Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2009

Aku dan kekasihku

Kekasih
Akan kupintal buih-buih
Menjadi tali mengikatmu
Akan kuanyam awan-gemawan
Menjadi hamparan
Ranjang tidurmu
Akan kutenun awan gemawan
Menjadi selendang
Menudungi rambutmu
Akan kujahit bayu gunung
Menjadi baju
Pakaian malammu
Akan kupetik bintang timur
Menjadi kerongsang
Menyinari dadamu
Akan kujolok bulan gerhana
Menjadi lampu
Menyuluhi rindumu
Akan kurebahkan matari
Menjadi laut malammu
Menghirup sakar madumu
Kekasih
Hitunglah mimpi
Yang membunuh realiti
Dengan syurga ilusi

Aku dan Aidil Adha 2009

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha diucapkan kepada semua pengunjung blog ini. Kalau ada daging kurban yang lebih2 tu, hantarlah ke rumah. Boleh aku tolong masakkan.

Raya Haji tahun ini panas terik sepanjang hari. Tidak seperti tahun lepas. Hujan tak henti2. Pagi raya aku ke masjid macam biasa. Masjid tidak sesibuk raya puasa nampaknya. Masa sembahyang dan khutbah, suara imam tenggelam timbul. Sistem bunyinya menyakitkan telinga. Soundman nya sibuk dengan lembu kurban gamaknya. Jadi terlupa nak buat soundcheck.

Masa balik sembahyang aku nampak ada 7 ekor lembu besar2 ditambat di depan masjid. Ada cadangan nak ambik gambar2 kurban tapi cuaca panas sangatlah. Jadi, aku pergi ambik gambar2 sekolah lama aku aje. Dah lebih 20 tahun tinggalkan sekolah. Memang segala2nya sudah berubah.

Sebelah tengahari aku balik ke Bandar Tenggara. Biasalah, hari raya haji tak semeriah raya puasa. Lepas sembahyang Jumaat, aku baring2 depan tv sambil main PSP. Malam baru balik Kulai. Malam tadi ada penu…

Aku dan Roller Surfer

Imej
Ini hobi baru anak aku. Roller Surfer namanya. Ianya kombinasi skateboard dan surfboard. Mula2 aku agak keberatan nak belikan sebab aku tengok macam susah bebeno nak handle. Tapi bila emak dia beriya2 sangat nak belikan dan selepas beberapa kali Ameel merajuk dan menangis, aku turutkan jugak. Aku siap belikan helmet dan knee/elbow pads supaya tak sakit masa jatuh nanti. Aku pun agak2 dia ni tak kan pandai punya main benda alah ni.

Nampaknya aku silap. Sekali dua percubaan, dia dah dapat seimbangkan badannya. Sekarang ni dia dah pandai sangat dah. Kakak dan abang dia pun kalah. Helmet dan pads tu langsung tak diusiknya. Tapi abang dia langsung tak berani nak cuba. Jatuh sekali, terseliuh tangan lepas tu dah takut nak cuba lagi.

Minggu lepas aku bawak dia main kat IOI Mart yang dah sunyi sepi tu. Puas dia main pusing2 keliling IOI Mart. Aku ada ambik video tapi belum pandai nak masukkan dalam blog ni.

Budak2 sekarang sungguh beruntung. Alat permainan nak yang mahal2 dan canggih. Tak macam…

Kalau aku jadi Papadom...

Semalam aku ke Tesco Kulai. Tak sangka DVD Papadom dah keluar. Langsung aku membelinya bersama2 DVD Transformers dan G.I Joe. Hairan sungguh aku. La ni Blue Ray Disc pun dah ada yang cetak rompak. Kualiti gambar lebih cantik banding DVD. Cuma harganya masih mahal lagi. RM15 sekeping.

Malam tadi aku kerah anak2 aku tengok movie ini. Hanya Ainaa dan Ameel yang bersama2ku tengok sampai habis. Wife dan Keirin awal2 lagi dah surrender.

Aku tak tahu ini filem arahan Afdlin yang ke berapa ntah. Tapi biasanya kalau cerita2 dia memang nak kena ketawa sampai guling2 daripada mula sampai habis filem. Tapi kali ini cerita dia memang lain daripada yang lain. Memang patutlah dapat anugerah Best Film di Festival Filem Malaysia 2009. Terlalu banyak scene2 sedih yang boleh membuatkan kita rasa macam nak menangis. Touching. Scene2 Afdlin bersama anak daranya agak menyayat hati terutamanya part anak dia tayangkan short film pasal bapanya sebagai projek akhir semester. Kalau Afdlin yang gemuk tu boleh …

Aku dan Keputusan UPSR 2009

Pukul 10.30 pagi hari ini, keputusan peperiksaan UPSR keluar. Aku cabut lari dari klinik untuk ke sekolah Erin sekejap. Saje nak beri sokongan moral kat anak dan emaknya. Tepat pukul 10.30 pagi, keputusan diumumkan. Sorang2 yang dpt 5A dipanggil naik atas pentas. Alhamdulilah. Erin termasuk dalam senarai. Ramai gak yang menangis termasuk cikgu2, ibubapa yang hadir juga murid2 yang tak dapat 5A seperti diharapkan. Erin relaks aje. Macam bapak dia jugak.

Secara keseluruhannya, pencapaian sekolah wife aku merosot banyak. Yang dapat 5A turun daripada 21 orang tahun lepas kepada 14 orang tahun ini. Peratusan lulus untuk setiap matapelajaran juga merosot terutamanya subjek Bahasa Inggeris. Wife aku tak kecewa sangat sebab murid2 yang dia ajar, ramai yang dapat A dalam Matematik.

Pukul 1.30 tadi aku tengok berita kat TV3. Secara keseluruhannya dan seperti tahun2 lepas, segala2nya meningkat walaupun peningkatannya cuma 0.32% sahaja. Itu semua ayat2 politik dan gula2 sebagai pemanis bibir dan …

Aku dan suntikan Typhoid

Setiap kali pegawai2 Kesihatan dan pekerja2 Majlis Daerah buat spot check ke atas penjaja2 dan peniaga2 makanan sekitar Kulai/Senai, klinik aku akan merasa tempiasnya. Ramai penjaja makanan di sini tidak dilindungi dengan imunisasi Typhoid. Jadi, bila kena serbu aje, maka berduyun2lah yang datang ke klinik aku untuk mendapatkan suntikan.

Malam semalam, pegawai kesihatan daripada JB dan majlis perbandaran menyerbu gerai2 makan di TJ Mart. Khabarnya ramai yang kena denda sebab tidak mengutamakan kebersihan. Juga hampir semua tak pernah dapat suntikan Typhoid. Maka setakat ini dah lebih 20 orang yang datang ke klinik aku untuk mendapatkan suntikan. Biasanya satu botol vaksin tu 3-4 bulan baru habis. Itu stok untuk pekerja2 baru di McDonald, KFC, Marrybrown dan Pizza Hut. Tapi bulan ni dah 2 botol aku order. Bagus betul. Walaupun untungnya tak banyak, tapi ada jugak income masuk.

Bukan kira untung sebenarnya. Ianya lebih kepada memberi perkhidmatan kepada masyarakat. Suntikan itu boleh dida…

Aku dan Hujung Minggu Ini

Hari Ahad ini, wife aku akan mengambil Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Matematik) beliau di PWTC. Penat lelah belajar sambil bekerja sambil menguruskan rumahtangga sambil melayan karenah anak2 (juga bapaknya..) akhirnya terbalas juga. Dalam kesibukan melakukan pelbagai tugasan2 yang wajib, wife aku masih dapat mengumpul gred CGPA 3.30. Pada aku dah cukup baik dah tu.

Janganlah tanya berapa banyak assignment wife yang aku tolong buatkan. Janganlah tanya berapa banyak A yang dah aku tolong dapatkan. Tugas suami ialah menolong isteri apa2 yang patut. Selain tolong jaga anak masa wife pergi kelas, tolong kemas rumah masa wife tengah study untuk exam, tolong bayar bil telefon bila wife asyik buat tele-conference, tolong pasangkan internet kat rumah, tolong belikan komputer baru, etc. etc. Semuanya itu sebahagian daripada pengorbananku.

Bila wife dah habis belajar, rasa lapang sikit kepala. Senang sikit nak jalan sana sini. Tapi belum sempat aku merancang apa2 termasuk nak bercuti ke luar …

Aku dan Hanif

Imej
Itu Hanif dan isterinya.


Booth pengantin dia masa pameran di Angsana.


Antara hasil kerja dia ...

Gambar2 di atas aku cilok tanpa kebenaran daripada http://hanif337.fotopages.com

Ini sahabat lamaku, Hanif namanya. Aku kenal dia sejak tahun 2000 lagi. Masa tu aku masih pakai Proton Perdana. Masa tu dia adalah Chief Mechanic di EON SERVIS. Lepas aku jual Perdana aku, dia pun berhenti daripada EON. Dia bukak bengkel sendiri; JINGGA AUTO GARAGE namanya. Dia adalah mekanik aku. Apa2 problem pasal kereta2 aku, aku cari dia. Toyota Estima aku dialah yang tolong jagakan.

Aku respect dia. Walaupun banyak ilmu, dia tak lokek atau kedekut ilmunya. Banyak yang aku belajar tentang servis kereta daripada dia. Aku selalu jugak rekomen kawan2 untuk servis kereta kat dia. Begitu jugak sebaliknya.

Ini aku nak cerita pasal kerja baru dia. Wife dia adalah Mak Andam. Menyolek pengantin adalah kerja dia. Asalnya wife dia kerja dengan IKRAM. Selepas dia bersalin, dia berhenti kerja dan jadi wife sepenuh masa. Mak …

Aku dan bil Telekom/Celcom

Update: Walaupun aku dah jelaskan bil dalam tempoh yang ditetapkan, Telekom tetap potong line klinik aku. Mereka kata aku guna online, jadi lambat masuk dalam sistem. Memang celaka laknat syarikat besar2 ni. Company kecik2 macam aku diperbodoh2kannya. Takpa, hujung tahun ini aku potong aku punya. Aku kena charged 10 ringgit untuk penyambungan semula. Langsung takda guna budi-bicara.

Tengah bengang dengan Telekom ni. Masuk hari ini dah 3 kali Telekom call aku. Semata2 nak ingatkan aku pasal bil Telekom yang bernilai RM103.85 yang telah tertunggak. Dah jadi macam alonglah pulak. Siap nak sergah dan takutkan aku sebab lambat bayar bil. Kalau juta2 takpa. Ini setakat seratus lebih. Bukannya dah lama sangat tertunggak. Baru lewat satu bulan.

Sebenarnya aku bayar bil2 utiliti ni guna online. Dah bayar pun bulan lepas tetapi aku tersilap akaun. Patutnya masuk akaun Telekom, tetapi masuk dalam akaun TNB. Jadi sebab tak nak susahkan kerja akauntan aku masa buat audit nanti, aku tangguhlah sampa…

Aku dan "Berbuat Baik Berpada-Pada"

Aku ada kenal dengan seorang lelaki. Umurnya sekitar 40an. Beliau adalah seorang lelaki hebat pada pandangan mataku. Beliau juga menjadi idolaku. Masa aku belajar dulu, aku selalu bercita2 untuk menjadi lelaki hebat seperti beliau. Ada kerjaya, ada keluarga, ada harta. Beliau seperti aku juga asal kehidupannya. Beliau bermula daripada kosong. Dan daripada kosonglah, beliau mula membina kehidupannya dan dikira sangat berjaya sekarang.

Beliau adalah antara lelaki paling baik yang pernah aku jumpa. Beliau jarang marah. Beliau suka menolong orang. Beliau juga selalu menolongku jika aku bermasalah. Buku2 pelajaran masa aku di Medik dulu, banyak yang aku pinjam daripada beliau. Masa aku baru kerja dulu, aku selalu kesempitan wang. Kalau aku kerja part time di klinik beliau, beliau selalu beri extra kat aku. Beliau memang tak pernah lokek pasal wang ringgit. Beliau selalu jemput aku ke rumah beliau setiap kali ada jamuan2 kesyukuran, kenduri, tahlil, jamuan hari raya ataupun sekadar BBQ bersa…

Aku ke Nusajaya

Imej

Aku dan Kisah Pertunangan

Walaupun aku anak lelaki yang sulung dalam keluarga, aku tak pernah ambil kisah kehidupan adik-adik aku. Sesekali kalau balik kampung, ada juga aku tanya pasal pelajaran adik-adik aku. Aku beri nasihat sikit2 tapi hanya setakat itu sahaja. Aku takda nak sibuk2 suruh mereka ambik course itu ini, jadi seperti si polan atau si polan. Masing2 dah besar panjang. Pandailah mengorak langkah sendiri. Begitu juga dengan hal2 kehidupan peribadi mereka. Dengan siapa mereka nak berkawan, dengan siapa mereka nak bertunang, dengan siapa mereka nak berkahwin, itu terpulanglah atas budi-bicara masing2.

Esok emak aku akan bertolak ke Ipoh untuk memutuskan pertunangan adik lelaki aku. Mereka sepatutnya berkahwin pada bulan 3 tahun depan. Tapi nampaknya, cinta mereka tak kesampaian. Heran aku, masa balik dari Sabah hari itu bukan main excited nak pergi kursus nikah. Tup2 wife aku cakap Shaipul dah nak putus tunang. Tunangnya ada jugak kias2 dalam blog tulisan dia tapi aku anggap itu sebagai satu luahan…

Aku dan Perjanjian dengan JPA

Membaca laporan Auditor-General 2008 cukup menyedihkan dan meloyakan. Wang negara dibelanjakan sesuka hati seolah2 duit yang ada itu emak bapak dia yang punya. Projek PKFZ pun sama. Wang rakyat berbillion2 ringgit dibazirkan dan dimasukkan ke dalam poket sendiri. Aku sebagai seorang pembayar cukai cukup marah dengan segala bentuk pembaziran dan kecurangan yang dibuat oleh manusia2 yang tidak bermoral ini. Apatahlagi bila pihak kerajaan menolak rayuan permohonan tuntutan gantirugi ke atas diriku yang dikatakan melanggar perjanjian. Kalaulah mereka2 yang mensonglap dan menyebabkan kerajaan kerugian berbillion ringgit itu terlepas daripada hukuman, sesungguhnya aku tidak akan menghalalkan 70 ribu yang aku terpaksa bayar kepada kerajaan dalam tempoh 5 tahun ini.
Aku sememangnya berterima kasih dengan kerajaan kerana memberi peluang kepada aku untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang aku minati seterusnya aku dapat berjaya seperti sekarang. Pengajian aku dibidang perubatan memang dit…

Bila Aku Tension...

Waktu kecik-kecik dulu
Bila aku tension
Aku lari masuk parit
Sambil menangis jerit-jerit

Masa sekolah di asrama
Bila aku tension
Cari kawan mintak rokok
Sebatang dua atau sampai batuk2

Masa baru kahwin
Bila aku tension
Aku start enjin kereta
Aku lumba atas jalan raya
Polis nak tangkap aku tak kira

Bila aku tension
Stereo kereta aku rosakkan
Lagu2 heavy metal aku layan
Metallica, Nirvana juga Pearl Jam

Sekarang ni aku dah tua
Bila aku tension
Aku pergi potong rambut
Juga misai serta janggut

Bila aku tension
Aku buat Home Dekor
Kemas rumah alih perabot

Bila aku tension
Aku belai kucing dan ikan
Sambil bual2 macamlah mereka faham

Tapi biasanya
Bila aku tension
Aku duduk diam sahaja
Tidak berkata sepatah kata
Atau menulis meluah rasa
Dalam blog sendiri baca

Bila aku tension
Aku selalu ingatkan Tuhan
Juga nikmat yang telah dikurniakan
Isteri dan anak2 itu tanggungan
Juga teman dikala kebosanan

Aku dan Minggu Ini

Semua serba tak kena. Dari hari Jumaat, ke Sabtu dan sampai hari ini, mood aku teruk betul. Semua benda menjadi beban kepadaku. Tension. Macam2 aktiviti aku cuba buat, tapi ketensionan yang berserabut di kepala tak nak jugak hilang.
Hari Jumaat klinik aku sunyi sepi. Customer cuma beberapa orang sahaja. Maklumlah hari terakhir di bulan 10. Semua orang tak nak ke klinik nampaknya. Nasib baik target bulanan dah sampai. Kalau tidak, makin tension aku jadinya.
Malam itu aku mogok tak nak bukak klinik. Rasa malas bebeno nak jumpa pesakit. Jadi aku bawak anak2 ke Plaza Angsana. Anak2 dah habis exam akhir tahun. Duduk kat rumah asyik nak bergaduh aje. Cadangan asal nak belikan PSP Slide untuk surprisekan mereka tapi tak jadi nak beli. Seperti PS3, console baru ini dah protected. Game2 salinan cetak rompak tak boleh nak main, semuanya kena original. Satu game harga antara 50-100 ringgit. Memang tak berbaloi langsung.
Jadi aku beli PSP Slim satu lagi untuk anak2 aku. Dengan harga RM625 aku da…