Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

10 November 2009

Aku dan "Berbuat Baik Berpada-Pada"

Aku ada kenal dengan seorang lelaki. Umurnya sekitar 40an. Beliau adalah seorang lelaki hebat pada pandangan mataku. Beliau juga menjadi idolaku. Masa aku belajar dulu, aku selalu bercita2 untuk menjadi lelaki hebat seperti beliau. Ada kerjaya, ada keluarga, ada harta. Beliau seperti aku juga asal kehidupannya. Beliau bermula daripada kosong. Dan daripada kosonglah, beliau mula membina kehidupannya dan dikira sangat berjaya sekarang.

Beliau adalah antara lelaki paling baik yang pernah aku jumpa. Beliau jarang marah. Beliau suka menolong orang. Beliau juga selalu menolongku jika aku bermasalah. Buku2 pelajaran masa aku di Medik dulu, banyak yang aku pinjam daripada beliau. Masa aku baru kerja dulu, aku selalu kesempitan wang. Kalau aku kerja part time di klinik beliau, beliau selalu beri extra kat aku. Beliau memang tak pernah lokek pasal wang ringgit. Beliau selalu jemput aku ke rumah beliau setiap kali ada jamuan2 kesyukuran, kenduri, tahlil, jamuan hari raya ataupun sekadar BBQ bersama ahli keluarga. Klinik beliau merupakan antara yang terbaik di kawasan persekitarannya. Beliau cukup teliti merawat pesakit. Beliau juga sangat disiplin dalam waktu bekerja. Pukul 8.30 pagi, mesti dah sampai klinik. Tak macam aku. Itu yang aku tak boleh nak ikut sampai sekarang.

Isteri beliau adalah seorang akauntan kanan di sebuah syarikat di Johor Bahru. Anak sulung beliau ada di tahun 2 Medik di USM, anak keduanya di asrama penuh Bandar Penawar dan anak bungsu beliau pun sehebat beliau juga rasanya. Harta benda dunia memang tak terkira banyaknya. Terbaru ialah rumah semi D di kawasan Nusajaya sana. Aku langsung tak menyangka, segala2nya akan berubah dalam sekelip mata. Beliau dan wife langsung tak menunjukkan apa2 masalah ataupun sebarang konflik. Masa raya tempohari, beliau nampak caring sangat kat wife dan anak2.

Pada aku kehidupannya sudah sempurna. Tiada apa yang perlu dirisaukan lagi.Malangnya, dalam kesibukan mengejar kehidupan dunia, beliau juga terlalai akhirnya. Wife aku beritahu aku, beliau bercadang nak kahwin lagi satu. Kalau orang lain aku boleh percayalah, tetapi kenapa beliau? Takda angin bergoyang, tup2 ribut taufan melanda.

Ini cerita yang aku dengar. Aku belum sempat bertanya dengan beliau lagi. Masing2 tengah beremosi sekarang. Jadi hanya cerita2 negatif sahaja yang aku dengar. Beliau terjumpa kembali dengan kawan lama beliau masa berkursus di JB. Daripada situ, beliau mula menjalin hubungan. Kawan lamanya itu sudah menjanda. Anak tiga. Kerjanya biasa sahaja. Tapi apa kelebihannya berbanding isterinya sekarang? Beliau kata niatnya hanya ingin membantu orang yang dalam kesusahan. Niatnya mungkin betul tapi tak semestinya tindakannya betul. Banyak lagi cara nak menolong orang yang susah. Kenapa perlu dikorbankan kebahagiaan hidup sekarang dengan kehadiran orang ketiga? Apa yang dapat dijanjikan? Walaupun beliau mampu zahir dan batin, tapi bagaimana kesudahannya? Ini kerja orang gila sebenarnya. Orang yang tengah kemaruk bercinta.

Berbuat baik berpada-padalah. Bukan ini caranya...

1 ulasan:

  1. punca adalah perempuan. Kalau tak menggatal dan menggedik kat org lelaki semua tu tak jadi. Semua tu kerana wang ringgit... Si janda tu patut tau kenapa dia menjanda dan SI JANTAN TU tak sedar hidup bergantung dengan mesin , cabut mesin tercabut nyawa pun tak sedar lagi. tunggu je di sumpah dek IBU DIA... Biar padan muka dia......Sia2 je buat baik kat org selama ni hanya kerana seorang perempuan JALANG dicap ANAK DERHAKA.

    BalasPadam