Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

01 November 2009

Aku dan Minggu Ini


Semua serba tak kena. Dari hari Jumaat, ke Sabtu dan sampai hari ini, mood aku teruk betul. Semua benda menjadi beban kepadaku. Tension. Macam2 aktiviti aku cuba buat, tapi ketensionan yang berserabut di kepala tak nak jugak hilang.

Hari Jumaat klinik aku sunyi sepi. Customer cuma beberapa orang sahaja. Maklumlah hari terakhir di bulan 10. Semua orang tak nak ke klinik nampaknya. Nasib baik target bulanan dah sampai. Kalau tidak, makin tension aku jadinya.

Malam itu aku mogok tak nak bukak klinik. Rasa malas bebeno nak jumpa pesakit. Jadi aku bawak anak2 ke Plaza Angsana. Anak2 dah habis exam akhir tahun. Duduk kat rumah asyik nak bergaduh aje. Cadangan asal nak belikan PSP Slide untuk surprisekan mereka tapi tak jadi nak beli. Seperti PS3, console baru ini dah protected. Game2 salinan cetak rompak tak boleh nak main, semuanya kena original. Satu game harga antara 50-100 ringgit. Memang tak berbaloi langsung.

Jadi aku beli PSP Slim satu lagi untuk anak2 aku. Dengan harga RM625 aku dapat satu console yang original, Memory Card 4GB siap dengan game, casing, plastic cover, screen protector, earphone dan battery yang rasanya semua China Made/immitation punya. Aku tak kisah ori ke tidak, yang penting anak boleh main. Budak2 ni bukannya betul sangat. Hari ini download game baru, esok mereka dah padamkan. Mintak game yang lain pulak. Aku harap bila dah ada sorang satu PSP, taklah asyik nak bergaduh sahaja.

Hari Sabtu dan Ahad, klinik aku tutup jugak. Semua staf klinik aku pergi bercuti di Desaru dengan famili masing2. Aku malas nak join sekali. Kalau ikut rancangan awal, sepatutnya aku bawak mereka semua ke Gambang. Tapi plan tukar ke tahun depan atas masalah2 yang tak dapat dielakkan.

Waktu tension sebegini, kereta Estima aku meragamlah pulak. Nasib baik aku kenal mekanik2 kat sekitar Kulai ini. Taklah takut kena sembelih atau tipu. Mula2 aku buat alignment dan balancing. Chamber depan nak mintak tukar sebab tayar dah makan lebih sebelah luar. Lepas tu aku betulkan lampu brek belakang. Dah ramai sangat yang menegur sebab lampu brek sebelah kiri tak menyala. Kalau polis yang tegur, terbang gak 100 ringgit. Ganti bulb baru 5 ringgit. Lepas tu aku tukar viper cermin belakang. Kalau nak yang original kena order dulu. Lepas seminggu baru dapat. Harganya lebih 200. Jadi aku mintak pasang yang biasa-biasa sahaja. Baru 45 ringgit. Semalam bateri dia menemui ajalnya. Wife aku tak boleh nak start kereta masa balik daripada pasar tani. Bateri rasanya baru tukar. Tapi bila check dah setahun 3 bulan dah. Waranti dah habis. Terbang lagi 200 ringgit.

Petang Sabtu, aku jalan2 sampai ke Jusco Tebrau City. Cadangan nak tengok Papadom tapi show lewat sangat; pukul 6.45 petang dan 9.30 malam. Aku malas nak menunggunya jadi aku jalan2 sana sini sahaja. Tak beli apa2 pun. Aku pun rasanya dah malas nak pergi ke Tebrau City lagi dah. Takda apa yang menarik di sana selain kedai buku Harris dan panggung wayang TGV.

Malam minggu aku kebosanan. Wife dan anak2 tidur awal. Liverpool kalah lagi 3-1 dengan Fulham. HBO, Star Movies dan Cinemax tayang entah cerita apa2 ntah. Aku layan tengok Quantum of Solace sebelum tidur jam 2 pagi.

Aku memang nak kena pergi bercuti nampaknya. Pergi ke satu tempat yang boleh merehatkan fikiran. Tempat yang tak perlu fikir pasal kehidupan dunia, pasal kerja, pasal pesakit, pasal rumahtangga, pasal anak2. Aku nak duduk tepi kolam, tangkap gambar pemandangan, baca buku dan yang best sekali tidur sepuas2nya. Tapi ada satu perkara yang sangat2 mengganggu fikiranku sekarang. Nantilah aku story...

1 ulasan:

  1. tu laaa doc..hujung tahun gini sesuai untuk diri sendiri dan keluarga pulak...ni pun tunggu lesen A farmasi siap,checking penguatkuasa farmasi siap....ingat nak cabut gi bercuti..setahun dah bekerja keras...tunggu tahun depan plak kita kumpul harta dunia..heheh..ni pun tengah tunggu bonus asb,kita cuti sakan laaa..

    BalasPadam