Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

11 November 2009

Aku dan bil Telekom/Celcom

Update: Walaupun aku dah jelaskan bil dalam tempoh yang ditetapkan, Telekom tetap potong line klinik aku. Mereka kata aku guna online, jadi lambat masuk dalam sistem. Memang celaka laknat syarikat besar2 ni. Company kecik2 macam aku diperbodoh2kannya. Takpa, hujung tahun ini aku potong aku punya. Aku kena charged 10 ringgit untuk penyambungan semula. Langsung takda guna budi-bicara.

Tengah bengang dengan Telekom ni. Masuk hari ini dah 3 kali Telekom call aku. Semata2 nak ingatkan aku pasal bil Telekom yang bernilai RM103.85 yang telah tertunggak. Dah jadi macam alonglah pulak. Siap nak sergah dan takutkan aku sebab lambat bayar bil. Kalau juta2 takpa. Ini setakat seratus lebih. Bukannya dah lama sangat tertunggak. Baru lewat satu bulan.

Sebenarnya aku bayar bil2 utiliti ni guna online. Dah bayar pun bulan lepas tetapi aku tersilap akaun. Patutnya masuk akaun Telekom, tetapi masuk dalam akaun TNB. Jadi sebab tak nak susahkan kerja akauntan aku masa buat audit nanti, aku tangguhlah sampai ke bulan ini.

Sejak minggu lepas, dah 3 kali mereka call aku. Siap suruh buat auto debit lagi. Nasib baik bukan aku yang jawap telefon tadi. Kalau tidak, memang nak kena jumping smash dengan aku. Kalau tengok rekod pembayaran aku, ini bukan baru kali pertama aku lewat bayar. Tapi kali ini dah melampau sungguh. Bulan ini aku pun nak lewatkan bayar jugak. Nak tengok reaksi mereka. Banyak betul soalan2 yang aku nak tanya kat mereka.

Beberapa bulan lepas, Celcom pun buat benda yang sama. Pantang wife aku lambat bayar sikit, hari2 mereka call. Satu hari sampai 3-4 kali. Bila kita angkat, direct kat mesin automatik mereka. Suruh bayar cepat2 untuk mengelakkan gangguan perkhidmatan. Tak cukup dengan itu, SMS pun dihantarnya jugak. Masa gangguan perkhidmatan seperti takda cukup coverage atau line putus2, takpun mintak maaf kat kita.

Tunggu aku beli iphone. Lepas tu ramai2 boleh pindah ke Maxis pulak. Takpun aku potong aku punya line. Aku guna PiWimax. Baru padan dengan Telekom.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan