Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

26 November 2009

Aku dan Roller Surfer




Ini hobi baru anak aku. Roller Surfer namanya. Ianya kombinasi skateboard dan surfboard. Mula2 aku agak keberatan nak belikan sebab aku tengok macam susah bebeno nak handle. Tapi bila emak dia beriya2 sangat nak belikan dan selepas beberapa kali Ameel merajuk dan menangis, aku turutkan jugak. Aku siap belikan helmet dan knee/elbow pads supaya tak sakit masa jatuh nanti. Aku pun agak2 dia ni tak kan pandai punya main benda alah ni.

Nampaknya aku silap. Sekali dua percubaan, dia dah dapat seimbangkan badannya. Sekarang ni dia dah pandai sangat dah. Kakak dan abang dia pun kalah. Helmet dan pads tu langsung tak diusiknya. Tapi abang dia langsung tak berani nak cuba. Jatuh sekali, terseliuh tangan lepas tu dah takut nak cuba lagi.

Minggu lepas aku bawak dia main kat IOI Mart yang dah sunyi sepi tu. Puas dia main pusing2 keliling IOI Mart. Aku ada ambik video tapi belum pandai nak masukkan dalam blog ni.

Budak2 sekarang sungguh beruntung. Alat permainan nak yang mahal2 dan canggih. Tak macam aku masa kecik2 dulu. Balik2 main pondok2, main masak2, main kawin2. Semuanya tak gunakan duit. Benda2 yang ada disekeliling rumah boleh dijadikan alat2 permainan. Daun2, ranting2, bunga2an dan paling teruk pun periuk belanga emak yang kat dapur. Bila emak nak masak, terjerit2 panggil aku mintak pulangkan. Masa tu jangan haraplah nak dapat mainan plastik macam sekarang.

Kalau pergi ke kedai2 mainan seperti Toy R Us, memang boleh giler dibuatnya. Semua jenis permainan ada. Pilih saja. Tapi harganya...rasanya ikan kat pasar lagi murah daripada harga mainan. Semuanya seratus lebih. Rasanya yang masuk kedai2 mainan lebih ramai orang dewasa banding budak2. Emak bapak lebih excited banding anak2. Maklumlah, masa kecik2 dulu mana rasa benda2 tu semua.

Masa aku ke KL tempohari, aku masuk satu kedai mainan di Berjaya Times Square. Kat dalam kedai semuanya orang dewasa. Takda budak2. Tapi ini bukan kedai mainan biasa. Ini kedai mainan untuk buat koleksi punya. Dah beli simpan dalam almari. Tak boleh pegang2. Harganya pun beratus2. Aku pun ikut sama. Terbeli robot Gundam. Kalau banding kat JB, kat KL lebih advanced dan harganya lebih murah. Masuk kedai aje nyonya tu tanya aku, " Gundam yang macamana aku nak beli? " Aku cakap aku nak tengok2 dulu." Lepas tu nyonya tu tunjuklah koleksi Gundam yang dia ada. Aku pun sampai tak tahu yang mana nak pilih. Nasib baik anak aku ada...Dia lagi pandai daripada aku.

Setakat ini aku dah ada 6 robot Gundam. Jangan tanya pasal nama, pasal no kod atau Gundam jahat ke baik. Aku cuma beli dan simpan jer...

1 ulasan: