Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2009

Antara keperluan dan kemahuan

Berikut adalah benda-benda yang aku telah beli sepanjang 2009. Hampir 90 % adalah kerana menurut kemahuan hati dan bukannya keperluan. Barang2 keperluan seperti baju, seluar, stokin dan kasut aku ketepikan demi memenuhi kemahuanku. Antaranya ialah:
1. Upgrade skirting Estima daripada fiber yang keras( bukan original) kepada PU yang lebih solid dan cun. Aku juga pasang signal cover untuk match dengan gaya terkini. Semuanya RM2.5K. Estima aku memang nampak lebih sporty dan garang berbanding keadaan asal.
2. Aku telah trade in kereta Proton Wira 1.5SE yang baru 2 tahun aku pakai dengan mileage kurang daripada 100K kepada Honda Accord 2.0 VTec. Aku kena bayar bank RM2K sebelum boleh trade in. Selepas dapat Accord, aku pasang pulak tinted, door visor, side step, front grille cover, floor mat dan Modulo skirting. Kereta berharga RM148K dan aksesorinya RM 5K. Bila terasa kepenatan atau tension selepas seharian melayan karenah pesakit, perasaan itu hilang serta-merta bila dapat masuk dan se…

Aku dan Persiapan Naik Sekolah

Minggu depan sessi persekolahan baru akan bermula. Menyediakan persiapan anak2 dah jadi semacam rutin bagi ibubapa sepertiku. Hujung tahun memang nak kena sediakan duit lebih sedikit untuk persiapan mereka. Kalau tahun2 sebelum ni, kakitangan kerajaan ada duit imbuhan atau bonus, tapi tahun ini Najib tak nak beri pulak. Tak cukup bagdet katanya.

Bagaimanapun, ada duit ke takda, ada bonus ke takda, persiapan anak2 nak kena sediakan jugak. Tahun depan 3 orang anak aku dah semakin membesar. Yang sulong naik tingkatan satu. Ainaa naik darjah empat dan Ameel naik darjah tiga. Budak2 sedang membesar, baju tahun2 lepas memang tak muat punya. Masing2 nak kena sediakan yang baru. Nasib baik Ameel ikut jejak langkah kakak dan abangnya. Jadi pengawas sekolah. Maka, baju2 abang dan kakak boleh dipakai untuk sementara.

Setiap kali persekolahan baru, masing2 nak pakaian seorang 3 pasang sekurang2nya. Sehelai baju jenama Canggih dah 29.90 ringgit. Beli banyak ke sikit ke, harganya sebegitu. Takda k…

Aku dan pemandu bas ekspress

Kematian 10 lagi penumpang bas ekspress awal pagi semalam menambah lagi statistik kematian jalan raya di Malaysia. Setiap kali ada kemalangan maut besar2an sebegini, setiap kali itulah timbul pelbagai cadangan untuk mengurangkannya. Selepas beberapa lama, hal itu senyap semula dan segala2nya balik kepada asal.

Untuk kejadian terbaru ini, tutup mata dan telinga pun aku boleh confirmkan yang salah adalah pemandunya. Bas itu baru dipakai 3 bulan, bas tu ada automatic speed limiter dan pemandunya baru sahaja bertukar dengan pemandu pertama. Alasan tertidur sekejap membuatkan aku rasa macam nak hempas aje tv depan mata aku. Nasib baik tv itu tv LCD 32" yang baru 2 tahun aku pakai. Kalau itu tv Panasonic 14 inci yang lama dan seberat 10 kg tu, memang lama dah jadi arwah. Pemandu sebeginilah yang patutnya dihumban dalam penjara. Bunuh pun adil sebab kerana dia, ramai orang yang mengalami kesusahan dan terpaksa menghadapi kesedihan akibat kematian yang sepatutnya boleh dielakkan. Dah tahu…

Aku dan Doktor Lokum

Locum doctor bermaksud doktor sambilan atau part time. Locum tu istilah luar negara yang telah selalu diguna pakai disini. Masa aku kerja di kerajaan dulu, aku kena selalu buat locum untuk menampung kehidupan yang selalu kesempitan. Nak harap gaji kerja kerajaan mana cukup masa itu. Sebenarnya kalau aku sebagai kakitangan kerajaan, aku tak boleh buat kerja2 sambilan seperti itu tetapi disebabkan ramai yang buat, kerajaan buat2 tak tahu sahaja. Selagi ianya tidak menjejaskan kerja2 di hospital, pengarah hospital buat2 tak nampak aje.

Selain faktor kewangan, aku buat locum untuk mencari pengalaman baru. Satu hari bila aku dah bersedia untuk bukak klinik sendiri, taklah panik atau pening bila nak manage klinik sendiri. Aku memang dah target tak nak sambung belajar. Cukup masa aku nak bukak klinik sendiri. Jadi sepanjang bekerja di hospital, aku memang sentiasa membuat persediaan dan perancangan ke arah itu.

Masa aku jadi houseman di Muar, ramai member2 sebaya yang giler buat locum. Pant…

Aku dan Ikrar Tahun Baru

Bahawasanya saya dengan ini berjanji dan berikrar untuk mengubah diri menjelang 2010. Saya berjanji dengan penuh keazaman untuk melaksanakan azam dan ikrar2 saya ini.

1. Saya akan cuba menjadi seorang lelaki, seorang anak, seorang suami, seorang doktor dan seorang ayah yang lebih baik. Saya akan cuba untuk melaksanakan segala tanggungjawab dengan penuh dedikasi. Jika saya gagal, saya akan memberikan semua bonus tahunan saya kepada isteri dan anak2 saya.

2. Saya berjanji untuk mengurangkan makan seterusnya menurunkan berat badan saya sekitar 76-78 kg. Berat saya sekarang dah lebih 80kg disebabkan oleh makan sedap di rumah setiap hari. Saya juga berjanji akan mengurangkan masa bersembang2 di warung2 mamak juga Old Town White Coffee. Jika berat saya melebih 85kg, saya akan mendaftarkan diri saya untuk menyertai program The Biggest Loser Asia untuk sessi akan datang.

3. Saya berjanji untuk mencukupkan sembahyang yang wajib juga tak nak ponteng2 sembahyang Jumaat. Saya juga akan cuba untu…

Aku dan Minggu Bersejarah

Imej
Minggu ini banyak sejarah telah tercipta. Antaranya:

1. Nama aku dan anak aku dapat masuk suratkhabar Mingguan Malaysia. Sekolah anak aku adalah sekolah angkat kepada TNB. Setiap tahun TNB beri dana 20 ribu ringgit kat sekolah anak aku sebagai bantuan untuk kecemerlangan pelajar2 yang akan menduduki UPSR. Program PINTAR TNB ini telah beberapa tahun dijalankan dan sekolah anak aku terpilih kerana ramai anak2 pekerja TNB yang belajar di sekolah ini. Setiap tahun, nama2 sekolah dan murid2 yang berjaya mendapat 5A akan dipaparkan di suratkhabar. Walaupun ianya tak sebesar mana tapi syok jugak tengok nama sendiri terpampang dalam akhbar. Hanya beberapa kerat orang/sedara yang perasan.

2. Tanpa berbuat apa2, Jabatan Hasil atau Income Tax hantar surat menyatakan aku pernah terlebih bayar income tax. Jadi dalam beberapa hari ini aku akan menerima cek lebihan bayaran aku itu. Seingat aku, aku tak pernah pun terlebih atau terkurang bayaran. Kalau akauntan kata 10 ribu, aku bayar 10 ribu. Tak l…

Aku dan draf perjanjian

PERJANJIAN SEWA PREMIS:

Perjanjian ini adalah antara pemilik premis dan penyewa premis.Premis adalah sebuah rumah banglo 3 tingkat yang beralamat di Damansara Heights.Perjanjian ini adalah selama 3 tahun bermula pada 1.1.2010 dan akan tamat pada 31.12.2012.Dalam tempoh perjanjian ini:Pemilik akan menyerahkan hak penjagaan premis kepada penyewa.Pemilik tiada hak untuk memasuki premis tanpa kebenaran penyewa tetapi boleh meminta untuk melawat premis dari masa ke semasa dengan izin penyewa.Pemilik tiada hak untuk meminta penyewa mengosongkan premis selagi penyewa membayar sewa seperti ditetapkan.Pemilik tidak akan menjual premis kepada oranglain tanpa izin penyewa.Cukai Tanah dan Cukai Harta tahunan akan dibayar oleh pemilik.5. Dalam tempoh perjanjian ini juga:
Penyewa akan membayar sewa premis sebanyak RM3000 setiap bulan.Penyewa akan menyempurnakan bayaran sewa premis bulanan sebelum 30hb setiap bulan.
Walauapapun keadaannya, sewa bulanan hendaklah dibayar dalam tempoh ditetapkan tanpa ga…

Aku di Prime City Kluang

2 minggu kebelakangan ini aku cukup sibuk. Urusan di klinik, urusan jaga anak bila wife ke kelas dan juga urusan baikpulih rumah lama aku. Semalam, aku serah kunci rumah kepada penyewa baru aku. Selepas terkena sekali, kali ini aku waspada sikit. Kali ini aku buat perjanjian hitam putih. Nanti aku uploadkan draf perjanjian itu. InsyaAllah, penyewa kali ini berhemah sikit. Lebih rajin bekerja dan juga lebih ramah. Belum apa2 dah sibuk tanya nak beli rumah itu. Aku cakap boleh difikir2kan jika kena dengan harganya. Satu lagi, dia pemilik Estima juga. Kalau free boleh ajak dia join perjumpaan MEOG. Dia pakai Estima Aeras S dengan hampir full accesories termasuk rim 17".

Lepas majlis serah kunci, aku ajak famili Abang Shafiq yang telah bersusah payah menolong baikpulih rumah aku untuk sarapan pagi /lunch di Old Town White Coffee. Masing2 tengah kelaparan jadi semuanya habis licin. Lepas Jumaat, aku dan famili check in di Prime City Hotel Kluang. Tempat lepak favorite aku.

Sejak min…

Aku dan Maal Hijrah

Kehadiran tahun baru 1431 Hijrah disambut dengan menjerit2 keseronokan di depan tv bila mana pasukan bolasepak Malaysia menang pingat emas di Sukan SEA Laos. Dah lama aku tak rasa keseronokan tengok team Malaysia main bolasepak. Biasanya lebih kepada rasa geram dan malu bila pasukan Malaysia main macam budak sekolah rendah. Skuad bimbingan K.Rajagopal kali ini dibarisi oleh pemain2 muda yang bersemangat waja. Mereka tak putus asa, rajin mengejar bola dan sentiasa bersemangat dalam mengawal permainan seterusnya ingin memenangi perlawanan.

Masa babak pertama, aku tengok perlawanan di warung mamak bersama ramai lagi penyokong Malaysia. Walaupun kerap diasak dengan serangan berbahaya Vietnam, pertahanan pasukan Malaysia cukup gagah dan tenang mengawal permainan. Hanya sesekali Malaysia dapat melakukan serangan balas. Tamat permainan separuh masa, Vietnam gagal menjaringkan gol.

Masuk babak kedua, aku dah sampai kat rumah. Team Malaysia nampak lebih kemas dalam mengatur serangan. Larian2 pa…

Aku dan Penyewa Baru Rumahku

Pada 1.12.2009, aku akhirnya berjaya menyuruh penyewa rumahku untuk keluar daripada rumah sewaannya. Kerana dia, aku hampir putus asa untuk menyewakan rumahku lagi. Kerana dia, aku dan wife sering bergaduh. Kerana dia, aku menjadi hilang hormat dan berani meninggikan suara kepada orang yang lebih tua. Aku dah malas nak fikir2 pasal cari penyewa baru dan rasanya aku nak cantikkan rumah itu dan jadikan rumah persinggahanku.
Sepanjang minggu ini, aku upahkan sedara aku untuk baik pulih rumah itu. Aku cat semula keseluruhan rumah luar dan dalam. Aku ganti mana2 mentol yang dah terbakar. Aku pasang kipas angin yang baru. Aku buang semua habuk2 yang tersangkut. Dalam sibuk mengecat rumah, rupa2nya dah ada orang yang berkenan. Hampir setiap hari dia lalu depan rumah dan akhirnya dia dapat call wife aku. Dia cukup excited nak menyewa rumahku. Janji asalnya 1.1.2010 tetapi dia forwardkan ke secepat mungkin. Kalau boleh hari ini jugak nak masuk barang.
Penyewa aku kali ini dah berkeluarga dan …

Aku dan Junior Doktor Wajar Dibuli?

Kebelakangan ini, suratkhabar sibuk memperkatakan tentang lambakan doktor2 baru di wad2 hospital2 kerajaan. Beberapa senior doctor termasuk specialist ada meluahkan pendapat mereka tentang hal ini dan sampai sekarang tiada respons daripada pihak kementerian. Sepatutnya ada MP bawak perkara ini ke parlimen. Biar mengelabah sikit Menteri Kesihatan nak jawab.

Pada amnya, selepas seseorang itu lulus Sarjana Muda Perubatan iaitu selepas belajar sekurang2nya 5 tahun, mereka belum boleh merawat pesakit dan dipanggil doktor sebenarnya. Ikut undang2 di Malaysia, semua doktor2 baru grad perlu buat housemanship training selama dua tahun di mana2 hospital besar di Malaysia. Mereka biasanya diletakkan dibawah pengawasan pakar2, diberi tunjuk ajar dan latihan amali sebelum boleh mendaftar dengan Malaysian Medical Council. Selepas setiap pakar mengesahkan bahawa doktor tu selamat dan boleh bekerja sendiri, barulah jawatannya disahkan dan barulah dia boleh memegang title doktor dan merawat pesakit …