Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

02 November 2009

Bila Aku Tension...

Waktu kecik-kecik dulu
Bila aku tension
Aku lari masuk parit
Sambil menangis jerit-jerit

Masa sekolah di asrama
Bila aku tension
Cari kawan mintak rokok
Sebatang dua atau sampai batuk2

Masa baru kahwin
Bila aku tension
Aku start enjin kereta
Aku lumba atas jalan raya
Polis nak tangkap aku tak kira

Bila aku tension
Stereo kereta aku rosakkan
Lagu2 heavy metal aku layan
Metallica, Nirvana juga Pearl Jam

Sekarang ni aku dah tua
Bila aku tension
Aku pergi potong rambut
Juga misai serta janggut

Bila aku tension
Aku buat Home Dekor
Kemas rumah alih perabot

Bila aku tension
Aku belai kucing dan ikan
Sambil bual2 macamlah mereka faham

Tapi biasanya
Bila aku tension
Aku duduk diam sahaja
Tidak berkata sepatah kata
Atau menulis meluah rasa
Dalam blog sendiri baca

Bila aku tension
Aku selalu ingatkan Tuhan
Juga nikmat yang telah dikurniakan
Isteri dan anak2 itu tanggungan
Juga teman dikala kebosanan

1 ulasan:

  1. dan bila aku tension..aku tido setido tidonye....

    BalasPadam