Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

19 November 2009

Aku dan Keputusan UPSR 2009

Pukul 10.30 pagi hari ini, keputusan peperiksaan UPSR keluar. Aku cabut lari dari klinik untuk ke sekolah Erin sekejap. Saje nak beri sokongan moral kat anak dan emaknya. Tepat pukul 10.30 pagi, keputusan diumumkan. Sorang2 yang dpt 5A dipanggil naik atas pentas. Alhamdulilah. Erin termasuk dalam senarai. Ramai gak yang menangis termasuk cikgu2, ibubapa yang hadir juga murid2 yang tak dapat 5A seperti diharapkan. Erin relaks aje. Macam bapak dia jugak.

Secara keseluruhannya, pencapaian sekolah wife aku merosot banyak. Yang dapat 5A turun daripada 21 orang tahun lepas kepada 14 orang tahun ini. Peratusan lulus untuk setiap matapelajaran juga merosot terutamanya subjek Bahasa Inggeris. Wife aku tak kecewa sangat sebab murid2 yang dia ajar, ramai yang dapat A dalam Matematik.

Pukul 1.30 tadi aku tengok berita kat TV3. Secara keseluruhannya dan seperti tahun2 lepas, segala2nya meningkat walaupun peningkatannya cuma 0.32% sahaja. Itu semua ayat2 politik dan gula2 sebagai pemanis bibir dan lidah. Kalau merosot nanti ada orang kata cikgu2 dan kementerian tak buat kerja pulak.

Apa2pun, tahniah dan terima kasih kepada wife yang bertungkus-lumus siang dan malam mendidik anak2 aku untuk mengekalkan kecemerlangannya. Dua lagi anak aku agak merosot pencapaiannya. Aina jatuh No 2 manakala Ameel jatuh ke no 9 dikeseluruhan kelas. Tapi sekolah ugama, Ameel naik No 3 manakala Ainaa naik ke no 1.

Tahun depan kena usaha lebih keras lagi.

3 ulasan:

  1. pencapaian yg hebat untuk anak dan mak bapak skali..bravo....jom join meog ke gambang water city next month doc..heheh..rai anak dan mak bapak cemerlang....

    BalasPadam
  2. Ala baru sekolah rendah. Belum hebat lagi. Nanti aku tengok jadual waktu aku. Memang teringin sangat nak ke Gambang nih...

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah. Tahniah untuk bapaknya juga yang bertungkus lumus mencari rezeki yang halal dan berkat. AMIN...

    BalasPadam