Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

06 Oktober 2009

Aku dan Vaksin HPV

2 minggu lepas, Menteri Kesihatan Malaysia mengisytiharkan bahawa semua kanak2 perempuan berumur 13 tahun dan keatas akan menerima suntikan imunisasi untuk mencegah kanser pangkal rahim. Suntikan ini akan diberi percuma dan untuk pengetahuan umum, suntikan ini berharga lebih seribu ringgit untuk suntikan. Pengumumannya mendapat reaksi positif dan negatif daripada masyarakat. Mari kita sama2 memikirkan kebaikan dan keburukannya. Subjek ini rasanya boleh jadi tajuk bahas antara kelas sebagai menggantikan tajuk 'Tv membawa lebih kebaikan daripada keburukan' yang dah semakin lapuk tu.

Kanser Pangkal Rahim atau Kanser Serviks merupakan kanser kedua paling tinggi kejadiannya dikalangan wanita Malaysia selepas Kanser Payudara dan ianya biasa menyerang wanita2 yang dalam usia awal 30an-akhir 40an iaitu waktu dimana mereka sedang sibuk menguruskan hal2 rumahtangga ataupun hal2 berkaitan dengan karier mereka. Maka kanser ini memberi kerugian masa, tenaga dan ekonomi yang amat besar kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan juga negara.

Perangkaan tahun 2003 melaporkan bahawa kadar kejadian kanser serviks di Malaysia ialah 16.5 wanita dalam setiap 100 000 penduduk. Penyakit ini merangkumi 12.9% kanser yang dihidapi wanita.

Salah satu faktor risiko kanser ini ialah kehadiran antibodi kepada virus HPV. Virus HPV tidaklah merbahaya tetapi ia menyebabkan perubahan pada sel2 pangkal rahim yang lama kelamaan menyebabkan perkembangan sel2 kanser. Virus HPV hanya merebak melalui hubungan kelamin jadi wanita yang kerap bertukar pasangan atau yang mula melakukan hubungan kelamin pada usia muda lebih berisiko kepada penyakit ini. Ada juga keadaan dimana kanser ini menyerang wanita yang belum berkahwin. Ini bermakna virus HPV bukanlah satu2nya penyebab kepada kanser ini.

Setiap wanita yang telah berkahwin digalakkan menjalani ujian pencegahan setiap tahun. Kanser serviks mengambil masa yang lama untuk berkembang dan gejala hanya muncul apabila kanser telah merebak dan mungkin sukar untuk diselamatkan. Ujian Pap Smear iaitu mengkaji lendir pada pangkal rahim adalah jalan terbaik untuk mengetahui penyakit ini pada peringkat awal. Ujian ini sangat mudah dan tidak menyakitkan tetapi disebabkan ianya melibatkan tempat yang sulit, ramai wanita keberatan untuk menjalani ujian ini.

Kira2 3 tahun lepas, orang putih telah menjumpai vaksin untuk mencegah jangkitan virus HPV ini. Dikatakan jika suntikan imunisasi ini diberikan sebelum wanita itu 'aktif', risiko jangkitan seterusnya risiko kanser servik adalah kurang daripada 1%. Suntikan imunisasi ini adalah seperti suntikan pencegahan Hepatitis B iaitu 3 suntikan dalam tempoh 6 bulan.

Persoalannya ialah adakah suntikan ini perlu dan wajar? Kalau kita baca dalam suratkhabar atau internet, ada banyak kesan2 sampingan atau kesan2 jangka panjang yang belum lagi diketahui memandangkan suntikan ini baru berada dipasaran. Kisah2 di Amerika tentang kanak2 yang menjadi cacat atau lemah otak selepas suntikan imunisasi agak mengelirukan.

Pada pendapat aku, suntikan ini akan memberikan satu perasaan atau 'perlindungan' kepada gadis2 untuk mencuba sesuatu yang baru disebabkan mereka merasakan mereka dah kebal dan takkan kena penyakit selepas disuntik. Adalah lebih baik sekiranya kita mendakwahkan atau memberi penerangan tentang keburukan hubungan kelamin di usia awal berbanding dengan memberi mereka perlindungan andai kata mereka dah terjebak. Ini ibarat memberi jarum suntikan kepada penagih dadah dan memberi kondom kepada para 'pelanggan' yang datang bertandang.

Pada aku, aku tak setuju suntikan ini diberikan kepada anak2 gadis kita. Aku lebih suka mereka pergi buat ujian Pap Smear selepas mereka berkahwin dan bersalin nanti. Suntikan ini tidak perlulah diwajibkan dan diberi percuma kepada anak2 gadis kita.

Ini pendapat aku buat masa ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan