juga nak extendkan dapur bagi besar sedikit dan juga buat landskap. Itu tambah lagi 30 ribu sekurang2nya. Kalau banyak duit, kita boleh panggil interior designer dan ubah suai seluruh rumah seperti yang terdapat di rumah2 contoh. Tambah 80-100 ribu untuk impact yang maksima. Memang cun kalau banyak duit.

Masuk rumah baru memang seronok tetapi habis duit simpanan dimakannya. Biasanya hal2 remeh yang kita tak nampak banyak mencuri duit kita. Contohnya kalau kita extend besarkan dapur dengan budget 10 ribu. Kita kena prepare untuk bayar sekurang2nya lagi 3-4 ribu. Ini kerana wiring, salur paip, mosaic lantai, lampu, kipas, exhaust fan, paip air, cat dan gril pintu biasanya tak termasuk dalam quotation 10 ribu itu. Itu semua kira harga lain. Memang pening. Jika tambah bangunan, jangan lupa submit pelan ke majlis bandaran. Itu wajib dan kena bayar upah jugak. Pastikan kontraktor masukkan sekali dalam quotation mereka.

Nak dapatkan kontraktor yang benar2 boleh dipercayai memang susah. Ada yang asyik mintak duit tapi kerja tak jalan2. Ada yang tamak ambik kontrak sana sini, kerja sebulan tertangguh sampai 2-3 bulan, ada yang buat kerja cincai2 dan kemudiannya lari. Dalam memilih kontraktor, yang penting harga berpatutan dan bukannya yang harga murah tetapi kerjanya ala kadar.

Aku tak pernah pilih bangsa tetapi bangsa Cina lebih dipercayai berbanding bangsa sendiri. Seboleh2nya aku cuba dapatkan bangsa sendiri tetapi kebanyakkannya berakhir dengan kekesalan. Bangsa cina tidak memonopoli semua kerja. Mereka saling bekerjasama. Untuk satu2 projek, mereka ada kepakaran masing2. Ikat batu orang lain, pasang mosaic orang lain, buat wiring orang lain, kerja2 kayu orang lain. Apa2 yang kita tak puashati mereka betulkan secepat mungkin. Berbeza dengan bangsa sendiri. Satu orang buat hampir semua kerja. Kalau kita komplen, ada aje alasannya. Kesudahannya, kita juga yang menyesal tak sudah. Apatahlagi jika benda yang sangat2 menjolok mata dan hari2 dipandang. Sakit mata dan sakit hati selama2nya.
Ini kisah kolam bocor depan pintu rumah aku yang tak selesai2 sampai sekarang. Sebagai contohlah.

Apa2pun, pengalaman mengajar kita menjadi lebih prihatin dan bersedia membuat pertimbangan sewajarnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan