Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

27 November 2009

Aku dan Aidil Adha 2009







Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha diucapkan kepada semua pengunjung blog ini. Kalau ada daging kurban yang lebih2 tu, hantarlah ke rumah. Boleh aku tolong masakkan.

Raya Haji tahun ini panas terik sepanjang hari. Tidak seperti tahun lepas. Hujan tak henti2. Pagi raya aku ke masjid macam biasa. Masjid tidak sesibuk raya puasa nampaknya. Masa sembahyang dan khutbah, suara imam tenggelam timbul. Sistem bunyinya menyakitkan telinga. Soundman nya sibuk dengan lembu kurban gamaknya. Jadi terlupa nak buat soundcheck.

Masa balik sembahyang aku nampak ada 7 ekor lembu besar2 ditambat di depan masjid. Ada cadangan nak ambik gambar2 kurban tapi cuaca panas sangatlah. Jadi, aku pergi ambik gambar2 sekolah lama aku aje. Dah lebih 20 tahun tinggalkan sekolah. Memang segala2nya sudah berubah.

Sebelah tengahari aku balik ke Bandar Tenggara. Biasalah, hari raya haji tak semeriah raya puasa. Lepas sembahyang Jumaat, aku baring2 depan tv sambil main PSP. Malam baru balik Kulai. Malam tadi ada penutup drama Nur Kasih kat TV3. Kisah cinta yang tak kesampaian. Ramai yang menangis rasanya. Aku tak berapa minat nonton cerita2 melayu ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan