Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

05 November 2009

Aku dan Perjanjian dengan JPA

Membaca laporan Auditor-General 2008 cukup menyedihkan dan meloyakan. Wang negara dibelanjakan sesuka hati seolah2 duit yang ada itu emak bapak dia yang punya. Projek PKFZ pun sama. Wang rakyat berbillion2 ringgit dibazirkan dan dimasukkan ke dalam poket sendiri. Aku sebagai seorang pembayar cukai cukup marah dengan segala bentuk pembaziran dan kecurangan yang dibuat oleh manusia2 yang tidak bermoral ini. Apatahlagi bila pihak kerajaan menolak rayuan permohonan tuntutan gantirugi ke atas diriku yang dikatakan melanggar perjanjian. Kalaulah mereka2 yang mensonglap dan menyebabkan kerajaan kerugian berbillion ringgit itu terlepas daripada hukuman, sesungguhnya aku tidak akan menghalalkan 70 ribu yang aku terpaksa bayar kepada kerajaan dalam tempoh 5 tahun ini.

Aku sememangnya berterima kasih dengan kerajaan kerana memberi peluang kepada aku untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang aku minati seterusnya aku dapat berjaya seperti sekarang. Pengajian aku dibidang perubatan memang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Emak bapak aku takda keluarkan wang beratus ribu untuk membiayai kos pembelajaranku. Semasa di tahun satu, aku ada menandatangani perjanjian dengan kerajaan di mana aku perlu habiskan pembelajaranku dalam tempoh 5 tahun dan selepas itu aku kena berkhidmat dengan kerajaan selama 10 tahun sebelum aku boleh dilepaskan.

Perjanjian ini wajib ditandatangani oleh semua pelajar yang mengambil jurusan Perubatan melalui program matriks Asasi Sains. Masa tu semua pelajar diberi biasiswa sepertiku dan tiada pemberian pinjaman seperti sekarang. Tekadku ialah mencuba menghabiskan kontrak 10 tahun itu atau selama mana yang aku boleh tahan. Rasanya aku takkan kerja sampai pencen dengan kerajaan, aku takkan sambung belajar untuk jadi doktor pakar dan aku juga tak nak buat kerja2 pengurusan di Kementerian Kesihatan.

Mulai 1 Jun 1996, aku mula berkhidmat sebagai seorang doktor pelatih di Hospital Muar dengan gaji permulaan sebanyak RM1713 sebulan. Doktor pelatih ibarat pelajar perubatan tahun akhir cuma ada dapat gaji sedikit. Tiada sebarang keistimewaan sebagai kakitangan kerajaan. Aku kerja hampir 24 jam setiap hari. Tiada istilah hari cuti, hari minggu atau hari sakit. Kalau aku ambik MC masa tu, cuti tahun yang 28 hari tu akan dipotong. Setiap hari dikira hari bekerja dan walaupun hari itu aku tak on call, hospital boleh panggil aku datang bekerja pada bila2 masa. Kalau kena on call atau kerja 24 jam, dapatlah aku claim kerja lebih masa iaitu 20 ringgit sehari. Kalaulah ada ibu bapa yang nak sangat anak2 mereka jadi doktor supaya cepat kaya, lupakanlah cita2 itu. Banyak lagi cara lain untuk jadi kaya.

Selepas setahun, gaji aku naik 60 ringgit dan elaun on call naik kepada 30 ringgit. Setahun berikutnya, aku jadi doktor di Hospital Sultanah Aminah JB pulak. Aku terpaksa berulang-alik dari JB ke Kulai sejauh 80km sehari kerana aku tak layak untuk duduk kuarters. Aku juga tak mampu nak menyewa rumah kat sekitar JB masa tu. Kerja sebagai junior MO memang asyik kena call aje dengan nurses kat wad. Masa tu guna sistem paging. Bila pager berbunyi aje, aku kena call hospital. Bil telefon aku sebulan mencecah 300 ringgit. Duit minyak lagi? Masa tu aku terpaksa naik motosikal sebab nak elak jem dan masih tak mampu nak beli 2 kereta. Pakai Iswara 1.3s pun kena bayar 750 sebulan kat bank. Gila betul keadaan ekonomi masa tu ditangan Brader Anwar Ibrahim.

Selepas setahun, aku dapat pindah ke hospital daerah Kulai. Barulah aku dapat rasa nikmat jadi pegawai kerajaan. Aku dapat duduk kuarters kerajaan. Rumah semi-D 5 bilik. Jalan kaki dah boleh sampai dah. Tapi kena jaga satu hospital. Semua kes aku kena tengok. Daripada kes2 accident, kecemasan, sakit nak bersalin, budak2, orang tua semua aku kena jaga. Gaji masa tu oklah sikit. Tak payah bayar sewa rumah, tak payah keluar duit minyak dan tak payah bayar bil telefon mahal2.

Permulaan kerja di hospital daerah aku cukup seronok. Hidupku hanyalah merawat pesakit. Aku kerja sendiri di wad2. Aku tak kisah merawat lelaki ke, perempuan ke, kanak2 ke, dewasa ke, kes2 serius ke, tak serius ke, semua aku boleh handle. Selepas 2 tahun, ramai doktor2 yang lebih senior daripada aku berhenti dan jadilah aku doktor paling senior kat situ. Pengarah hospital pun tak ngam dengan aku. Semua hal2 hospital termasuk kerja2 pengarah aku terpaksa menanggungnya kerana pengarah asyik takda aje kat hospital. Hidupku mula berubah kerana banyak masa aku terbuang dengan menghadiri mesyuarat, taklimat, kursus, jadi wakil pengarah, sain borang itu ini, dan kerja2 paperwork yang tak berkesudahan. Pada waktu yang sama, aku masih kena on call, masih merawat pesakit dan gajiku tetap sama.

Masuk tahun ke 5 di hospital daerah, aku mula bengang dengan kehidupanku. Aku selalu gaduh dengan pihak pengurusan hospital kerana banyak benda yang aku nak aku tak dapat. Ubat2 yang aku rasa bagus untuk patient, pengarah tak nak kasi. Aktiviti2 yang aku rasa bagus untuk hospital, hospital tak nak sokong. Aku juga selalu gaduh dengan doktor2 kat JB sebab mereka tak nak terima kes2 susah ke hospital mereka. Akhirnya pada 1 Januari 2003, aku mohon cuti tanpa gaji selama 6 bulan sebelum confirmed meletak jawatan pada 1 Julai 2003.

Selepas aku meletak jawatan, beberapa kali aku menghantar surat, menulis email dan menelefon JPA untuk memaklumkan mengenai status aku. Langsung tiada jawapan yang bernas. Kalau aku call, mereka sambungkan aku ke sana sini. Pegawai takda, pegawai cuti, pegawai mesyuarat adalah jawapan klise yang selalu aku dengar. Lama2 aku give up. Entah camna, 4 minggu lepas aku dapat surat daripada JPA. Mereka suruh aku bayar gantirugi 70 ribu dalam tempoh sebulan. Ini kali kedua mereka hantar surat seperti ini. Kali pertama ialah kira2 3 tahun lepas. Aku balas surat itu guna registered letter pun mereka tak jawab. Aku hantar email pun mereka tak jawab.

Kali ini aku buat benda yang sama jugak. Aku kepilkan sekali surat2 yang pernah aku hantar sebelum ini. Selepas 2 minggu masih tiada jawapan. Tergerak pulak nak hantar email kat satu alamat yanga ada kat surat itu. Pagi aku hantar, pukul 4 petang aku dapat reply. Terkejut jugak aku. Pegawai itu suruh aku emailkan surat2 yang aku dah hantar. 3 hari kemudian, dia hantar email kat aku menyatakan bahawa mereka dah terima surat aku dan sedang dalam pertimbangan. Selepas 2 minggu, akhirnya aku dapat jawapan kepada persoalan yang sering bermain difikiranku sejak 7 tahun yang lalu. Permohonanku gagal dan aku kena jugak bayar 70 ribu seperti dalam perjanjian. Walaupun mereka mengambil kira aku dah kerja lebih separuh dengan kerajaan, mereka kata aku tidak meminta kebenaran Kementerian Kesihatan terlebih dahulu sebelum aku berhenti. Betul kata sahabatku, tak guna stay lama2 kat kerajaan kalau niat kita tak nak kerja lama2. Makin cepat keluar makin bagus sebab gantiruginya tetap sama. Maksimum.

Untuk 5 tahun akan datang ini, terpaksalah aku spend sebahagian wang gaji aku untuk bayar kepada kerajaan. Aku mintak maaf kat patient2 aku kerana selepas ini tiada lagi free consultation, tiada lagi free service, tiada lagi diskaun, tiada lagi free medical check up, tiada lagi derma atau sumbangan ubat2 dan perkhidmatan kerana sepanjang 7 tahun aku buat semua itu, ditambahlagi kena bayar cukai pendapatan 27%, cukai tanah, cukai harta dan bermacam2 lagi bayaran wajib, kerajaan langsung tidak mengambilkira semua itu. 

Kepada mereka2 yang ada cadangan nak bukak klinik sendiri, nanti aku ajarkan cara2nya. Kalau ada yang masih terikat dengan kerajaan, anda ada dua pilihan. Berhenti sekarang atau tunggu sampai habis kontrak. Jangan fikir2 lagi. Jangan jadi seperti aku.



34 ulasan:

  1. wah,jpa sudah mencari mangsa ke doc?nak kena tanya mak ayah kat kampung,ada sampai surat ke tak..dah 5 tahun cabut nih..doc,xde ker mana2 klinik yg nak ajak pharmacist jadi partner bukak klinik?masuk share skali..hehehe

    BalasPadam
  2. tu laaa doc..bila lagi nak bukak klinik cawangan baru...hehehe..

    BalasPadam
  3. doc.saya tertarik dgn cadangan dr yg ni- so.. mcmana cara2 nk bukak klinik sendiri? nurhafiz2009@yahoo.com

    BalasPadam
  4. Nurhafiz,
    Nanti bila ada kelapangan,
    saya drafkan cara2nya...

    Wasalam.

    BalasPadam
  5. Dr.,

    Saya scholar JPA, ditawarkan terus ke jawatan P.T.D. kontrak dalam govt but not of my interest and specialisation. Selepas berpikir panjang, saya meletak jawatan and break the contract.

    Tuntutan ganti rugi akan dikenakan terus selepas saya letak jawatan ataupun beberapa tempoh dari itu? dan adakah biasanya rayuan untuk membayar secara ansuran dipertimbangkan??

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. Assalamualaium Dr

    Saya Dr Reza. Saya bercadang nak berhenti dan buka klinik sendiri. saya dah sewa shoplot.

    saya under kontrak JPA total hutang RM120K.
    saya dah berkhidmat 5 tahun.

    saya cadang nak resign dgn segera , notis 1 bulan.
    saya ada loan rumah dgn gov.

    Dr boleh tolong saya tak.. apa2 advice.

    terima kasih Dr , saya tgh pening.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan pening.
      Tukar loan tu ke bank loan.
      Cari bank yang sesuai.
      Nanti dia akan upah seorang lawyer.
      Semua dokumen diuruskan oleh lawyer.
      Lambat sikit tapi takda masalah apa2.
      Saya punya lepas 6 bulan baru settled.

      All the best Dr Reza.

      Padam
  8. salam dr.
    nak tanya.dr langsaikan gantirugi secara ansuran atau sekaligus? boleh dr kongsikan cara nak buat permohonan bayaran secara ansuran?
    terima kasih:)

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum dr.
    saya nk tanya sekiranya kerajaan mintak bayaran blk scholarship slps saya langgar kontrak, blh ke sy memohon utk kerja balik dgn kerajaan utk elak dr dikenakan bayaran blk atau apa2 hukuman?

    BalasPadam
  10. Salam.. berapa lama tempoh bayaran tuntutan gantirugi? 5 tahun untuk semua pemegang biasiswa? Boleh tukar biasiswa menjadi pinjaman tak?

    BalasPadam
  11. assalam.. rasa x adil sbnrye bile kene bayar lebih dr yg kita dpt biasiswa dr jpa walaupun da berkhidmat lebih 3 tahun.. menyesal jg x ambil PTPTN dlu.. huhu..

    BalasPadam
  12. Assalam, untuk pelajar medic, jika ibubapa kita mampu utk biaya pengajian kita, adakah wajar kita jangan ambil biasiswa JPA? sebab sekarang ni JPA sponsor kita dlm RM50k, tapi kalau kita pecah kontrak kena bayar 250k.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau mampu tak perlulah JPA.
      Bagi kat orang lain yg lebih memerlukan.

      Padam
  13. Assalamualaikum doc, akak sy baru abes belajar pendoktoran under JPA. tapi dia tak mampu utk bekerja sbg doktor, apa advice doktor? sbb kalau dia berhenti, hutangny rm 300ribu and kalau dia teruskan, kesian tgk dia. takut nak g kerja. and dia menangis .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum, Main Tulis. Bagaimana kakak awk sekarang ye ?

      Padam
    2. Assalamualaikum, Main Tulis. Bagaimana kakak awk sekarang ye ?

      Padam
  14. Assalamualaikum doc, akak sy baru abes belajar pendoktoran under JPA. tapi dia tak mampu utk bekerja sbg doktor, apa advice doktor? sbb kalau dia berhenti, hutangny rm 300ribu and kalau dia teruskan, kesian tgk dia. takut nak g kerja. and dia menangis .

    BalasPadam
  15. Adakah anda memerlukan pinjaman segera?
    * Pemindahan Sangat cepat dan cepat ke akaun bank anda
    Pinjaman dari Allah yang takut Firma Pinjaman.
    * Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
    * Pembayaran jangka panjang (1-30 tahun) Tempoh
    * Syarat-syarat pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan
    *. Berapa lama masa yang diperlukan untuk membiayai? Selepas memfailkan permohonan pinjaman,
    Anda boleh menjangkakan bahawa sambutan awal yang kurang daripada 24 jam dan
    pembiayaan dalam 72-96 jam selepas menerima maklumat yang kita perlukan
    dari awak.

    Hubungi syarikat pinjaman secara sah dan secara rasmi berlesen yang ialah Victoria Osteen Firma Pinjaman, A christian dibina Syarikat Pinjaman.
    Untuk maklumat dan permohonan yang lebih borang untuk pinjaman melalui Hubungi kini melalui e-mel- victoriaosteenloanfirm@gmail.com

    BalasPadam
  16. Hello,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan, BRENDA HARAPAN pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah syarat-syarat yang jelas dan mudah difahami dan keadaan Dari
    $ 20.000 untuk $ 7000000 USD, Euro Dan Pounds Sahaja. Saya memberi Pinjaman Perniagaan,
    Pinjaman Peribadi, Pinjaman Pelajar, Pinjaman Kereta Dan Pinjaman Untuk Bayar Off Bil. hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (brendahope816@gmail.com)

    BalasPadam
  17. Salam dr..saya dalam di lema..takut nak berhenti sebab kene contract 10 tahun..biasiswa luar negara..nak resign takut kene bayar. Katanya stgah juta huhu tak berapa ada hati dah nak kerja dengan kerajaan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alang2 ada kat gomen,
      Sambung belajar.
      Tak minat klinikal,
      Buat public health.
      Tak berbaloi kalau kena bayar gantirugi setengah juta...

      Padam
  18. I really thought they will only ask for refund based on how many years you have spent working for the government. Never thought they actually asked for full refund. This is crazy..

    -Doomed

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk rakyat marhaen seperti kita,
      setiap hutang mesti dibayar.
      tetapi kalau ahli-ahli politik,
      pinjaman boleh ubah kepada derma.
      itulah hakikatnya.

      Padam
  19. Assalamualaikum, Dr. Saya ni pelajar perubatan tahun akhir dan berniat utk tidak membuat housemanship nanti. Saya tertarik dgn blog Dr sbb lebih kurang sama situasinya dgn saya. Saya perlu membayar RM 250k dlm tempoh 3 bulan. Emel saya pula dijawab acuh tidak acuh oleh pihak JPA, panggilan saya disambung-sambungkan kepada pegawai2 yang berlainan. Padahal niat saya baik ingin melunaskan hutang.

    Mohon penjelasan dari Dr bagaimana Dr berurusan dgn JPA utk selesaikan hutang RM70k tersebut. Ini emel saya, sfanayusof@gmail.com. Jika ada pembaca lain yg turut pernah melalui situasi yang sama, mohon bantuan juga ye :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam.

      Belum habis belajar pun dah kena bayar?

      Jangan takut.
      Walau berapa kali mereka hantar surat ugutan,
      setakat ini tiada seorang pun yang diheret ke mahkamah.
      Surat itu cop paste aje.
      Jangan takut.

      Tapi niat awak betul.
      Niat nak membayar balik.
      Cuba buka laman web JPA.
      Awak hantar email kat semua alamat email yang ada.
      Salah seorang pasti akan membalasnya.
      Saya berurusan dengan pegawai bernama Zaki kalau tak silap.
      Harap dapat membantu.

      Terima kasih.

      Padam
  20. Assalamualaikum Dr. Saya telah berkerja sebagai doktor kerajaan selama 4 tahun dan bercadang untuk berhenti. Ada beberapa seniors berkata bahawa kalau tidak inform JPA, JPA tidak akan tahu status kita and tak perlu bayar gantirugi. Is it true?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam Dr Fauzi.
      Ada benarnya.
      Ada kawan saya yang lepas sampai sekarang.
      Tapi.
      Lambat laun JPA akan tahu juga.
      Dan walaupun JPA tak tahu,
      Allah Maha Tahu.
      Walaupun ini perjanjian dunia,
      akhirat pun masih dikira juga.
      Memang nampak tidak adil.
      Kena bayar penuh walaupun dah berkhidmat dengan kerajaan.
      Tapi kena terima hakikatlah.
      Hutang mesti dibayar.

      Terima kasih.

      Padam
  21. Hello doctor, saya JPA scholar juga yg dpt biasiswa Kat uni swasta...contract dia tu tidak menyatakan jumlah yg dibiasiswakan...saya nak resign juga sbb tidak rasa masa depan dijanji dgn kerajaan sebegini masanya....saya berminat nak Tahu macam mana nak buka clinic sendiri, boleh kah doctor Bagi detail do dalam email saya? Pandarbcc@gmail.com
    Terima kasih krn sudi berkongsi

    BalasPadam
  22. Salam dr.boleh sy tahu masa dr bekerja dgn kerajaan, dr ambil kwsp or pencen?sy tersilap ambil pencen.tiba2 berubah fikiran untuk buka klinik sendiri.rase rugi pula tidak ambil kwsp sbb tidak ada pencarum dari majikan.sedangkan saya terikat dgn kerajan 10 tahun sebab ambil biasiswa jpa.so,saya planning untuk resign selepas 10 tahun.mohon nasihat.tq.

    BalasPadam
  23. Salam dr,saya JPA scholar juga,saya dah kerja kerajaan setahun setengah dah dan sy terpaksa nak resign atas sebab masalah kesihatan.masalah skrg nie sy nak tahu sama ada pihak JPA akan membenarkan sy untuk bayar balik secara ansuran.mohon penjelasan dari DR mom mane nak berurusan dng JPA supaya membenarkan sy bayar balik secara ansuran .

    Ini email sy
    bryanlbz@gmail.com

    Tq very much

    BalasPadam
  24. Salam n hi. Ada sesiapa tak pernah memohon pengeluaran dari KWSP utk byr gantirugi JPA? Tqia

    BalasPadam
  25. Salam Tuan Dr. Bagaimana Dr dibenarkan buat payment dalam masa 5 tahun tersebut? Adakah pihak JPA membenarkan pembayaran secara ansuran?

    BalasPadam