Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

10 Oktober 2009

Kenapa aku jadi GP?

10 sebab kenapa aku SUKA jadi doktor swasta:

  1. Kalau kemana2 ramai orang yang tegur dan kenal. Rasa macam VIP pulak.
  2. Istilah2 perubatan yang digunakan dalam drama2 atau filem di tv aku faham walaupun orang2 lain tak faham.
  3. Aku dapat jumpa ramai orang. Ramai orang bermakna ramai kenalan. Ramai kenalan bermakna banyak contact. Banyak contact bermakna senang nak mintak tolong kalau ada masalah.
  4. Kalau aku ke hospital sama ada kerajaan atau swasta, aku mendapat layanan mesra dan cepat. Selalunya dapat free consultation. Aku bawak bapak aku jumpa pakar tulang cuma kena charge 10 ringgit je. Ainaa service telinga dia free of charge.
  5. Aku rasa dihargai bila pesakit mengadu dia sembuh dan kembali sihat selepas makan ubat aku.
  6. Aku rasa dihargai bila pesakit datang daripada jauh2 semata2 nak mintak nasihat aku.
  7. Aku rasa dihargai bila pesakit menurut nasihat2 yang aku berikan.
  8. Aku datang lambat ke klinik, pesakit takda yang marah2 kat aku. Kena tunggu lebih sejam pun takda komplen apa2 kat aku.
  9. Waktu kerja aku cukup flexible sekarang. Kalau rasa malas atau bad mood aku tutup kedai.
  10. Aku dapat memberi penerangan sewajarnya tentang sesuatu penyakit kat pesakit2 aku.
10 sebab kenapa aku BENCI jadi doktor swasta:
  1. Ramai sangat orang yang kenal. Ke sana sini aku rasa tak selesa bila ada aje orang yang menegur. Hampir seluruh kilang2 di Senai/Kulai adalah panel aku. Begitu juga dengan TNB, SAJ, IOI Mall, Tesco, Giant, TJ Mart, Pizza Hut, KFC, Marrybrown, McD, Asiatic, dsb. Semuanya panel di klinik aku.
  2. Bila dah ramai yang kenal, ramailah yang datang ke klinik bukan sebagai pesakit. Tetapi datang mintak derma, jual insurans, nak pinjam wang untuk bayar hutang along, ajak join MLM dan paling aku tak suka ialah jadikan aku pegawai kebajikan masyarakat. Mereka gunakan sijil cuti sakit sebagai jalan terakhir untuk masalah2 yang mereka hadapi.
  3. Aku selalu berada dalam keadaan serba-salah bila aku terpaksa jadi pegawai kebajikan masyarakat. Serba salah kerana nak tolong salah, tak tolong pun salah. Aku kena fikir pasal undang2, pasal keluarga, pasal kawan dan sebagainya.
  4. Walaupun waktu kerja aku fleksibel, aku kena standby 24 jam. Hujung2 minggu dan diluar waktu kerja ada aje yang call untuk tanya itu ini pasal penyakit dan sebagainya.
  5. Walaupun aku boleh tutup kedai bila2 masa, aku masih jugak kerja pagi, petang dan malam sepanjang minggu. Itu tanggungjawab. Waktu orang lain berehat2 dirumah aku kena kerja dan kerja dan kerja. Aku takda cuti tahun atau cuti sakit. Takda kerja, takda gaji...
  6. Jumpa orang dimana2, ada yang bertanya pasal penyakit dan rawatannya. Mereka malas nak datang klinik sebab takut kena bayar agaknya. Tengah syok2 tengok wayang ke, makan kat restoran ke, ada aje yang hantar SMS atau datang bertanya itu ini.
  7. Jumpa ramai orang yang tak faham bahasa atau undang2 dan menggunakan kemudahan klinik untuk kepentingan diri terutamanya jika mereka adalah panel. Benda2 yang tak boleh claim mereka nak claim contohnya ubat2 vitamin, ubat2 kurus, pil2 perancang dan paling aku benci bila mereka suruh check anak2 atau sedara2 dan bilkan atas nama dia.
  8. Jumpa pesakit2 yang menggunakan penyakit yang mereka ada untuk memohon simpati daripada doktor terutamanya untuk mendapatkan cuti sakit. Ibu2 mengandung terutamanya.
  9. Jumpa kawan2 lama yang gunakan persahabatan untuk mintak tolong aku buat sesuatu yang aku tak suka seperti mintak MC untuk sedara mara, mintak surat sokongan, mintak surat kenyataan sakit dan sebagainya.
  10. Merawat penyakit2 yang sama sepanjang hari, setiap bulan dan setiap tahun. Bosan sebab kurang cabaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan