Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

12 November 2009

Aku dan suntikan Typhoid

Setiap kali pegawai2 Kesihatan dan pekerja2 Majlis Daerah buat spot check ke atas penjaja2 dan peniaga2 makanan sekitar Kulai/Senai, klinik aku akan merasa tempiasnya. Ramai penjaja makanan di sini tidak dilindungi dengan imunisasi Typhoid. Jadi, bila kena serbu aje, maka berduyun2lah yang datang ke klinik aku untuk mendapatkan suntikan.

Malam semalam, pegawai kesihatan daripada JB dan majlis perbandaran menyerbu gerai2 makan di TJ Mart. Khabarnya ramai yang kena denda sebab tidak mengutamakan kebersihan. Juga hampir semua tak pernah dapat suntikan Typhoid. Maka setakat ini dah lebih 20 orang yang datang ke klinik aku untuk mendapatkan suntikan. Biasanya satu botol vaksin tu 3-4 bulan baru habis. Itu stok untuk pekerja2 baru di McDonald, KFC, Marrybrown dan Pizza Hut. Tapi bulan ni dah 2 botol aku order. Bagus betul. Walaupun untungnya tak banyak, tapi ada jugak income masuk.

Bukan kira untung sebenarnya. Ianya lebih kepada memberi perkhidmatan kepada masyarakat. Suntikan itu boleh didapatkan di Pusat Kesihatan Johor Bahru tetapi kena datang pada hari tertentu sahaja. Kalau tak silap aku, setiap petang Jumaat. Mereka charged RM20.00 untuk satu suntikan. Biasalah klinik kerajaan. Ramai yang malas nak menunggu giliran atau melayan karenah staf2 di sana. Walaupun kena bayar double di klinik aku, segala2nya pantas dan cekap. Tak payah beratur, tak payah tunggu lama2. Lepas tu boleh pilih, nak jarum besar ke jarum kecik, jarum panjang ke jarum pendek.

Untuk kes2 di TJ Mart ini, mereka perlu mendapatkan suntikan secepat mungkin. Selagi mereka tak tunjuk bukti mereka dah mendapatkan suntikan, mereka dilarang daripada berniaga. Itu yang berebut2 datang ke klinik tu. Rasanya tak semua klinik ada simpan vaksin ini. Aku simpan sebab KFC, McD dan Pizza Hut adalah panel di klinik aku. Jadi, setiap staf yang baru masuk kena dapatkan suntikan tersebut di klinik panel.

Dulu ada vaksin dalam bentuk pil. Tetapi tak lama lepas dikeluarkan, kerajaan tarik balik kebenarannya. Sekarang , penjaja makanan takda pilihan lain. Semua kena suntik. Vaksin dalam bentuk pil ni leceh cara memakannya. Kena makan 3 biji selang sehari. Lepas tu pil tu sentiasa kena simpan dalam peti ais. Kena control suhunya. Kalau lari suhunya, keberkesanannya boleh dipertikaikan. Mungkin sebab itu kerajaan tak benarkan kot.

Lain kali aku cerita pasal Demam Typhoid atau Demam Kepialu ni.

11 ulasan:

  1. nak tanya lah.. kalo seseorng tu penh amek suntikn.. and masih valid... boleh ke dia amek skli lg dlm tempoh 2.... sbb salinan hilang.. klo leh jwb di azam_5017@yahoo.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pergi kat tempat ambik suntikan.
      Biasanya boleh keluarkan surat salinan.
      Tak payah suntik semula.
      Tetapi kalau nak suntik lagi,
      takda masalah atau kesan sampingan.
      Cuma rugilah setahun.
      Suntikan pun dah makin mahal.

      Padam
  2. assalam.. nk tanya boleh x ibu menyusu dpt kn suntikan ni.. baby baru 3bln.. ada effect apa2 tak?? tq

    BalasPadam
  3. Assalam...nk tumpang tnya....klu ubat tu tk disimpan dlm peti ais ada ape2 kesan tk??....tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ubat itu akan hilang keberkesanannya.
      Vaksin didalamnya akan rosak.
      Sia2 sahaja jadinya.

      Padam
  4. di sini ada senarai untuk ambil kursus dan suntikan typhoid http://www.kursuspengendalianmakanan.com

    BalasPadam
  5. suntikan ni x diwajibkan pada ibu mengandung kan?klu ibu tu x tau dia mengandung dan dah ambil suntikan ni, ape kesan pada kandungan?

    BalasPadam
  6. Ade vaksin pneomococal conjugate 13 x?

    BalasPadam
  7. Salam..saya br berniaga...cuti sekolah anak saya membantu menyediakan bahan dan masak...Blh ke anak saya yg berusia 14 & 15 mengambil Suntikan Typhoid ?

    BalasPadam