Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

15 Disember 2009

Aku dan Junior Doktor Wajar Dibuli?

Kebelakangan ini, suratkhabar sibuk memperkatakan tentang lambakan doktor2 baru di wad2 hospital2 kerajaan. Beberapa senior doctor termasuk specialist ada meluahkan pendapat mereka tentang hal ini dan sampai sekarang tiada respons daripada pihak kementerian. Sepatutnya ada MP bawak perkara ini ke parlimen. Biar mengelabah sikit Menteri Kesihatan nak jawab.

Pada amnya, selepas seseorang itu lulus Sarjana Muda Perubatan iaitu selepas belajar sekurang2nya 5 tahun, mereka belum boleh merawat pesakit dan dipanggil doktor sebenarnya. Ikut undang2 di Malaysia, semua doktor2 baru grad perlu buat housemanship training selama dua tahun di mana2 hospital besar di Malaysia. Mereka biasanya diletakkan dibawah pengawasan pakar2, diberi tunjuk ajar dan latihan amali sebelum boleh mendaftar dengan Malaysian Medical Council. Selepas setiap pakar mengesahkan bahawa doktor tu selamat dan boleh bekerja sendiri, barulah jawatannya disahkan dan barulah dia boleh memegang title doktor dan merawat pesakit dimana sahaja di dalam Malaysia. Andaikata lulusan tu dapat ijazah daripada universiti2 yang tidak diiktiraf oleh MMC, dia kena mengambil exam semula dimana2 universiti yang diiktiraf dan kalau lulus barulah boleh mengikuti latihan housemanship. Kalau tidak, kena ulang ambik periksa sampai lulus. Itupun kalau luluslah...

Sebenarnya, nak tahu layak ke tidak senang sahaja. Letak doktor baru tu kat Unit Kecemasan mana2 hospital daerah. Kalau dia boleh manage semua kes2 kecemasan dan semi kecemasan tanpa bantuan sesiapa, itu dah kira layak dah. Tapi kalau lepas tengok satu kes, terus hilang atau kena bukak buku dulu atau sibuk bertanya kat doktor2 lain atau semua kes simpan kat wad, itu memang belum layak lagi dah.

Zaman sekarang tak susah nak jadi doktor. Ada duit semua jadi. Kat Malaysia dah lebih 20 private college yang ada buat course Medik. Zaman aku dulu cuma ada 3 U aje yang ada course Medik iaitu UM, UKM dan USM. Kalau nak jugak buat medik, kena ke India atau Indonesia. La ni, aliran Sastera pun boleh buat Medik. Janji ada duit. Sebab tu ramai anak2 datuk yang dapat jadi doktor. Tak susah, bayar 250 ribu dan hantar anak ke India. Cukup 5 tahun ,balik dah ada degree. Macamana boleh lulus, aku tak nak cerita. Masa training jadi Houseman, barulah tahu susah senangnya nak jadi doktor. Nak ambik darah pun mengelabah. Clerking case macam budak sekolah rendah. Diagnosis takda. Investigation ikut buku teks. Semua ujian diambilnya. Masa kena on call, asyik nak mengelak aje.

Dengan 20 universiti kerajaan dan swasta mengeluarkan lebih 2000 doktor setahun, telah berlaku lambakan doktor2 baru atau houseman di wad2. Kalau dulu, satu wad 28 katil cuma ada 2-3 houseman, sekarang ni satu wad boleh ada 10 houseman. Kalau dulu selang sehari kena on call, la ni seminggu sekali pun payah. MO dan Specialist lebih banyak buat on call banding houseman. Kalau camni, habis terbalik hospital2 daerah bila doktor2 baru tu datang. Nama aje junior MO, tapi knowledge macam medical student. Semua benda tak tahu buat.

Masa aku kat govt dulu, aku pernah terima satu junior MO. Habis buat training houseman kat Hospital Universiti Kuala Lumpur terus dihantar ke district. Dia grad daripada Jepun lak tu. Kalau nak kira pengalaman, rasanya memang zero. Kat UH sana, HO berlambak2. Nak tengok kes2 emergency memang jarang sebab senior MO ramai. Jadi pada pandangan aku, dia kurang selamat untuk kerja sendiri. Tapi apa nak buat kan? Gaji dia sama dengan aku jugak. Takkanlah asyik aku nak kena tengok2kan selalu kerja2 dia? Kira dia makan gaji buta ajelah kalau camtu.

Kerja2 dia memang teruk. Wad dia penuh sesak dengan patient. Dia tak tahu nak manage. Semuanya 'continue same treatment'. Bila wad makin penuh dan katil takda untuk letak patient2 baru, sister ward call aku. Esoknya bila aku on call, 90% patient dia aku dischargedkan. Aku tak nak komen apa2 pasal kerja2 dia. Tapi masa dia on call, lepas tengok satu patient dia hilang. Lepas satu patient dia hilang. Lepas setengah jam dia datang balik dan semua patient tolak masuk wad. Rupa2nya dia duduk bilik baca buku. Kes2 kritikal semua simpan masuk wad. Sepatutnya dia hantar ke JB untuk rawatan lanjut tapi dia simpan dalam wad sebab tak tahu nak buat apa2. Kadang2 aku kesian kat patient dan ahli keluarganya tapi apa boleh aku buat? Aku tak boleh condemmed management doktor2 lain. Salah dari segi etika perubatan. Kadang2 aku kena cover line jugak bila waris komplen tapi sampai bila?

Sampai sekarang aku masih mengingati dia kerana dia telah 'membunuh' seorang pesakit aku. Masa tu aku dah kerja sendiri dan beliau masih di hospital. Pesakit ini sebelum datang berjumpa denganku telah dua kali ke hospital tetapi disuruhnya balik dengan beberapa jenis ubatan. Beliau berjumpaku kerana demam panas dan kencing berdarah. Aku rujuk dia ke hospital semula dan beliau dimasukkan ke wad selama dua hari. Selepas keluar wad, keadaannya tetap sama iaitu demam dan hilang selera makan. Sesekali beliau masih kencing berdarah. Aku ambik keputusan untuk mengambil darah dan menghantar ke makmal swasta. Ujian darah menunjukkan darah merah dan plateletnya tinggal suku manakala darah putihnya lebih 40 ribu dan aku berani bertaruh 1 juta ringgit, ini Acute Leukaemia. iaitu sejenis kanser darah. Beliau terus aku rujuk ke hospital besar dan sehari sebelum beliau dijadualkan melakukan ujian Bone Marrow, beliau jatuh pengsan dan mengalami pendarahan otak. Beliau mati ketika berusia 21 tahun dan aku anggap doktor itulah yang membunuhnya kerana mismanagement dan misdiagnosis.

Beberapa bulan lepas aku telah merujuk satu pesakit ke hospital kerana masalah sakit pinggang yang kronik. Beliau baru berusia 18 tahun tetapi berbadan agak gempal. Beliau pernah jatuh tangga dan sejak itu sering mengadu sakit pinggang terutamanya waktu malam. Beliau telah pergi ke banyak klinik dan biasanya klinik aku adalah destinasi mereka yang terakhir. Aku rujuk ke hospital untuk ujian x ray kerana aku rasa ini mungkin Prolapsed Intervetebral Disc. Ini macam Anwar Ibrahim punya keslah. Doktor kat tak perlu buat x ray kerana tak boleh nampak apa2 katanya. Beliau hanya beri dia minyak sapu sahaja. Memang betul, sepatutnya dia perlu buat CT Scan atau MRI tetapi ikut prosedur hospital kerajaan kena mula dengan x ray dulu. Lepas tu baru boleh rujuk ke pakar tulang untuk CT Scan/MRI. Selepas beberapa lama, aku berjaya pujuk sedaranya untuk buat MRI di private hospital. Diagnosis aku sememangnya tepat. Beliau sekarang dalam proses untuk membuat pembedahan tulang belakang di hospital besar.

Kebelakangan ini keadaan semakin teruk. Hari ini contohnya. Ada satu pesakit mengadu sakit kepala. Sampai di hospital, beri injection dan suruh balik. Esoknya, keluarganya bawa pulak ke hospital di JB. Tunggu 4 jam takda sapa yg merawat. Pagi ini famili dia bawak ke klinik aku. Lelaki berumur 34 tahun, pernah kena TB dan dah 2 minggu demam dan sakit kepala. 3 hari ini dia mula meracau2 dan seperti hilang ingatan. Masa aku check, dia dah lalok dah. Demam 38 darjah, kaki tangan dah kejang. Aku suspect mungkin ada jangkitan kuman kat otak ataupun dia mungkin makan pil2 khayal. Aku tulis surat ke hospital dan label URGENT guna dakwat merah. Kalau kena hantar balik jugak aku tak tahulah. 5 orang datang bersama2nya. Susah jugak aku nak cover line. Bila aku cerita kat mereka pasal keadaan adik mereka, barulah mereka nampak lega sedikit.

Bila doktor2 baru ini kurang pengalaman, maka banyaklah kes2 yang mismanaged, missed diagnosis dan procedure performed with unacceptable complications. Pembedahan seperti buang appendiks jadi jangkitan kuman. Parut seinci boleh jadi 3-4 inci. Sejak aku meninggalkan hospital, banyak jugak aku dengar kes2 seperti di atas. Cubalah kita bayangkan, kalau hal2 tersebut berlaku kat sedara-mara kita. Apa perasaan kita? Doktor bukanlah Tuhan yang boleh menyembuh segala macam penyakit tetapi mereka sepatutnya mencuba sedaya-upaya mereka untuk membantu.

Aku tak faham dengan situasi politik dan pendidikan sekarang. Kalau di parlimen, mereka lebih mementingkan kuantiti berbanding kualiti. Menteri2 sibuk nak mengurangkan nisbah doktor:pesakit daripada 1:2000 kepada 1:500 menjelang tahun 2020. Itu kerja gila namanya. Rasanya satu hari nanti, doktor boleh takda kerja sebab dah ramai sangat dah.

Pada pendapat aku, jumlah kolej2 perubatan patut dikurangkan atau dikekalkan sahaja. Janganlah sana sini semua nak bukak medical college. Guru2nya datang daripada mana2 ntah. Untuk kursus2 praktikal, student dihumban aje kat mana2 hospital. Lepas tu kurang seliaan. Masa exam, semua lulus dengan mudah. Nak jaga imej kolej. Kalau ramai yang failed, nanti emak bapak mengaruklah pulak. Bila kena kerja kat hospital, satu hapa pun tak boleh buat. Bila kena hantar kat district hospital, tak berani nak buat decision.

Zaman aku belajar dulu, tahun ke 2 dah kena masuk wad. Belajar basic merawat pesakit dengan professor2 dan senior lecturer. Masa tu disiplin dan tertib kena jaga betul2. Kalau tidak, habis kena marah dengan profesor. Sepanjang 5 tahun belajar, selain di Hospital Universiti, aku kena buat training kat Hospital Klang, Hospital Banting, klinik2 kesihatan dan paling seronok buat kajian kat sekitar Balik Pulau dan Hospital Kulim. Sebab tu Universiti Malaya is still the best teaching center kat Malaysia. Kurikulumnya complete. Masa aku jadi houseman, ketua2 jabatan tak pernah risau dengan aku. Walaupun masih Houseman, aku boleh manage pesakit sendiri. Masa tu kalau hantar aku ke district hospital pun, aku dah berani buat keputusan sendiri.

Masa aku kerja kat hospital daerah dulu, wad aku jarang penuh. Aku tak suka simpan pesakit ramai2 kat wad. Kalau malam sebelum tu doktor2 on call penuhkan wad dengan pesakit2 baru, masa aku buat ward round aku dah plan apa nak buat kat pesakit2 aku. Biasanya dalam tempoh 24 jam, aku dah boleh agak apa akan berlaku kat pesakit2 aku. Biasanya aku akan inform kat pesakit dan waris nya tentang perkembangan kesihatan mereka. Ujian2 darah, keputusan pemeriksaan lanjutan seperti Ultrasound, x ray dan sebagainya aku boleh ingat dalam kepala. Tak payah susah2 nak belek2 fail pesakit setiap kali buat round. Ward round aku sekejap sahaja. Biasanya tak lebih sejam untuk 28 pesakit. Nurse2 kat wad selalu kena marah dengan aku sebab buat kerja lambat sangat. Aku cakap "aku satu doktor boleh ingat 28 pesakit aku tanpa perlu tengok fail pesakit, kenapa mereka 4 orang tak boleh ingat 7 pesakit mereka?"

Nak jadi doktor tak susah tetapi nak cari seorang doktor yang betul2 berjiwa doktor memang susah. Seorang doktor yang aku sangat2 hormati sampai sekarang ialah Mr Saw, pakar urologist yang pernah jadi boss aku sekejap. Dia memang very low profile. Sekali imbas, dia macam atendan hospital aje. Dia masuk kerja pukul 7.30 pagi dan balik pukul 6 petang. Kalau di bilik bedah, semua kerja2 atendan dia sanggup buat. Kalau dia nak sesuatu, dia mintak dengan hormat. Perkataan please, thank you tak pernah tertinggal dalam ayat2 dia. Aku cuba menjadi sepertinya. Dan alhamdulilah, aku tak pernah bangga diri menjadi seorang doktor. Semua orang aku layan sama rata. Tak kira apa bangsa, miskin kaya, tua muda, aku hormat mereka.

Semoga anak2 aku akan menjadi doktor sepertiku juga. Tidak hanya mementingkan wang ringgit dan status semata2.

2 ulasan:

  1. apa tindakan HO sendiri nk timba pengalaman klu satu wad dah terlalu ramai HO?

    BalasPadam
  2. Jangan kata medic bidang lain pun guru dipaksa luluskan pelajar sebab nak jaga KPI...

    BalasPadam