Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

17 Disember 2009

Aku dan Penyewa Baru Rumahku






Pada 1.12.2009, aku akhirnya berjaya menyuruh penyewa rumahku untuk keluar daripada rumah sewaannya. Kerana dia, aku hampir putus asa untuk menyewakan rumahku lagi. Kerana dia, aku dan wife sering bergaduh. Kerana dia, aku menjadi hilang hormat dan berani meninggikan suara kepada orang yang lebih tua. Aku dah malas nak fikir2 pasal cari penyewa baru dan rasanya aku nak cantikkan rumah itu dan jadikan rumah persinggahanku.

Sepanjang minggu ini, aku upahkan sedara aku untuk baik pulih rumah itu. Aku cat semula keseluruhan rumah luar dan dalam. Aku ganti mana2 mentol yang dah terbakar. Aku pasang kipas angin yang baru. Aku buang semua habuk2 yang tersangkut. Dalam sibuk mengecat rumah, rupa2nya dah ada orang yang berkenan. Hampir setiap hari dia lalu depan rumah dan akhirnya dia dapat call wife aku. Dia cukup excited nak menyewa rumahku. Janji asalnya 1.1.2010 tetapi dia forwardkan ke secepat mungkin. Kalau boleh hari ini jugak nak masuk barang.

Penyewa aku kali ini dah berkeluarga dan punya anak 4. Adik dia menyewa rumah sebelah rumah aku. Dia berniaga sendiri dan punya bisnes yang agak maju. Wife aku akhirnya berjaya memujuk aku untuk menyewakan rumah aku kepadanya. Bila dia dapat tahu aku setuju nak sewakan rumah itu kepadanya, dia terus ke Pontian untuk membeli perabot2 rumah.

Malam ini dia bayar deposit 2 bulan dan sewa sebulan tanpa kupinta. Ini bermakna pelaburan aku mengecat rumah dah mendapat pulangan. Alhamdulilah. Ada jugak income masuk setiap bulan selepas ini. Aku tengah merangka perjanjian bertulis dengan penyewa rumah baruku ini. Susah betul nak cipta ayat2 yang mudah nak faham.

3 ulasan:

  1. Alhamdulillah akhirnya semua okay. Mudah2an org penyewa kali ni tak meningkan kepala kan Yang.

    BalasPadam
  2. bagus tu doc..cari yang betul betul boleh bayar..satu lagi jangan kasi chance untuk tangguh bayar sewa walau sebulan..bila dah terkumpul banyak bulan,sure depa takkan bayar sebab sayang nak keluarkan skaligus duit banyak2..aku pun dah 2 bulan(nak masuk bulan ke3) penyewa kedai tu tak bayar sewa..katanya bisnes kedai makan dia tu kurang customer..acap kali pergi mintak,ada jer alasan..tunggu masa jer tuh..kita pulak yg kena bayar loan kat bank,dia duk sedap jer free..apa barang tuh...

    BalasPadam
  3. Zaq,
    kau pun kena macam aku jugak? Aku simpati kat kau. Memang tension giler dibuatnya...

    BalasPadam