Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

24 November 2009

Kalau aku jadi Papadom...



Semalam aku ke Tesco Kulai. Tak sangka DVD Papadom dah keluar. Langsung aku membelinya bersama2 DVD Transformers dan G.I Joe. Hairan sungguh aku. La ni Blue Ray Disc pun dah ada yang cetak rompak. Kualiti gambar lebih cantik banding DVD. Cuma harganya masih mahal lagi. RM15 sekeping.

Malam tadi aku kerah anak2 aku tengok movie ini. Hanya Ainaa dan Ameel yang bersama2ku tengok sampai habis. Wife dan Keirin awal2 lagi dah surrender.

Aku tak tahu ini filem arahan Afdlin yang ke berapa ntah. Tapi biasanya kalau cerita2 dia memang nak kena ketawa sampai guling2 daripada mula sampai habis filem. Tapi kali ini cerita dia memang lain daripada yang lain. Memang patutlah dapat anugerah Best Film di Festival Filem Malaysia 2009. Terlalu banyak scene2 sedih yang boleh membuatkan kita rasa macam nak menangis. Touching. Scene2 Afdlin bersama anak daranya agak menyayat hati terutamanya part anak dia tayangkan short film pasal bapanya sebagai projek akhir semester. Kalau Afdlin yang gemuk tu boleh buatkan kau menangis, memang layaklah filem dia diangkat sebagai the best.

Aku memang tak dapat bayangkan andaikata wife aku tiba2 hilang daripada kehidupanku. Aku rasa aku akan jadi seperti Papadom juga; bercakap sorang2 seolah2 sedang bercakap2 dengan wife disebelah. Bagaimana aku nak uruskan kehidupanku juga kehidupan anak2ku tanpanya? Selama ini aku memang terlalu bergantung dengan wife aku tentang urusan2 pelajaran anak2ku. Daripada hal2 pendaftaran sekolah, bayaran yuran2, buku2 latihan, buku2 ulangkaji, study untuk peperiksaan dan keperluan peralatan sekolahnya, memang aku jarang ambik tahu. Yang aku tahu semuanya siap dan anak2 dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan mereka.

Aku mengaku aku bukanlah seorang ayah yang baik. Aku jarang dapat bersama2 wife dalam mendidik anak2. Aku jarang bertanya tentang pembelajaran mereka. Aku jarang berada disebelah mereka bila mereka mengulangkaji pelajaran mereka. Kalau ada yang bertanya anak2 aku dalam kelas apa, siapa nama guru kelas mereka, dia duduk kat depan ke kat belakang, siapa kawan baik anak2 di sekolah, dsbnya..memang maaflah, aku tak tahu. Sebagai bapa yang cemerlang aku perlu tahu. Itu nasihat Fadzilah Kamsah.

Menonton filem Papadom mengingatkanku bahawa melihat anak2 membesar dan berkembang di depan mata kita adalah antara nikmat hidup yang tidak boleh dilepaskan begitu sahaja. Semakin anak2 membesar, semakin jauh mereka daripada kita. Bila mereka dah sibuk dengan dunia mereka, dengan kawan2 mereka, kita seolah2 dilupakan. Maka waktu mereka sedang membesar inilah waktu dan saat yang paling sesuai untuk mendekati mereka. Peluang ini hanya datang sekali sahaja. Aku tak nak jadi seperti Papadom yang hanya sibuk mengikuti perkembangan anak mereka setelah anak2 masuk sekolah menengah dan masuk kolej. Itu dah terlewat dah.

Wife selalu sindir2 aku bahawa aku akan cepat2 kahwin lain bila dia takda. Itu soalan yang sememangnya aku tak boleh nak jawab kerana setakat ini aku tiada jawapannya. Wife adalah seseorang yang tiada boleh ditukar ganti. Hilang satu, boleh ganti dengan yang lain. Senang aje. cakap. Tapi hakikatnya tidaklah semudah itu. Wife bukan setakat teman tidur malam. Wife adalah teman untuk berbicara, berbincang, bermesyuarat. Juga kawan dimasa senang dan juga susah. Wife juga yang menyediakan keperluan anak2, keperluan rumah tangga. Aku memang tak boleh hidup tanpa wife aku. Andainya dia takda, lebih baik aku pun takda sama.

Anak2 dah semakin membesar. Tahun depan Keirin dah naik sekolah menengah. Suara dah mula kasar. Dah kuat memberontak. Mula suka berkawan dengan budak2 besar. Dah tak minat nak pergi ke Toy R Us. Suka baca komik2 fantasi, buku2 bolasepak dan game PSP yang ganas2. Beli baju nak kena kat Al-Ikhsan. Selepas ini, dia akan mula sibuk dengan dunianya. Kalau ajak jalan2 mungkin dah segan nak berjalan2 dengan papanya. Walaupun dia dapat 5A, aku tegah dia daripada masuk asrama. Aku masih nak lihat dia berkembang didepan mataku. Senang sikit nak mendidik dan mengasuh dia walaupun kadang2 dia dah boleh berdikari.

Seperti nasihat kawan Papadom, biarkan anak2 melakukan kesilapan sekali-sekala. Ini kerana mereka perlu belajar dengan melakukan kesilapan. Inilah kehidupan. "Kita kita belajar daripada kesilapan, dan hanya orang bangang yang mengulangi kesilapan yang sama."

Ainaa pun dah makin besar. Sebagai anak perempuan, dia banyak mengikut cara mamanya. Kemana2 pergi mesti nak dressing lawa2. Tudung pun dah mula tak tinggal kalau keluar rumah. Rasanya aksesori kecantikannya lebih banyak daripada mamanya. Dia juga dah mula pandai buat kerja2 rumah. Dah boleh gosok baju, kemas bilik. Satu yang aku perhatikan ialah dia suka melukis dan mewarna. Itu hobi ikut papa dia.

Syameel sebagai anak bungsu nampaknya agak manja. Kuat merajuk dan malas bergerak bila disuruh. Tapi dia lebih berani berbanding abang dia. Dia suka menonjolkan diri dikhalayak. Dia juga suka dan mudah berkawan. Pelajarannya naik turun kerana dia malas nak belajar. Buat sesuatu perkara nak cepat siap. Hobi dia tentunya main, main dan main. Satu perkara yang sama macam papa dia ialah dia tak suka pakai baju. Waktu malam sesejuk camnapun, dia mesti nak aircond dan tak nak berselimut.

Tapi aku bersyukur kerana ada wife seperti wifeku. Urusan kehidupan anak2ku serba lengkap dan tiada kurangnya dibawah pengurusannya. Aku tidak boleh jadi sepertinya. Bangun pukul 5 pagi untuk menyediakan keperluan anak2 ke sekolah. Makanannya, baju sekolahnya, kelengkapan persekolahannya disediakan tanpa lengah. Petang selepas balik sekolah pun begitu juga. Kalau kat rumah, aku jarang tengok wife aku duduk diam. Ada aje kerja yang dibuatnya. Tak kerja2 rumah yang tak pernahnya habis, dia kena buat kerja2 sekolahnya. Jadi aku tak boleh nak mengeluh atau komplen macam2 sebab kerja aku banyak. Kerja dia lagi banyak...

Papadom. Aku tak nak jadi sepertimu.

1 ulasan:

  1. AMIN.. Alhamdulillah semoga apa yang ditulis menggambar keikhlasan 100% dari hatimu. Moga Allah s.w.t panjangkan jodoh kita hingga akhirat. Amin....

    BalasPadam