Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

11 November 2009

Aku dan Hanif




Itu Hanif dan isterinya.


Booth pengantin dia masa pameran di Angsana.


Antara hasil kerja dia ...

Gambar2 di atas aku cilok tanpa kebenaran daripada http://hanif337.fotopages.com

Ini sahabat lamaku, Hanif namanya. Aku kenal dia sejak tahun 2000 lagi. Masa tu aku masih pakai Proton Perdana. Masa tu dia adalah Chief Mechanic di EON SERVIS. Lepas aku jual Perdana aku, dia pun berhenti daripada EON. Dia bukak bengkel sendiri; JINGGA AUTO GARAGE namanya. Dia adalah mekanik aku. Apa2 problem pasal kereta2 aku, aku cari dia. Toyota Estima aku dialah yang tolong jagakan.

Aku respect dia. Walaupun banyak ilmu, dia tak lokek atau kedekut ilmunya. Banyak yang aku belajar tentang servis kereta daripada dia. Aku selalu jugak rekomen kawan2 untuk servis kereta kat dia. Begitu jugak sebaliknya.

Ini aku nak cerita pasal kerja baru dia. Wife dia adalah Mak Andam. Menyolek pengantin adalah kerja dia. Asalnya wife dia kerja dengan IKRAM. Selepas dia bersalin, dia berhenti kerja dan jadi wife sepenuh masa. Mak Andam adalah kerja part time pada asalnya. Sekarang ini, Hanif dah jadi professional photographer. Dia ada buat pakej untuk pasangan atau bakal pengantin.

Gambar2 di atas aku cilok daripada website dia. Nampak perbezaan ketara dengan hasil kerjanya sekarang. Lebih kreatif berbanding dulu. Dia guna kamera Nikon sahaja. Bukan yang high end punya. Rasanya D60 kalau tak silap aku. Tapi lens dia semua f2.8 punya. Dia cakap kat aku, untuk hasilkan gambar yang cantik tak semestinya nak kena guna kamera mahal2. Yang penting kreativiti dan pos-produksi. Itu yang nak kena pergi kursus Photoshop tu.

Kepada sesiapa yang bercadang nak ambik gambar untuk jadi pengantin nanti, bolehlah contact dia. Tapi maaf ye, hujung tahun ni dia dan wife dah fully-booked. Kena tunggu tahun 2010. Aku ada tanya dia, kalau Ulangtahun Perkahwinan boleh tak ambik gambar2 camtu? Dia kata boleh sahaja. Siap ada diskaun lagi. Tapi aku takut takda baju yang sesuai untuk aku. Maklumlah perut dah boroi. Pinggang dah tak ramping lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan