Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

09 Oktober 2009

Aku bukan Pakar Kanak-Kanak


Aku bukan pakar kanak-kanak. Aku hanya doktor biasa2 sahaja. Tapi entah camna ramai ibu bapa yang suka bawak anak2 mereka datang jumpa aku. Aku pernah jugak bercita2 nak jadi Pakar Paediatrik tersohor kat Kulai ni tapi aku malas nak baca buku dah. Lagipun, aku tak suka melihat kanak2 yang sakit, terlantar di katil dengan wire seluruh badan. Lepas tu asyik nak kena cucuk sana cucuk sini. Aku tak sampai hati nak melihatnya.

Maka jadilah aku doktor cabuk sahaja, merawat sakit demam batuk dan selsema. Satu yang aku pegang sampai sekarang ialah merawat pesakit bukan setakat memberi ubat2 kepada pesakit. Kanak2 terutamanya. Yang penting ialah aku rawat kesusahan dan ketakutan emak bapaknya dulu. Bila mereka dah rasa selesa dan selamat tentang keadaan anak mereka, ubat apapun yang aku beri anaknya pasti sihat semula.

Kebanyakan ibu bapa yang datang ialah ibu muda atau bapak muda yang baru ada anak seorang. Susah hati betul kalau tengok anaknya demam ke, selsema ke atau susah nak tidur malam. Sebenarnya anak2 sakit tak seteruk manapun tapi bila anaknya asyik meragam, tak boleh tidur malam, tak nak menyusu , emak bapak yang jadi kalut. Itu sebab mereka datang ke klinik sebenarnya.

Mereka ini kalau dilayan betul2, setengah jam tak cukup untuk menjawab soalan2 mereka. Semua benda mereka nak tanya. Susu formula apa yang bagus, kenapa berat anak tak naik2, kenapa makan ubat hospital kerajaan tak baik2, kenapa anak tidur nafasnya berbunyi, boleh tak mandikan anak dengan air sejuk, vitamin apa nak beri kat anak, dan macam2 lagi soalan. Berikut adalah jawapan2 lazim yang aku beri kepada ibubapa muda. Rasanya aku nak rakam jawapan2 aku dan suruh mereka semua dengar kat rumah sahaja. Jadi, tak payahlah aku asyik bercakap perkara yang sama sepanjang hari.

1. Susu formula apa yang bagus untuk anak?
  • Tiada yang spesifik. Tak semestinya yang mahal itu bagus dan tak semestinya yang murah itu tak bagus.
  • Susu brand apapun, kalau lepas menyusu anak itu tidur lena, berat badan meningkat, kencing lawas, buang air pun lawas, tiada ruam2 di badan, itu kira sesuailah. Kalau sebaliknya, kenalah cuba brand yang lain.
  • Walaupun banyak company datang suruh promote susu2 mereka kat klinik aku, aku memang tak layan. Kau beri sampel, katalog, poster dan macam2 lagi barang aku memang ambik. Tapi aku takda susu pilihan aku. Pada aku semuanya sama. Kalau kata ada DHAlah, Phospholipidlah, Probiotiklah, aku dah tak peduli dah. Semua company kata benda yang sama.
  • Kalau anak ada masalah ruam2, alahan kulit, banyak kahak, sembelit atau cirit-birit barulah aku cadangkan susu yang tanpa laktosa untuk anak2 mereka. Itupun aku cadangkan sahaja sebab susu ini sangatlah mahal. Tak ramai yang sanggup membelinya.
2. Kenapa berat anak tak naik2? Kenapa anak saya kurus sangat?
  • Kesihatan kanak2 bukan diukur dengan berat badan. Budak yang kurus tak semestinya tak sihat dan yang chubby tu sihat. Nurse kat klinik kerajaan selalu membebel kat ibubapa yang berat anaknya tak naik2. Lepas tu ibubapa datang cari aku.
  • Pada aku, selagi budak tu masih boleh bermain dengan kawan2, masih aktif berlari2, boleh bersosial dan perkembangannya sama macam anak2 orang lain, itu kira sihatlah. Berat badan tak penting sangat. Umur antara 3-6 tahun adalah masa dimana anak2 sibuk sangat bermain sehingga lupa pasal makan. Tapi susu jangan ceritalah. Sekejap2 mintak susu tetapi bila diajak makan, ada aje alasannya.
  • Biasanya aku check jantung, pernafasan, perut dan perkembangan mindanya. Kalau semuanya normal dan asyik terkebel2 tengok koleksi mainan aku, itu sihatlah namanya. Biasanya bila naik sekolah rendah esok, barulah nampak perubahannya.
  • Aku juga selalu cakap kat ibubapa supaya jangan bandingkan berat badan anak dengan anak2 yang lain. Lebih elok bandingkan dengan emak bapak atau atuk nenek mereka kerana faktor baka selalunya mempengaruhi berat badan.
3. Kenapa makan ubat klinik kerajaan tak baik2?
  • Ramai beranggapan ubat kerajaan tak cukup bagus. Bila mereka dah fikir macam itu, secara psikologinya makan ubat banyak manapun memang tak baik. Ubat kerajaan setaraf malah rasanya ada yang lebih bagus daripada ubat2 di klinik aku tetapi jenis ubat diklinik kerajaan adalah terhad. Ubat demam Paracetamol digunakan untuk hampir semua jenis penyakit. Sakit kepala, demam, sakit perut, pening semua diberinya Paracetamol atau 'pil KK' kata orang kampung. Ubat tahan sakit ialah Ponstan 250mg. Takda yang lain. Ubat batuk pun sama. Hanya satu jenis iaitu Benadryl. Batuk berkahak ke, batuk berhingus ke, batuk kering ke, pusing2 ubat tu jugak.
  • Kat klinik aku ubat batuk ada 7-8 jenis. Macam2 warna ada. Putih, Hitam, Merah, Hijau, Jernih. Yang dalam bentuk pil dan bentuk serbuk pun ada. Ubat tahan sakit pun sama. Macam2 warna dan saiz aku ada. Hanya aku yang tahu ubat mana yang sesuai untuk setiap jenis batuk dan sakit. Nak cerita pun susah.
  • Berbalik kepada ubat demam untuk kanak2. Di hospital mereka gunakan jenis sirap 120mg untuk setiap 5ml atau satu sudu. Di klinik, aku gunakan jenis suspension perasa oren atau strawberry dengan dosnya 250mg untuk setiap 5ml. Ini bermakna ubat aku lebih pekat.
  • Ubat demam secara purata diberi mengikut umur. Bawah setahun 2.5ml, 1-3 tahun 3ml dan lebih 3 tahun 5ml. Teori ini salah. Ubat demam patut diberi mengikut berat badan iaitu 15mg untuk setiap 1kg berat badan. Kalau budak tu berumur 3 bulan tetapi berat badannya dah 7 kg, 2.5ml ubat mana cukup. Itu sebab demam tak turun2 sebab dos ubat tidak mencukupi.
  • Kalau berat badan 7kg, ia perlu ambil 105mg untuk sekali makan. Ubat hospital, dia perlu makan 4.5ml atau ubat klinik 2ml sahaja. Itu sebab mereka makan ubat hospital tak turun2 jugak demamnya sebab nurse tidak memberi penerangan yang betul.
4. Kenapa anak saya tidur berbunyi nafasnya?
  • Ramai ibubapa risau bila nafas anaknya berbunyi. Mereka takut anak mereka kena Asthma atau semput.Soalan lazim aku ialah:
  1. Ada tak ahli keluarga yang semput?
  2. Susu apa anak mereka minum?
  3. Bagaimana sukatan susu anak?
  4. Adakah anak gelisah semasa tidur?
  • Kalau ahli keluarga tiada yang semput atau Asthma, kemungkinan anak itu kena asthma adalah minimal. Bunyi nafas selalunya berkaitan dengan bunyi lendir atau kahak di laluan angin pernafasan. Kalau anak itu tidur lena walaupun berbunyi, pada aku itu normal.
  • Kalau anak itu gelisah, merengek, menangis dengan suara yang halus, kembang kempis hidungnya atau berombak dadanya itu bermakna anak itu ada masalah pernafasan dan perlu dibawa ke hospital dengan segera.
  • Lendir dan kahak disaluran pernafasan adalah perlu sebagai pertahanan badan. Kanak2 biasanya tidak pandai lagi untuk mengeluarkan kahak atau lendir yang berlebihan. Biasanya ia ditelan dan keluar melalui najis atau kadang2 dimuntahkan.
  • Susu formula ada yang mengandungi lemak atau minyak berlebihan. Ia juga boleh menjadi kahak jika susu dibuat pekat sangat atau anak diberi susu banyak2 sebelum tidur. Nasihat saya ialah cairkan susu dan jangan beri banyak2 sebelum anak masuk tidur.
  • Sekiranya anak itu batuk atau nafasnya berbunyi agak kuat sewaktu tidur, tepuk2 sedikit di atas belakang dadanya dan kemudian tidurkan secara mengiring. Ini untuk mengurangkan kahak ditekaknya.
  • Ramai ibubapa yang datang ke klinik minta ubat cair kahaklah, ubat lega dadalah untuk bayi2 mereka. Pada aku bayi2 berumur bawah setahun tidak perlu makan ubat banyak2. Apatahlagi kalau nak beri makan antibiotik. Aku kesian betul kalau budak2 kecik dah disuruhnya makan ubat macam2.
Ramai ibubapa beranggapan, kalau anak mereka demam makan ubat terus nak baik. Kalau tak baik jugak, kena makan antibiotik. Selagi tak makan antibiotik demam tak boleh baik. Patient2 yang dah biasa dengan aku, takkan mintak antibiotik kalau aku tak beri. Mereka tahu kalau anak2 mereka demam, ianya mengambil masa 2-3 hari untuk sembuh. Selepas makan ubat, demam turun dan anak itu cergas bermain. Masuk 8 jam, demam akan datang semula. Itu biasanya berterusan selama 2 hari dan ianya adalah tempoh yang normal untuk badan menghasilkan antibiotik sendiri.

Biasanya aku pesan kat ibubapa, kalau anaknya tetap aktif dan bermain seperti biasa bermakna kuman itu tak kuat. Itu virus biasa sahaja. Pastikan anak dapat cukup rehat dan cukup air dalam badan. Lepas 2 hari sembuhlah. Itulah yang aku buat kat anak2 aku kalau mereka demam. Lepas beri ubat demam, selsema dan batuk aku suruh mereka tidur. Aku jarang sangat beri anak2 aku makan antibiotik kerana mereka jarang dapat menghabiskan atau makan ubat itu ikut aturan.

Jika demam berterusan lebih 2 hari, bawalah jumpa doktor semula. Jangan pagi datang klinik, malam pergi klinik lain sebab demam belum sembuh.

bersambung...

58 ulasan:

  1. Dr.,saya juz nk tya..wpun post ni dh 4tahun lepas n lom tentu doc membacanya tapi saya tawakkal jela..since baru skrg da mslh ni n google terjumpa plk article ni..ank saya underweight n baru bbrpa bln ni brt dia normal.xde mslh lain pun.aktif,cergas,menyusu ok,n sihat.tapi nurse asyik bising je sbb dia kata klu xckup brt badan mknanya bdk tu xdpt nutrient yg diperlukan oleh badan n menghalang perkembangan otak dia.risau jgk la bila dia kata camtu..betul ke cmtu doc?sy pnh kena rujuk ke pakar kanak2 sbb perkara ni.mmg risau sgt..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear Mrs Zafian,

      Saya faham kegelisahan puan.
      Tapi biasanya ibu lebih memahami keadaan sebenar.
      Macam saya tulis,
      kesihatan kanak2 bukan diukur dengan berat badan sahaja.
      ianya sekadar nombor sebagai panduan.
      tetapi ramai nurses juga doktor,
      tidak merawat pesakit.
      Mereka merawat 'nombor'.
      Berat badan yg mereka risaukan.
      kanak2 yang didepan mata mereka mereka tak risau.

      Email saya kalau ada masalah.
      InsyaAllah saya cuba menjawabnya.

      Padam
  2. salam doc..bayi saya dh 6bln++...skrv ni nafas die bunyi..tido berdengkur..kuat bunyinya...klu jga kuat jgk bnyi mcm hidung sempit...tp bayi saya aktif...bunyi dibhg hidung jer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. masalah kecik aje tu.
      bila usia makin bertambah,
      hilanglah bunyi tu...

      Padam
  3. Salam doc. Anak saya berumur 17bln demam (nearly 39 darjah celcius) dan batuk (ada radang pd anak tekak)dari smlm. Smlm sudah pegi clinic, doc clinic tu bagi ubat demam, batuk dan antibiotik. But lps itu naik mcm gatal bintat. Then mlm saya pegi clinic lain dan doc tu ckp maybe anak saya ada alergik dgn ubat antibiotik dan die bagi ubat tahan gatal dan alergik.
    Hari ni bila dia bernafas, ada bunyi dan saya amat risau. Apa yg perlu saya lakukan doc?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau allergik dgn antibiotik,
      kena ingat nama antibiotik tu.
      Lain kali kalau jumpa doktor,
      kena beritahu.
      Jadi senang doktor nak adjust.

      Demam 2-3 hari tu biasalah.
      memang demamnya naik dan turun.
      Bila demam naik,
      ragamnya lebih.
      Bila demamnya turun,
      dia kembali normal.
      Itu kira standard.

      90% demam adalah disebabkan virus.
      lepas 3 hari sembuhlah.
      Tak perlu antibiotik sebenarnya.

      Tapi kalau lepas 3 hari tak sembuh jugak,
      kenalah kembali ke klinik semula.

      Padam
  4. Assalamuakaikum doc.sy nk tanya mengenai suntikan vakdin.br2 ni ank ke2 sy cucuk 3 serangkai (sethn setengah).di tmpt cucuk tu jd warna merh n dia asyik mengadu sakit.mlm td tido pn xnyenyak.xpnh lak ada pengalmn mcm ni sblm ni...apa ptt sy buat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Vaksin umur setahun setengah adalah booster 5 serangkai.
      Sama masa umur 3/4/5 bulan.
      Biasanya tak bengkak.
      Tapi kadang2 berlaku juga.
      Takda nak risau sangat.
      Dlm 2-3 hari hilanglah sakitnya.
      Cuma bengkak tu kadang2 sampai seminggu...

      Padam
    2. Thsnx doc.alhamdulillah dh ilng pn.xwat apa2 pn..

      Padam
  5. Dr.adakah paracetamol boleh menjadi punca alahan?

    BalasPadam
  6. slm dr..ank sy baru berusia 3 mggu dan mdpat prolonged jaundice..mggu lps darah telah di ambil dan keputusan menunjukkan hatinya normal tetapi bacaan bilirubinnya masih tggi iaitu 309.5..bahayakah dr? saya risau

    BalasPadam
  7. dr..sy nk tya pasal prolonged jaundice..bahayakah bayi yang berusia 2mggu dengan bacaan bilirubin 309.5 ttpi hati normal..serta lain2 normal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau yg lain2 tu normal,
      maksudnya taklah bahaya sangat.
      Tunggu usia sebulan.
      InsyaAllah semakin turun bacaannya.
      Tak payah buat apa2.
      Tak payah tukar ke susu kambing.
      Tak payah dijemur pagi2.
      Akan pulih secara semulajadi.

      Padam
  8. salam dr, anak saya umur 2 tahun 7 bulan ada simpton bell palsy, bila dia senyum mulut sebelah kanan akan senget. dr ada bg ubat steroid yg dos rendah untuk makan selama 5 hari. dr cakap kalu xmakan pun akan baik sendiri. bila bagi makan ubat asyik muntah semula jd patut teruskna ubat atau biarkan sembuh sendiri. tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Anum Abdullah,

      Saya jarang jumpa budak kena Bell Palsy.
      Tapi kalau kena pun,
      peluang utk pulih biasanya 100%.
      Kena sabar dan doa banyak2.

      Pasal ubat tu,
      mungkin rasanya kurang sedap.
      Cuba campur dengan jus sedikit.
      Supaya kurang sikit rasa pahitnya.

      Padam
  9. salam Dr. baby saya yg berusia 7 bulan sering mengalami masalah nafas berbunyi...tidur berdengkur...dan simptom2 lain yg Dr sebut seperti di atas..me n my wife sian sgt kt die...dah cube utk sedut hingus di hidungnya dan cuba ikut pesan Dr untuk tidak risau sgt..but malam ni baby sy batuk2 dan bernafas dengan bunyi yg kuat sangat...tp yg membuatkan sy lega ialah dia aktif dan bermain seperti biasa...byk klinik dh kami pegi...ade yg bagi nab..
    Soalan sy Dr. ialah perlu ke sy bawa baby sy ke klinik?
    adakah faktor cuaca baby sy jadi cmtu sbb ramai jgk baby yg sy tgk mengalami simptom yg sama jgk?
    last but not least tip2 n pantang yg boleh Dr bg utk kami rawat baby kami di rumah (such as tak blh tido bwh kipas or x boleh bg die masukkan mainan die dalam mulut or etc)
    thanks in advance Dr.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak tuan mungkin menghidap Bronchiolitis.
      Lebih kurang mcm Asthma gitu.
      Kalau kahaknya byk dan sukar tidur,
      Perlu ke klinik atau hospital untuk ambil Nebulizer.
      Xray dada jika perlu.
      Penyakit ini akan beransur kurang bila usia meningkat lebih setahun.
      Jauhkan drp bahan2 alahan spt habuk, debunga, haiwan berbulu, dsbnya.
      Cuba google pasal Acute Bronchiolitis.

      Padam
  10. salam doktor... saya sangat risau tentang masalah anak saya. anak saya sekarang baru umur 2 bulan setengah. tapi sejak lahir matanya berair & bertaik. saya dah pergi klinik pakar kanak2 an-nur bangi, doktor bagi ubat titis. tapi tak juga baik. saya ke klinik lain, pon sama tak baik. lepas tu ke klinik kerajaan doktor bagi pula ubat titis dengan antibiotik. boleh ke baby makan antibiotik ? saya buntu la doktor... boleh bantu saya tak ? saya risau sangat kerana mata anak saya tetap juga berair dan bertaik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak perlu risau.
      Airmata kita sentiasa mengalir sebenarnya.
      Ada saluran yg menyalurkan air mata ke tekak.
      Kadang2 saluran ni tersumbat.
      Tapi semakin usia meningkat,
      Saluran itu akan terbuka.
      Cuba urut2kan tepi hidungnya selepas mandi.
      InsyaAllah selepas beb bulan,
      Sembuhlah.
      Kalau berterusan selepas beberapa tahun,
      Mungkin perlu pembedahan.
      Saya selalu jumpa kes sebegini.
      Semuanya sembuh sendiri.
      Tiada risiko kerosakan mata.
      Tiada risiko buta.
      Cuba jumpa pakar mata jika perlu...

      Padam
    2. Puan Rosshamdan, saya sekadar ingin berkongsi pengalaman yang sama. Seperti Puan, saya juga pernah mengalami kerisauan begitu. Anak perempuan saya sejak lahir matanya sentiasa berair. Selepas beberapa kali jumpa doktor berlainan dan mengesahkan tiada apa yang perlu dirisaukan, saya tetap risau. Tetapi Alhamdulillah, sejak umurnya 5 tahun, masalah tersebut hilang.

      Padam
  11. Salam dktor...ank.sy smlm tiba2 ja cirit...warna pucat...ada tmppk putih...byk...pastu.kli.ke-2 cirit putih.gk...sy risau sgt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tengok keadaan,
      kalau berterusan lebih tiga kali,
      bawalah ke klinik berhampiran.

      Padam
  12. salam doktor..anak saya umur setahun..berat mungkin dlm 9kg...tp paracetamol bby sitter slh bagi...so total pagi ni dlm 5ml ( 250mg ) die dah bagi...mudarat ke untuk anak saya? risau sgt3...tQ

    BalasPadam
  13. salam doktor..ank sy setahun 2 bulan..berat dlm 9kg je...then pagi ni bby sitter slh bagi dos sirap pcm...5ml (250mg) die dah bgi untuk pg ni...adakah mudarat untuk ank sya? risau sgt3 ni.. :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang terlebih dos tu.
      Tapi belum tahap bahaya.
      Kalau satu botol sekali minum,
      Memang nak kena cuci perut.
      Tapi insyaAllah.
      Tak jadi hal punya...

      Padam
  14. Hello doktor, sy nk tanya.. baby sy berunur 1tahun 3bulan. Sejak dia brumur 6bulan. Mesti pegi hospital utk pam. Tiap2 bulan smpi dia brumur 11bulan.. doktor ckp baby sy possible asthma.. sy bagi ventolin dgn baby, mmg dia reject. Hingga la sy jmpa bidan kampung, dia kata, darah labi2 bole hilangkan asma coz org kmpung d sana smua da baik mnum.. sy pn ikut.. suru baby minum.. n baby smpi 1tahun 2bulan xda asma.. tpi baru2 ni.. tiba2 dia asma.. pegi klinik n doktor suggest tukar susu ke isomil soya. Coz sebelum ni bg mnum mamil dumex learning. Sy pn ikut suggestion doktor. Tpi masalah btmbah, kahak, batuk, selsema baby kluar.. bukan ka soya bgus utk bayi asma? Da cuba susu kambing.. baby mnum utk 2-3 je tpi lepas tu dia xmo lg.. tpi masa mnum susu kambing tu, batuk, kahak, selsema mmg xda..

    Mcm mana nk bagi susu utk baby sy ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih bertanya.

      Anak puan rasanya memang Asthma.
      Asthma penyakit berulang.
      Penyakit berkait dgn alahan.
      Pemakanan, persekitaran dan mungkin juga alah dgn susu lembu biasa.
      Susu kambing tak membantu.
      Darah labi2?
      Saya tak pernah dengar yang tu.
      Tapi batuk selsema kahak juga nafas berbunyi adalah gejala asthma.
      Drp minum sirap ventolin,
      Lebih baik guna inhaler.

      Saya tak boleh syor mana2 brand susu.
      Kena cuba satu2.
      Dan susu soya mungkin yg terbaik.

      Terima kasih

      Padam
  15. Assalamualaikum dktr..saya nak bertanya...anak saya berusia 2bln lebih..berat bdnnya lbh kurang 6kg...saya beri dia fully breastfeeding walaupun brkerja...sehingga skrg dia menyusu dgn jayanya...tiada mslh kembung perut...aktif diusianya...dan bukanlah seorg penangis...mslhnya dia buang air besar seminggu sekali kdg2 lebih.adakah ini normal.saya prnh bertanya dgn doctor di klinik kesihatan katanya ia normal kerana dia menyusu susu ibu sepenuhnya..minta pandangan doktor. Adakah perlu dirujuk ke hospital.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah kerana berjaya memberi susu badan kepada anak puan.
      Buang air seminggu sekali dikira tak normal.
      Maksimum 3 hari sekali.
      Itu baru normal.
      Tetapi kalau baby takda apa2 masalah.
      Ataupun simptom2 yang lain.
      Tunggu bila dia dah besar sikit nanti.
      Harap2 bila dah mula makan pepejal,
      dan minum air masak,
      masalah selesai.
      Jumpa doktor pakar pun takda apa2 bezanya.
      Takda apa2 ubat pun.
      Cuma cuba tengok diet puan.
      Kadang2 apa yang puan makan,
      boleh mengganggu kandungan susu.
      Tetapi dari segi kesihatan,
      biasanya tak jadi masalah.

      Padam
  16. Alhamdulillah Google psl nafas anak bunyi masa tidur jumpa plak ngan doktor..psl anak sy ni umur nye setahun 7 bln kuat sgt bunyi nafas nye masa tido..dan ade la jgk batuk dan selsema..to dia masih aktif dan yido dengan lena cuma sy risau dan kesian nafasnye kuat sgt bunyi

    BalasPadam
  17. Salam dr..sy nak tanye..anak sy baru berusia 10 hari..sy fully breastfeeding. .tapi sy dapati anak sy..pernafasan dy berbunyi..tapi x kerap..ad masa2nye nafas akan berbunyik..bile baby minum susu plak slalunye mcm mencungap..mcm penat sgt..pas2 dy akan muntah tapi x bnyk la muntah or tersedak..nk tanye..normal kew..mintak pencerahan..tq dr

    BalasPadam
  18. Assalammualaikum doktor..anak sy umur 2 bulan..die minum susu formula..baru2 ni najis nye berwrna hijau gelap..normal ke doktor?dan bile tido nafas nye berbunyi..

    BalasPadam
  19. As-salam doktor...
    Kalau anak diberi ubat tidur atau ubat batuk oleh pengasuh, bolehkah doktor atau klinik membuat sebarang ujian untuk memastikan samada bayi 2bulan telah diberi sebarang ubat tidur??

    BalasPadam
  20. As salam,, ank sye cucuk mmr umur setahun td.. Nurse kata cucuk ni x demam.. Jd saya x bagi ubat demam.. Bile tgh malam anak saye selsema dan demam.. Saye masih ade ubat demam cume xtahu berapa sukatan perlu diberi.. Berat anak 9.3 kg.. Bape ml yg perlu di beri.. Ubat gov..?

    BalasPadam
  21. Salam doktor..apa nama klinik doktor?

    BalasPadam
  22. Slm doktor..ank sy kena jangkitan telinga..hingus keluar ikut telinga. Umur dia baru 5bln..patut ke sy bg antibiotik untuk masalah ni..dan dosnya byk mana?

    BalasPadam
  23. Slm doktor..ank sy umur 5bln..skrg kena jangkitan telinga..keluar spt hingus dpd telinga dia..lps tu berair mcm bcampur drh. Patut ke ambik antibiotik sbb dia baru 5 bln dan brp sukatan utk dia yg berat skrg 6.9kg

    BalasPadam
  24. Slm dr..ank sy yg berumur 3 thn selalu sembelit. Sy selalu guna ubat air yg dimasukkan ikut dubur utk mbantu dia..xbhy ke dr selalu guna..dan apa lg yg boleh sy buat utk bantu dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. pnah terjadi pd anak sy. sy pun kerap masukkan ubat air kat dubur tu. solution sy tukar susu, atau cairkan sukatan susu.. skg da xde masalah berak keras dah...

      Padam
  25. Assalam doctor. Saya nak minta pendapat, anak perempuan saya kini berusia 11 bulan. Masalahnya, berat badannya still maintain 7kg. Kalau nak kata susu, dia lagi suka susu badan dari susu formula "Kari Home" yg sy beri sejak 4bulan memandangkan masa tu saya dah x cukup stok. So, sekarang ni pun baby saya lebih suka susu badan tp susu ni dah berkurangan. Makanan pula, baby lebih suka makan biskut & roti berbanding makan nasi sayur ikan dll. Saya sangat risaulah doctor. Adakah itu normal? Makanan tu just 1,2 suap sahaja then baby taknak makan. Hmmm.. Now, saya cuba nak tukar susu formulanya pula. Sy cuba Anmum tp baby asyik buang angin & akan berak cair setiap kali selepas minum susu tersebut. Boleh tak doctor cadangan brand susu formula yg kurang laktosa & susu yg mudah dicari? Harap pendapat doctor dapat membantu kebuntuan saya..

    BalasPadam
  26. suka baca pendapat doktor, memang terbaik
    TIPS KULIT CANTIK

    BalasPadam
  27. Salam... Hi doktor! Anak sy berusia 7bln. Hr ni msok hr ke4 dmm n panas berkurangan. Tapi ptg td naik ruam d bahagian muka, bwh leher n bdn. Sy Pn bw p klink swasta n doktor di klink tu beri ubat demam n alahan krn katenya mungkin anak sy alah mkn ubat kerajaan. Sy risaukan ini gejala denggi. Benarkah apa yg sy risaukan itu doktor?

    BalasPadam
  28. Assalamualaikum doc,
    Sy ada byk kerisauan..1. anak sy kdg2 batuk kdg2 x,adakah sebap susu xsesuai? 2. Kdg2 bdn anak sy naik gatal2,kt badan dan leher seperti di gigit serangga, selama ni tdk pernah mcm tu, adakah sbp alahan susu? 3. Najis anak sy warna coklat tua adakah normal? Anak sy aktif, berat pun 10kg je umur 1tahun 11bln.

    BalasPadam
  29. Doc, anak saya sminggu lebih dh demam2,tp x la demam tinggi, batuk bkahak, bhingus, kdg2 tu mcm sesak nafas, bg ubat pun sama saja.. Tp masih aktif, cuma menyusu x mahu, makan pun x mahu, just makan biskut dan kuih saja

    BalasPadam
  30. Doc..boleh saya tahu adakah coklat sesuai diberi pada anak yg sedang demam..batuk.. anak saya yg berusia 5 tahun dah seminggu makan ubat masih tak kebah..bila siang panas kurang.bila malam panas nya kuat.apa yg ptut saya buat atas nasihat doc.

    BalasPadam
  31. Hi Dr, umur anak saya 3 tahun 2 bulan. Last friday anak saya ada light fever sampai hari ni..means dah 3 hari. Dalam 3 hari ni, anak saya tidur berdengkur dan kerap terjaga dari tidur. Even saya ubah posisi tidur mengiring, masih berdengkur. Selera makan seperti biasa dan waktu siang aktif. Cuma hari pertama demam shj kurang aktif. Batuk dan kahak tak ada. adakah anak saya mempunyai apa2 masalah? Thx.

    BalasPadam
  32. Assalamu'alaikum Dr. Anak saya 6 bulan yang lalu kena jaundice 25.0 atau bacaan 400 lebih. Hampir kena tukar darah, tapi kuasa Allah hari yang sama doktor cek bacaan 25.0, jadi 15.0. Dan esoknya jadi 9.0. Sebulan lepas itu doktor minta datang untuk cek telinga dan alhamdulillah anak saya tiada masalah pendengaran.

    Sekarang doktor minta datang untuk jumpa pakar kanak-kanak semasa anak saya dah umur 6 bulan. Boleh doktor jelaskan apa tujuan doktor kerajaan tersebut minta saya bawa anak saya jumpa pakar kanak-kanak lagi?

    BalasPadam
  33. Assalam doc..saya nak tanya anak2 saya masih berumur bawah 6 tahun..bolehkah mengambil nebuliser drpd ubat sekiranya mereka batuk dan selsema? Terim kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nebulizer selamat utk semua peringkat usia.
      Nebulizer sesuai utk kes berkaitan dengan asthma.
      Jarang doktor beri nebulizer sebab batuk dan selsema.

      Padam
  34. Assalamualaikum dr. Saya ada 2orang anak berumur 2tahun 3bulan & 4bulan..
    Soalan saya,
    1.anak sulung tidak boleh bercakap lgi..even panggil daddy & mummy pun x boleh.dia cuma boleh cakap 'bye,dah,abis'..tapi dia aktif dan boleh bermain secara normal dan juga boleh faham sesetngah benda yg saya cakap...adakah normal..?
    2.Anak kedua saya pula sering terkejut sewaktu tidur & hanya tidur dalam waktu yang singkat.tetapi sewaktu dirumah babysitter dia cakap anak saya ok dan tidur lena dan lama.sedikit kemuskilan pada saya dan wife.adakah anak saya diberi ubat batuk@ubat tidur...?
    Boleh x dr. terangkan simptom² anak kita diberi ubat batuk @ ubat tidur di nusery @ babysitter..

    TYVM dr. dengan sedikit penjelasan dari dr.dpat membantu saya...
    Hanya Allah s.w.t dapat membalas jasa dr...
    Wassalam.

    BalasPadam
  35. hai dr...berkenaan dgn cirit..ank sya 1thn9bln..kerap cirit..sblum nie mnum susu formula ducth lady ok..tp sejk kebelakangan nie kerap plak cirit..adakh tidk sesuai lg dgn ank saya???

    BalasPadam
  36. Salam doc..anak sy ni mula aritu terkena jangkitan kuman plg kuat rsv..pastu skrg asyk warded tu sbb nafas dia bbunyi..bg neb pastu bbunyi smula..sy xtaulh nak wtpe..

    BalasPadam
  37. Salam Doktor ;-) maaf ganggu..
    anak saya baru lahir pada 17 Oktober 2016,
    bayi menyusu badan ( dipump dan dimasukan dalam botol susu ) dan kadang-kadang susu formula (enfalac A+)
    apa yang merisaukan saya ialah :-

    1. Selepas menyusu tidak kira susu badan atau susu formula bayi saya kelihatan kurang selesa seakan2 ada benda susu di bahagian lehernya.. dan tidak lama kemudian bayi muak.. (bayi muak kadang2 hanya mengalir keluar dari mulut@hidung@keduanya dan kadang2 terpancut keluar mulut@hidung@keduanya).

    2. Selepas bayi muak.. dalam keadaan seperti diatas bayi kelihatan seperti sukar bernafas..
    apakah yang harus saya lakukan doktor ;-) ?

    ==> botol susu yang saya gunakan adalah jenis pendek jenama fiffy dan pigeon
    ==> sukatan susu badan 2oz setiap 2jam @ 3jam
    ==> sukatan susu formula 1sudu kecil (yang tersedia semasa beli susu tu..) dan airnya 2oz
    ==> cara buat susu formula..
    i. memasukan sedikit air panas ( dalam 70 darjah )
    ii. memasukan 1sudu (yang tersedia) susu formula
    iii. melarutkan susu tadi agar sebati.. ( mengoncangkan sedikit botol susu tu.. agar susu tidak berbui )
    iv. tambah air biasa (yang dimasak dan dibiar sejuk semula jadi) sehingga 2oz
    v. proses iii diulang dan diberi kapada bayi ( suhu air dalam 40 darjah )

    ** adakah betul cara saya menyediakan susu ni.. doktor ? he


    ++++++ langkah2 yang telah saya buat adalah:- ++++++

    Jumpa doktor1 :-
    1. mengatakan perkara ini adalah normal untuk budak yang baru lahir sebab pintu saluran mulut ke perut belum matang,
    PENYELESAIANNYA :- baringkan bayi leher lebih tinggi daripada perut (aggaran sudut 45) dan mengiring.

    Jumpa doktor2 :-
    1. Sama seperti diatas.
    2. diberikan ubat tahan muntah (tapi saya x berani lagi bagi ubat untuk bayi baru lahir ni..)
    3. diberikan susu formula enfalac AR ( yang ni.. tahap muak dan tahap sesak nafas tu.. agak bertambah, jadi saya berhenti menggunakan susu enfalac AR.. )

    Dengan harapan doktor dapat membantu saya ;-)
    segala tindakan doktor amatlah dihargai dan ucapan terima kasih,
    sebelum mengundur diri saya minta maaf sekiranya ada terkasar bahasa atau kurang sedap dibaca pada perengan saya diatas ;-)
    Mohd Azrin ( keluarga baharu )
    0111-3048856
    mohdazrintec@gmail.com

    BalasPadam
  38. Salam..Doc nk tnya susu pe yg ssuai utk baby yg de alahan n berkahak ye?? Dier lhir pramatang.. Tp skg dh 11m c.a 9m...sblom nie dier minum direct bf je... Tib2 start tumbuh gigi dier dh x mau nyusu badan... Sy dh x tau nk bg susu pe kt dier..

    BalasPadam