Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

11 November 2009

Aku dan Hujung Minggu Ini

Hari Ahad ini, wife aku akan mengambil Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Matematik) beliau di PWTC. Penat lelah belajar sambil bekerja sambil menguruskan rumahtangga sambil melayan karenah anak2 (juga bapaknya..) akhirnya terbalas juga. Dalam kesibukan melakukan pelbagai tugasan2 yang wajib, wife aku masih dapat mengumpul gred CGPA 3.30. Pada aku dah cukup baik dah tu.

Janganlah tanya berapa banyak assignment wife yang aku tolong buatkan. Janganlah tanya berapa banyak A yang dah aku tolong dapatkan. Tugas suami ialah menolong isteri apa2 yang patut. Selain tolong jaga anak masa wife pergi kelas, tolong kemas rumah masa wife tengah study untuk exam, tolong bayar bil telefon bila wife asyik buat tele-conference, tolong pasangkan internet kat rumah, tolong belikan komputer baru, etc. etc. Semuanya itu sebahagian daripada pengorbananku.

Bila wife dah habis belajar, rasa lapang sikit kepala. Senang sikit nak jalan sana sini. Tapi belum sempat aku merancang apa2 termasuk nak bercuti ke luar negara, UTM dah hantar surat tawaran yang baru. Program Sarjana Pendidikan( Matematik) secara separuh masa. Alahai! rasanya kali ini aku tak dapat nak menolong dah. Teori2 statistik, kebarangkalian yang aku belajar masa kat Asasi Sains semua aku dah lupa dah. Nampaknya terpaksalah aku menunggu 2 tahun lagi sebelum boleh mengatur rencana untuk bercuti di luar negara.

Tahniah diucapkan ke atas wife. Semoga ketabahan, kecekalan dan kejayaanmu menjadi pendorong kepada Erin, Aina dan Ameel untuk turut berjaya dalam pelajaran. Tiada hadiah istimewa di hari ulangtahun perkahwinan kita. Mungkin ini hadiahnya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan