Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

11 Oktober 2009

Aku dan Taklimat NHEW 2009



Pagi hari minggu, ketika jalan masih lengang dan berkabus, aku dah dalam perjalanan ke Hospital Sultan Ismail di Taman Mount Austin, JB untuk menghadiri taklimat dan pelancaran Projek National Healthcare Establishment And Workforce Survey (NEHW). Semua pengamal2 perubatan swasta seluruh Johor diwajibkan hadir untuk mendengar taklimat ini.

Sebenarnya ada berlaku sedikit kekeliruan dimana surat pertama yang dihantar oleh Pejabat Pengarah Kesihatan Negeri menyatakan taklimat bermula jam 10.30 pagi. Kemudian satu surat lagi datang daripada Kuala Lumpur menyatakan taklimat bermula jam 8.30 pagi. Itu yang lepas pukul 10, baru penuh dewan auditorium tu.

Apa2pun, taklimat hanya disampaikan oleh seorang doktor daripada Pusat Penyelidikan Klinikal, Hospital Kuala Lumpur. Beliau sangat fasih berbahasa Inggeris dan cukup berpengetahuan tentang projek yang akan dijalankan. Semua soalan2 daripada doktor2 yang datang berjaya dijawabnya dengan tepat dan tenang. Tidak seperti taklimat yang pernah aku hadiri semasa kerajaan nak wajibkan semua klinik swasta berdaftar dengan CKAPS. Ramai doktor yang balik dengan perasaan tak puashati masa tu.

Untuk projek ini, setiap klinik akan diberi satu tugasan iaitu mengumpul data2 pesakit yang datang ke klinik pada satu hari yang dipilih secara rawak. Klinik aku terpaksa mengumpul data pesakit yang hadir ke klinik aku pada 7/3 tahun depan. Disebabkan ianya jatuh pada hari ahad, aku kena buat pada hari isnin keesokan harinya. Satu pesakit satu borang. Kalau 70 pesakit, 70 borang kena isi. Dan aku diberi tempoh 2 minggu untuk menyiapkan data2 yang diperlukan. Semuanya atas dasar A Good Citizen dan tiada upah untuk kerja2 yang dibuat.


Bilik Auditorium di HSI ini cukup canggih dan selesa. Setaraf dengan bilik2 seminar di hotel2 sekitar Johor Bahru.

Ramai doktor yang hadir. Rasanya lebih 100 orang. Ada beberapa orang yang aku kenal dan salah seorang ialah roomate aku masa kat UM dulu. Dia sekarang ada klinik sendiri di Parit Sulong. Waktu break ada disediakan jamuan dan memandangkan masih mood raya, ada Nasi Empit dan Rendang. Tak selera aku nak makan.


Pukul 12, taklimat berakhir. Masa tu barulah terasa lapar sebab pagi tadi aku hanya makan Nasi Lemak bungkus. Sampai kat depan Setia Tropika aku ternampak Pizza Hut kat tepi jalan. Makan disitulah aku duduk sorang2 makan breakfast/lunch sambil baca suratkhabar. Pizza Hut disini agak lengang walaupun hari minggu. Layanannya cepat dan suasananya nyaman. Pukul 1 baru aku beredar balik.

Nak kena tolong Ainaa siapkan buku skrap dia pulak...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan