Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

05 November 2009

Aku dan Kisah Pertunangan

Walaupun aku anak lelaki yang sulung dalam keluarga, aku tak pernah ambil kisah kehidupan adik-adik aku. Sesekali kalau balik kampung, ada juga aku tanya pasal pelajaran adik-adik aku. Aku beri nasihat sikit2 tapi hanya setakat itu sahaja. Aku takda nak sibuk2 suruh mereka ambik course itu ini, jadi seperti si polan atau si polan. Masing2 dah besar panjang. Pandailah mengorak langkah sendiri. Begitu juga dengan hal2 kehidupan peribadi mereka. Dengan siapa mereka nak berkawan, dengan siapa mereka nak bertunang, dengan siapa mereka nak berkahwin, itu terpulanglah atas budi-bicara masing2.

Esok emak aku akan bertolak ke Ipoh untuk memutuskan pertunangan adik lelaki aku. Mereka sepatutnya berkahwin pada bulan 3 tahun depan. Tapi nampaknya, cinta mereka tak kesampaian. Heran aku, masa balik dari Sabah hari itu bukan main excited nak pergi kursus nikah. Tup2 wife aku cakap Shaipul dah nak putus tunang. Tunangnya ada jugak kias2 dalam blog tulisan dia tapi aku anggap itu sebagai satu luahan perasaan sahaja. Rupa2nya betul terjadi. Aku dulu masa berkawan dan bertunang dengan wife memang selalu gak bergaduh. Tapi kejap ajelah. Selagi takda orang ketiga, selagi itulah hubungan akan bertaut semula. Walau gaduh macamanapun, walau perang dunia sekalipun, pasti akan berdamai kembali. Ala! macam ahli2 gusti WWF jugaklah. Itu semua lakonan sahaja. Keagungan cinta sepatutnya mengatasi segala2nya.

Aku malas nak ambik tahu hal2 Shaipul dengan tunang dia. Masing2 dah boleh berfikir yang mana baik dan yang mana buruk. Masing2 patut mengakui kesalahan masing2. Masing2 patut saling memaafkan. Barulah wujud persefahaman. Barulah perasaan cinta dan sayang akan kembali semula. Tapi kalau hati dah tak sayang, kalau hati dah beralih arah, itu susah sikitlah nak adjust.

Waktu bertunang merupakan waktu paling mencabar. Macam waktu dalam ihram haji jugaklah. Banyak sangat pantang-larang. Banyak jugak dugaannya.

Masa mula bercinta dulu, kekasih adalah segala2nya. Segala2nya indah. Dalam dunia ni, cuma dialah satu2nya. Tapi bila dah masuk bertunang ni, barulah wujud perasaan2 yang lain. Masa tu baru nampak orang lain semuanya lebih cantik, lebih cun dan lebih hebat banding pasangan. Malah wujud perasaan bahawa ramai perempuan yang syiok dan menaruh perasaan kat aku. Padahal itu semua bukannya perasaan tapi 'perasan' bila setan2 dan bapak2 setan datang meniupkan perasaan syak wasangka sebegitu. Bila aku mula bandingkan tunang dengan perempuan2 sekeliling, mulalah rasa yang tunang kita tu serba kekurangan. Mula rasa menyesal dan macam2 lagi perasaan negatif mula bermain difikiran. Masa itulah, asyik nak bergaduh aje. Hal2 kecil diperbesarkan.

Bila itu berlaku, kita tak boleh terus-terusan melayan perasaan. Cepat2lah sedar. Cepat2lah ambil air sembahyang. Sembahyanglah apa2 yang patut. Juga baca quran ke, masuk masjid ke, supaya setan2 semua lari daripada kita. Kalau dilayan semua itu memang pertunangan tidak akan kekal lama.

Aku bertunang dengan wife aku sejak aku masih belajar lagi. Masa tu aku baru masuk 2nd year. Aku dah kenal wife aku sejak tingkatan 4 lagi. Semasa dalam bertunang memang berat dugaannya apatahlagi masing2 duduk jauh2. Aku di KL manakala tunang kat Johor. Sebagai medical student, cuti aku tak banyak. Aku jarang jumpa. Aku pun kena kadang2 kena posting kat Kedah, Penang dan juga Selangor. Hanya surat sebagai penghubung dan panggilan telefon sekali sekala. Bila tension belajar ke, duit takda ke, exam sangkut ke, atau rindu sakan sebab lama tak jumpa, masa itulah setan2 mula mencucuk. Nasib baik muka aku tak handsome mana. Jadi takda siapa yang nak mengurat aku. Nak ngurat orang lagilah tak pandai. Perempuan2 pun takda sapa yang pandang kat aku. Maklumlah. Apa aku ada masa tu? Kereta takda, duit takda, dressing pun ala kadar aje. Sahabat karib aku hanyalah lelaki2 yang senasib dengan aku seperti Jemie dan Samsol. Kalau tension, pergi Dataran Merdeka ke, pergi Sogo ke, pergi Jaya ke. Tengok awek2 lalu-lalang. Setakat tengok sahajalah. Tak lebih dari itu.

Tapi alhamdulilah. Percintaan sejak tingkatan 4 akhirnya berakhir dengan perkahwinan dan kekal sehingga sekarang. Yang penting hanyalah kesetiaan. Aku ingat pesan emak. " Jangan mainkan anak dara orang." Dan perkahwinan aku dengan wife aku berjaya menyangkal dakwaan negatif sedara-mara dan jiran tetangga yang mengharapkan perhubungan kami tidak akan kekal lama. "Baru belajar dah sibuk nak kahwin..." juga " Bagus sangat ke bertunang lama2? Buat maksiat aje nanti..." Itu adalah antara cerita yang pernah sampai kat telinga aku. Rasanya banyak lagi yang sampai kat telinga emak cuma emak tak nak sampaikan kat aku sahaja.

Aku dah buktikan. Perhubungan dan percintaanku tidak menghalang aku untuk berjaya dalam pelajaran. Aku tak pernah gagal dalam setiap peperiksaan akhir semester aku. Kalau ujian2 bulanan tu adalah sikit2. Aku dapat habiskan pelajaran aku seperti orang lain jugak. Takda sangkut2 atau kena extend seperti pasangan lain. Itu yang aku cuba buktikan sebenarnya. Kat U dulu, memang aku lihat banyak couple yang kandas. Asyik sangat bercinta, pelajaran tercicir entah kemana.

Kepada Shaipul, aku tak tahu apa yang dicarinya. Aku harap pasangannya nanti lebih sempurna dan lebih memahaminya. Kau pernah cakap kat aku, kau cari perempuan yang bukan mata duitan. Yang menerima kau kerana diri kau dan bukannya harta kau. Tapi apa dah jadi? Kalau kau nak cari perempuan yang sempurna, kau takkan jumpa punya. Carilah perempuan yang serba sederhana seperti Kak Azu. Tak payah pening2 nak cari yang macam Fasha Sandha atau Maya Karin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan