31 Disember 2009

Antara keperluan dan kemahuan

Berikut adalah benda-benda yang aku telah beli sepanjang 2009. Hampir 90 % adalah kerana menurut kemahuan hati dan bukannya keperluan. Barang2 keperluan seperti baju, seluar, stokin dan kasut aku ketepikan demi memenuhi kemahuanku. Antaranya ialah:

1. Upgrade skirting Estima daripada fiber yang keras( bukan original) kepada PU yang lebih solid dan cun. Aku juga pasang signal cover untuk match dengan gaya terkini. Semuanya RM2.5K. Estima aku memang nampak lebih sporty dan garang berbanding keadaan asal.

2. Aku telah trade in kereta Proton Wira 1.5SE yang baru 2 tahun aku pakai dengan mileage kurang daripada 100K kepada Honda Accord 2.0 VTec. Aku kena bayar bank RM2K sebelum boleh trade in. Selepas dapat Accord, aku pasang pulak tinted, door visor, side step, front grille cover, floor mat dan Modulo skirting. Kereta berharga RM148K dan aksesorinya RM 5K. Bila terasa kepenatan atau tension selepas seharian melayan karenah pesakit, perasaan itu hilang serta-merta bila dapat masuk dan seterusnya memandu Accord pulang ke rumah.

3. Aku tambah satu lagi koleksi lensa kamera aku sekembalinya daripada konvokesyen wife di PWTC. Gambar2 yang diambil menggunakan kit lens tidak menepati citarasa. Apatahlagi bila tengok photographer lain yang datang dengan lens lebih canggih complete dengan lens hood, tripod, beg sandang dan diffuser. Aku beli lens Tamron F/2.8 17-55mm siap dengan lens protector dan monopod sekali. Sejak itu gambar2 yang aku ambil lebih sharp dan stabil serta memenuhi citarasaku. Semuanya berharga RM1450.

4. Aku beli satu lagi PSP untuk anakku sebagai hadiah kejayaan dalam UPSR. Ini bermakna anak bujang aku dah ada PSP sorang satu. Ada orang kata PSP melalaikan dan menyebabkan anak2 kurang memberi perhatian dalam pelajaran. Aku tak peduli orang nak kata apa tapi pendapatku, aku lebih suka tengok anak2ku bergolek2 dalam rumah main PSP banding mereka keluar rumah dan berjumpa kawan2 yang aku tak tahu apa mereka buat diluar sana. Sememangnya ada game yang terlalu ganas dan kejam. Tapi setakat game lumba kereta Need For Speed atau main bola sepak Football Manager dan PES 11 takda salahnya. Satu PSP lengkap dengan memory card 4GB dan akesesori yang lain berharga RM 625. Satu game berharga RM3 tetapi update software antara RM15-25.

5. Aku upgrade klinik aku tahun ini dengan memperbesarkan ruang menunggu dan bilik surgeri. Aku juga pasang tinted gelap kat cermin depan dan upgrade lampu2 sorot di ruang menunggu. Aircond bilik aku, aku tukar baru selepas yang lama mengalami kerosakan. Kesemuanya melebihi RM5K.

6. Tahun ini juga aku banyak berjalan2 dan membuang duit dengan tidur di hotel2 seperti di Johor Bahru, Kuala Lumpur, Bukit Merah dan juga Kluang. Semuanya kerana isteri dan anak2. Juga menghilangkan kebosanan sebab asyik bekerja aje. Entah bila dapat keluar negara pulak.

7. Aku juga banyak membuang duit dengan mengunjungi restoran2 yang menawarkan tempat yang lebih selesa sambil dihidangkan dengan makanan yang lebih sedap. Tahun ini sahaja dah lebih 10 kali aku berkunjung ke OLD TOWN WHITE COFFEE. Suasana yang selesa dan roti kering/kopi ais yang sedap menyebabkan aku tak jemu2 untuk datang kesana. Untuk tahun 2010, aku dah membeli Citizen Card mereka untuk mendapatkan diskaun.

8. Aku sering membuang duit membeli mainan budak2 seperti Robot Gundam, Zoid dan action figures yang lain untuk menambah koleksi di almariku. Ada orang kata perangai aku mengalahkan budak2 bila masuk kedai mainan tetapi itulah hobiku. Aku tak pernah buang duit dengan mengunjungi kelab2 golf atau menghisap rokok. Jadi, aku tak peduli orang nak kata apa.

Aku kehilangan Chombi ku(2)

Tahun 2009 rupa-rupanya berakhir dengan kesedihan dan tangisan. Aku kehilangan salah seorang ahli keluargaku. Tanpa menunjukkan sebarang perubahan atau kesakitan, Chombi meninggalkan keluargaku untuk selama2nya.

Rasanya petang semalam adalah kali terakhir aku melihatnya. Dah 2 hari aku tak keluarkan mereka dari sangkar mereka. Tapi aku tetap memberi mereka makan seperti biasa. Petang semalam pun rasanya dia sihat walafiat. Tak tunjuk pun tanda2 demam atau sakit.

Pagi ini masa aku nak pergi kerja, aku nampak dia letih, pucat dan menggigil. Lendir jernih keluar daripada mulutnya. Badannya terasa ringan, kejang dan tidak bermaya. Tindakbalasnya pun sangat lemah. Aku dah rasa sesuatu yang buruk akan berlaku. Maka, aku bawanya ke klinik sambil ditemani oleh anak2 aku.

Selepas merawat 2 pesakit, aku cuba merawatnya. Aku selimutkan dia dan cuba beri dia air menggunakan syringe tapi tidak menunjukkan perubahan. Aku terus bawak dia ke pejabat haiwan Kulai. Salah seorang pesakit aku ada bekerja di sana. Bila aku letakkan Chombi di atas meja rawatan, keadaannya semakin tenat. Nafasnya sudah perlahan dan dia langsung tidak memberi tindakbalas. Tak sampai 2 minit kemudian, dia mengalami kekejangan seperti sawan dan seterusnya dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Bila aku beritahu kat anak2ku bahawa Chombi dah meninggal, Ainaa dan Ameel terus lari ke kereta dan mula menangis. Bila aku tengok mereka menangis, aku pun turut sama mengeluarkan air mata. Kami seolah2 telah kehilangan seseorang yang sangat2 kami sayang.

Aku tak tahu apa sebab ini semua berlaku. Segala2nya terlalu pantas. Nak kata kena selsema, tak jugak. Cirit-birit atau muntah pun takda. Termakan racun pun rasanya tidak jugak. Pembantu pejabat haiwan tu jangka mungkin kena serangan virus kat otaknya. Tapi kenapa cepat sangat kesannya?

Antara 4 ekor adik-beradik, Chombilah yang paling aku sayang. Dia suka dibelai dan rajin menggesel2kan badannya kat aku. Kehilangannya memang terasa kerana kalau aku balik kerja dan tension dengan patient2 aku, aku akan pegang dan belai dia dulu. Bulunya yang tebal dengan tompok putih disekitar mulut dan dada menjadikannya tercantik antara adik-beradiknya.

Pagi ini aku berkabung. Selepas kematiannya, aku terus balik ke rumah. Takda mood nak masuk klinik. Sepanjang perjalanan, Ameel dan Ainaa tak henti2 menangis. Kierin selamba aje. Majlis pengkebumiannya pagi ini dijalankan penuh adat. Ainaa beri kain lampin yang selalu dipegangnya sebagai pembalut tubuhnya. Ameel memeluk erat Chombi sebelum aku semadikan di bawah pokok mempelam di lamanku. Ainaa turut siram air bunga atas kuburnya.

Selamat bersemadi Chombi ku. Terima kasih atas kenangan selama 6 bulan kau bersama kami.

"..kehidupan dunia itu sementara. Kematian itu pasti datang. Kenangan indah diabadikan.."

Aku kehilangan Chombi ku










28 Disember 2009

Aku dan persiapan naik sekolah

Minggu depan sessi persekolahan baru akan bermula. Menyediakan persiapan anak2 dah jadi semacam rutin bagi ibubapa sepertiku. Hujung tahun memang nak kena sediakan duit lebih sedikit untuk persiapan mereka. Kalau tahun2 sebelum ni, kakitangan kerajaan ada duit imbuhan atau bonus, tapi tahun ini Najib tak nak beri pulak. Tak cukup bagdet katanya.

Bagaimanapun, ada duit ke takda, ada bonus ke takda, persiapan anak2 nak kena sediakan jugak. Tahun depan 3 orang anak aku dah semakin membesar. Yang sulong naik tingkatan satu. Ainaa naik darjah empat dan Ameel naik darjah tiga. Budak2 sedang membesar, baju tahun2 lepas memang tak muat punya. Masing2 nak kena sediakan yang baru. Nasib baik Ameel ikut jejak langkah kakak dan abangnya. Jadi pengawas sekolah. Maka, baju2 abang dan kakak boleh dipakai untuk sementara.

Setiap kali persekolahan baru, masing2 nak pakaian seorang 3 pasang sekurang2nya. Sehelai baju jenama Canggih dah 29.90 ringgit. Beli banyak ke sikit ke, harganya sebegitu. Takda kurang. Takda tawar-menawar. Itu belum kira seluar panjang, kain dan stokin. Jugak kelengkapan sekolah ugama. Jenama Canggih memang sesuai dengan anak2 aku. Walaupun harganya agak tinggi tapi ianya berkualiti. Bila berkualiti, maksudnya tahan lama dan selesa dipakai. Nak membasuhnya senang, nak menggosoknya pun senang. Aku pernah try jenama lain yang lebih murah. Pakai memang tak selesa dan nak menggosoknya pun susah. Bila anak2 komplen tak selesa memakainya, takkan kita nak paksa pulak kan?

Budak2 sekarang memang pandai betul memilih. Kasut nak yang tapak merah, nak yang bertali, tak nak yang jenis itulah, tak suka yang jenis inilah. Kalau kat PLaza Angsana, sana-sini ada gerai jual kasut sekolah Converse. Memang ringan, lembut dan selesa. Tapi harganya RM79.90. sepasang. Tak boleh tawar walau sesen pun. Aku belum terfikir nak belikan anak aku kasut sekolah berharga 80 ringgit. Paling mahal 30 ringgit. Itu standard aku. Dulu masa aku sekolah rendah, pakai kasut getah aje. Tak sampai pun 5 ringgit harganya. Beg sekolah pun sama. Kalau dulu semua sibuk nak yang ada gambar kartun seperti Barbie, Batman, Ben 10 tapi sekarang tak lagi. Itu untuk budak2 kecik kata mereka. Yang ada kocek banyak pun tak nak. Beg yang boleh bertahan sampai hujung tahun harganya sekitar 50-70 ringgit. Kalau beli yang kurang 30 ringgit, bulan 6 nanti akan mintak yang baru.

Nasib baiklah wife aku cikgu sekolah. Alat2 tulis, buku2 latihan dan ulangkaji wife aku pandai pilih. Awal2 tahun nanti, ramailah penjual2 buku beri sampel buku2 kerja dan latihan kat wife untuk promote kat anak2 murid. Itu kira free. Kalau emak tak nak guna, anak2 boleh pakai.

Menjelang naik sekolah ni, anak2 bujang aku nak kena potong rambut. Kalau dulu masa dia orang kecik2 senang aje. Masuk kedai, cakap no 3 atau 4. Tak sampai 10 minit, dia mesin satu kepala. Tak payah pening2 nak fashion2. Sikat belah tepi, belah tengah, buat jambul. Tapi sejak mereka kenal ramai pemain bolasepak ni, rambut nak kena ada stail dan fashion. Mereka dah pandai guna gel dan minyak rambut. Jangan mimpilah nak potong no 3 atau no 4 lagi. Kalau potong, atas tak nak pendek sangat, sideburn nak biar panjang, nak ada jambul depan macam Beckham atau Fabregas. Jadi waktu barber tu potong, aku kena perhati betul2. Kan barber tu warga India? Perkataan melayu hanya berapa kerat yang dia faham. Kalau kita cakap dia mengangguk macam faham. Tapi nanti lain pulak jadinya. Kalau camtu, 2 hari 2 malam anak bujang aku muncung. Nak pergi sekolah pun takut kawan ejek. Fashion rambutnya tak memenuhi citarasa. Susah jadi bapak.

Waktu naik sekolah nanti, banyaklah borang2 yang nak kena isi. Tiap2 tahun asyik isi borang yang sama aje. Kan benda2 tu dah ada dalam rekod. Apasal nak kena isi semula? Bukannya tiap kali tukar tahun tahun, emak atau bapak tukar orang lain. Yang aku tak suka isi borang ialah hal2 peribadi pun nak tanya. Apa kaitan no fail cukai pendapatan dan pendapatan tahunan dengan biodata anak2 aku pun tak fahamlah. Yang mintak salinan bil air dan api pun ada. Mengalahkan nak buat pinjaman bank gamaknya.

Saat2 begini kadang2 terfikir gak. Alangkah seronoknya kalau takda anak2 kecik. Tak payah pening2 kepala. Tapi kalau difikir betul2, seronok ke bila takda anak ni? Tak ke rasa sepi dan sunyi hidup ini?

"...Anak2 itu bukan anugerah. Itu tanggungjawab..."

26 Disember 2009

Aku dan pemandu bas ekspress

Kematian 10 lagi penumpang bas ekspress awal pagi semalam menambah lagi statistik kematian jalan raya di Malaysia. Setiap kali ada kemalangan maut besar2an sebegini, setiap kali itulah timbul pelbagai cadangan untuk mengurangkannya. Selepas beberapa lama, hal itu senyap semula dan segala2nya balik kepada asal.

Untuk kejadian terbaru ini, tutup mata dan telinga pun aku boleh confirmkan yang salah adalah pemandunya. Bas itu baru dipakai 3 bulan, bas tu ada automatic speed limiter dan pemandunya baru sahaja bertukar dengan pemandu pertama. Alasan tertidur sekejap membuatkan aku rasa macam nak hempas aje tv depan mata aku. Nasib baik tv itu tv LCD 32" yang baru 2 tahun aku pakai. Kalau itu tv Panasonic 14 inci yang lama dan seberat 10 kg tu, memang lama dah jadi arwah. Pemandu sebeginilah yang patutnya dihumban dalam penjara. Bunuh pun adil sebab kerana dia, ramai orang yang mengalami kesusahan dan terpaksa menghadapi kesedihan akibat kematian yang sepatutnya boleh dielakkan. Dah tahu kau tu 2nd driver, masa 1st driver tengah drive, kau tidurlah dan rehatlah puas2. Ini asyik bergayut dengan handphone aje. Bila waktu giliran kau drive, kau pun nak tidur sama.

Sepatutnya gambar dan nama pemandu ini ditulis besar2 dalam suratkhabar. Biar dia dikenali. Biar dia rasa malu. Biar driver2 lain rasa lebih bertanggungjawab sikit. Bas canggih macamanapun, jalan raya lebar macamanapun tapi kalau pemandunya memandu macam sial, segala2nya langsung tak berguna. Menteri cakap apapun, takda siapa yang nak peduli.

Aku dah lama tak naik bas. Maklumlah, dah mampu berkereta dan bayar tol guna duit sendiri. Tapi zaman aku jadi student dulu, memang itulah pengangkutan asas aku. Menaiki bas ekspress KL-JB dah jadi rutin setiap kali cuti semester. Sesekali aku ada juga naik keretapi. Tapi waktu perjalanannya tak sesuai dengan timing aku. Keretapi ekspress masa tu tak berhenti kat stesen Kulai. Aku kena turun kat JB dan kemudiannya naik bas patah balik ke Kulai. Kalau naik keretapi mel biasa, memang murah. Tapi setiap stesen dia berhenti. Pukul 8 malam daripada KL, pukul 6 pagi baru sampai Kulai. Kat stesen Gemas kena tunggu lebih 1/2 jam sebab nak tunggu gerabak daripada Pantai Timur. Dan yang aku tak tahan ialah gerabaknya takda aircond dan tempat duduknya terhad. Kat tiket takda tulis nombor tempat duduk. Free seating. Kalau nasib baik, dapatlah tempat duduk. Kalau tidak, duduk atas lantai atau berdiri sepanjang perjalanan. Itulah nasib orang tak berduit. Nak naik keretapi ekspress, tambangnya sekali ganda berbanding kalau naik bas. Memang lebih selesa tetapi zaman itu, 10 ringgit pun ibarat 100 ringgit. Selagi boleh jimat, aku kena berjimat. Itulah nasib orang tak berduit.

Maka bas ekspresslah pilihan aku. Nak naik kapalterbang turun kat Senai hanya berlaku dalam mimpi sahaja. Rasanya timing atau jadual perjalanan bas2 ekspress aku boleh hafal dah. Yang paling famous masa tu ialah Transnasional. Aku selalu naik bas syarikat ini kerana basnya baru2, tempat duduknya selesa, aircondnya boleh adjust, basnya diselenggara dengan baik, sentiasa mengikut jadual dan driver basnya, kebanyakkannya baik2 dan berdisiplin. Kalau daripada Puduraya, aku suka naik yang mulakan perjalanan di tengah malam. Biasanya pukul 11.30 atau pukul 12 tengah malam. Masalahnya pukul 9 atau 10 malam, aku dah sampai kat Puduraya. Sebab aku kena naik bas mini untuk ke Puduraya. Lepas pukul 10, bas mini dah tidur dah. Sementara tunggu bas datang, aku kenalah hidu bau asap bas dan kenderaan lain kat sekitar Puduraya. Biasanya aku lepak2 dulu kat sekitar Central Market atau Bas Stand Klang. Tengok orang jual ubat kuat sambil dengar mat2 rock buat live show.

Kalau aku naik yang awal seperti jam 9.30 atau 10.30 malam, pukul 3.00 pagi dah sampai kat bus stand JB. Bas masuk kampung aku, pukul 7 pagi baru jalan. Jadinya, 4 jam termenung nak menunggu siang. Masa tu famili aku mana ada kereta. Takkanlah nak suruh bapak aku jemput aku naik motor kapcai dia pagi2 buta? Naik bas pukul 12 tengahmalam pun, kalau pemandunya bekas driver F1, pukul 4.30 pagi dah sampai JB. Dia tak kira jalan lurus ke bengkok ke, kereta banyak ke sikit ke, 120-140kmj dah kira rutin baginya.

Kalau nak balik ke KL, aku suka naik bas yang tengahari daripada Kulai. Lewat petang baru sampai kat KL. Bila travel sebelah siang, aku dapat tengok pemandangan. Kalau nasib baik, dapatlah duduk sebelah awek. Boleh sembang2. Tapi nasib aku tak pernahnya baik. Duduk sebelah nyonya atau aci selalulah. Turun kat Puduraya, aku terus ambik teksi ke UM. Maklumlah masa tu poket tengah tebal lagi. Setakat 8 ringgit bayar sewa teksi takdahallah. Lagipun, biasanya beg aku agak berat masa itu. Tak larat aku nak jalan kaki jauh2.

Tapi hairannya masa tu, jarang kedengaran bas2 ekspres yang terlibat dalam kemalangan. Kenapa ya? Dan Alhamdulilah sepanjang 7 tahun aku berulang-alik dari JB ke KL, aku tak pernah terlibat dalam kemalangan.

Anak2 zaman sekarang untung sangat2. Nak kemana2 ada kereta dan driver tolong hantarkan. Kalau tak dapat nak hantar, tiket keretapi ekspress atau kapalterbang, ayah belikan. Anak yang lebih bernasib baik, baru jadi student matriks ayah dah belikan sebiji kereta untuk kegunaan sendiri. Alangkah beruntungnya anak2 sekarang. Syahdu syahdu...

Antara sikap2 buruk pemandu bas yang aku selalu perhatikan ialah:
1. Memandu laju dan secara melulu.
2. Memandu sambil cakap guna handphone.
3. Menghisap rokok dalam bas berhawa dingin.
4. Bukak radio atau tv kuat2.
5. Berhenti atau rehat ikut suka.
6. Tidak menghormati penumpang.

Rasanya hanya segelintir pemandu bas yang bersikap begini. Terutamanya yang baru bekerja dan kurang berpengalaman. Pemandu2 yang senior biasanya lebih bertanggungjawab dan berhemah. Apatahlagi jika dah berpuluh tahun melalui jalan2 yang sama. Rasanya tutup mata pun dia dah ingat segala tempat yang ada lopak, ada lubang dan ada speed trap. Menyalahkan sepenuhnya kepada pemandu adalah tidak adil sekiranya pemilik syarikat2 bas hanya mementingkan keuntungan tanpa menjaga kebajikan pemandu. Pemandu bas sepatutnya kena kerja macam pilot kapalterbang. Ada waktu kerja yang seimbang dengan waktu rehatnya.

Apa2pun, selagi manusia bernama manusia, takdir, hidup dan mati adalah ditangan Tuhan.

24 Disember 2009

Aku dan locum doctor

Locum doctor bermaksud doktor sambilan atau part time. Locum tu istilah luar negara yang telah selalu diguna pakai disini. Masa aku kerja di kerajaan dulu, aku kena selalu buat locum untuk menampung kehidupan yang selalu kesempitan. Nak harap gaji kerja kerajaan mana cukup masa itu. Sebenarnya kalau aku sebagai kakitangan kerajaan, aku tak boleh buat kerja2 sambilan seperti itu tetapi disebabkan ramai yang buat, kerajaan buat2 tak tahu sahaja. Selagi ianya tidak menjejaskan kerja2 di hospital, pengarah hospital buat2 tak nampak aje.

Selain faktor kewangan, aku buat locum untuk mencari pengalaman baru. Satu hari bila aku dah bersedia untuk bukak klinik sendiri, taklah panik atau pening bila nak manage klinik sendiri. Aku memang dah target tak nak sambung belajar. Cukup masa aku nak bukak klinik sendiri. Jadi sepanjang bekerja di hospital, aku memang sentiasa membuat persediaan dan perancangan ke arah itu.

Masa aku jadi houseman di Muar, ramai member2 sebaya yang giler buat locum. Pantang tak on call, jadual locum dah susun cantik punya. Malam ini kat klinik ini, malam esok kat klinik ini pulak. Begitulah seterusnya. Walaupun bayarannya cuma 25 ringgit sejam masa itu, ianya dah cukup banyak berbanding 20 ringgit sehari jika on call di hospital. Aku tak berkesempatan buat locum masa houseman kerana semua tempat dah dipenuhi oleh MO2 yang bekerja di klinik2 kesihatan. Aku ingat lagi masa aku konvokesyen. Houseman2 yang kerja kat JB semuanya datang dengan handphone nipis2 dan ada yang dah ada kereta sendiri. Itu semua duit locum. Dan aku, habuk pun tarak. Maklumlah masa tu aku belum dapat gaji lagi. Kerja baru 2 bulan.

Bila aku pindah ke JB, peluang nak buat locum terbuka luas. Setiap hari ada aje klinik swasta call cari doktor untuk buat locum. Masa aku kerja secara shift di Unit Kecemasan paling best sekali. Kalau shift pagi habis pukul 2 petang, sebelah petang atau malamnya, aku pergi buat locum. Kalau kena shift malam, pagi tak terus balik rumah. Pergi buat locum dulu. Dapt buat locum kat klinik2 baru lagi best. Makan gaji buta aje sebab patient takda. Masa tu, mana2 tempat aku pergi. Janji masuk 30 ringgit sejam dah kira bagus dah. Tapi bila aku kena pindah ke Unit Urologi, jadual locum aku agak terhad. Di Unit ini aku kena on call atau standby call 7 hari straight. Dalam tempoh 7 hari itu, aku terikat dengan pager. Bila2 masa hospital boleh panggil aku. Masuk bulan ke dua, aku dah tak tahan. Minyak kereta kena bayar, bil telefon kena bayar, claim on call tak dapat2. Jadi masa aku on call pun aku buat locum jugak. Kerajaan bukannya kira aku ada duit ke tidak. Dapur nak berasap jugak, anak nak kena belikan lampin dan susu jugak. Tapi sepanjang aku buat locum, tanggungjawab di hospital aku tak pernah abaikan. Takda patient aku yang mati kerana aku sibuk buat locum. Takda.

Bila aku dapat pindah daripada JB ke Kulai, hanya satu tempat sahaja yang aku selalu buat locum. Klinik abang ipar aku. Setiap hujung minggu bila aku tak on call, abang ipar aku suruh aku ganti dia sepanjang hari. Kalau dia nak bercuti panjang, aku pun turut bercuti jugak. Dia pergi jalan2, aku kena kerja kat klinik dia. Masa tu hidup agak mewah jugak. Kereta Iswara boleh terus upgrade ke Perdana. Masa aku habiskan cuti 2 bulan sebelum apply unpaid leave, aku jadi raja locum. Kerja selang sehari sahaja. Tapi gaji yang aku dapat macam kerja kerajaan 4 bulan. Kerja ikut mood. Kalau rasa malas atau nak jalan2, aku tak pergi kerja. Kalau duit takda, aku locum 9 pagi sampai 10 malam. 300 ringgit senang2 masuk poket sehari.

Bila dah kerja sendiri, lain pulak ceritanya. Sepanjang 7 tahun yang lepas, aku kerja sendiri di klinik sendiri. Hanya 2 orang yang pernah buat locum kat klinik aku. Itupun sebab aku terpaksa tinggalkan klinik. Kalau tidak, sepanjang 7 tahun ini, muka aku ajelah yang ada. Aku tak mudah percaya dengan doktor2 baru ni. Berat rasa hati nak biarkan doktor2 yang aku tak kenal merawat pesakit2 aku. Ada beberapa doktor freelancer yang offer nak buat locum kat klinik aku. Selidik punya selidik, semuanya takda kelulusan yang diiktiraf. Sijil Amalan Tahunan (APC) ntah ada ntah tidak. Jadi, kalau aku rasa aku nak pergi mana2, aku tutup aje klinik. Aku tampal notis awal2 kat kaunter depan supaya patient2 aku tak marah. Aku pernah tampal notis kat luar klinik. Ada yang menambah " Asyik cuti aje...". Sejak tu aku dah tak tampal notis lagi dah.

Sekarang ni pun, doktor2 kat hospital kerajaan pun dah pandai demand. Kalau sejam 30-35 ringgit, mereka dah tak pandang. Locum kat klinik kerajaan boleh dapat 80 ringgit sejam. Lagipun gaji masing2 dah besar. Mereka dah tak desperate dan sengkek macam zaman aku dulu.

Mencari dan memilih doktor yang berkelayakan sebagai ganti agak susah. Aku ada standard atau benchmark aku sendiri. Kalau setakat ada MBBS atau MD masih tak cukup bagi aku. Doktor bukan setakat tanya sakit apa, pegang2, check BP dan kemudian beri ubat. Kalau camtu, aku boleh panggil MA atau Pembantu Perubatan yang senior2 kat hospital sana. Mereka lebih berpengalaman banding doktor2 baru yang ada degree. Yang susah ialah nak cari doktor yang ada communicating skills dan yang penting human touch. Aku masih belum menjumpainya.

Selagi aku belum jumpa doktor2 yang berkelayakan, selagi itulah aku akan setia menanti pesakit2 aku di klinik aku. Semoga salah seorang daripada anakku boleh menjadi penggantiku nanti.

23 Disember 2009

Aku dan janji tahun baru

Bahawasanya saya dengan ini berjanji dan berikrar untuk mengubah diri menjelang 2010. Saya berjanji dengan penuh keazaman untuk melaksanakan azam dan ikrar2 saya ini.

1. Saya akan cuba menjadi seorang lelaki, seorang anak, seorang suami, seorang doktor dan seorang ayah yang lebih baik. Saya akan cuba untuk melaksanakan segala tanggungjawab dengan penuh dedikasi. Jika saya gagal, saya akan memberikan semua bonus tahunan saya kepada isteri dan anak2 saya.

2. Saya berjanji untuk mengurangkan makan seterusnya menurunkan berat badan saya sekitar 76-78 kg. Berat saya sekarang dah lebih 80kg disebabkan oleh makan sedap di rumah setiap hari. Saya juga berjanji akan mengurangkan masa bersembang2 di warung2 mamak juga Old Town White Coffee. Jika berat saya melebih 85kg, saya akan mendaftarkan diri saya untuk menyertai program The Biggest Loser Asia untuk sessi akan datang.

3. Saya berjanji untuk mencukupkan sembahyang yang wajib juga tak nak ponteng2 sembahyang Jumaat. Saya juga akan cuba untuk selalu pergi ke masjid untuk sembahyang berjemaah.

4. Saya berjanji untuk menahan diri daripada membeli barang2 yang bukan keperluan. Saya akan cuba untuk menambahkan tabungan dan mengurangkan pembaziran. Jika saya dapat menyimpan lebih daripada xx ribu tahun depan, barulah saya akan membeli barang2 yang saya mahukan.

5. Saya berjanji tidak akan membeli handphone baru, home theater yang baru dan lensa kamera yang baru. Saya juga berjanji tidak akan menukar sport rim kereta2 saya. Saya juga berjanji tidak akan membelikan PSP atau Wii console untuk anak2 saya. Saya akan mencuba sedaya upaya saya untuk tidak terpengaruh dengan iklan2 atau godaan nafsu.

6. Saya akan cuba menepati masa dengan datang awal ke klinik setiap hari. Saya juga akan mengurangkan cuti hujung2 minggu dan melebihkan bekerja.

7. Saya akan membawa keluarga saya bercuti sama ada ke Bukit Gambang atau Tambun tahun depan. Saya juga akan melapangkan masa untuk bercuti ke Pantai Timur seperti yang telah di rancangkan.

8. Saya berjanji tidak akan mudah naik angin kepada staf2 saya yang kerja main2 dan sambil lewa. Saya juga berjanji tidak akan mudah marah kepada pesakit2 yang suka ambik MC, pesakit2 yang tak reti bahasa terutamanya warga2 asing yang malas nak kerja dan menjadikan klinik sebagai tempat meminta belas ehsan.

9. Saya berjanji akan terus setia kepada isteri yang satu dan anak2 yang tiga. Saya tidak akan menambah apa2 yang ada.

10. Saya akan cuba berpakaian lebih profesional semasa bekerja. Saya akan cuba untuk tidak memakai jeans, t-shirt, sandal atau kasut sukan semasa pergi bekerja.

Demikianlah janji2 dan azam2 saya untuk tahun depan. Sekian.

Aku dan "JUNCTION - Demi Cinta Setia"

22 Disember 2009

Aku dan minggu bersejarah


Minggu ini banyak sejarah telah tercipta. Antaranya:

1. Nama aku dan anak aku dapat masuk suratkhabar Mingguan Malaysia. Sekolah anak aku adalah sekolah angkat kepada TNB. Setiap tahun TNB beri dana 20 ribu ringgit kat sekolah anak aku sebagai bantuan untuk kecemerlangan pelajar2 yang akan menduduki UPSR. Program PINTAR TNB ini telah beberapa tahun dijalankan dan sekolah anak aku terpilih kerana ramai anak2 pekerja TNB yang belajar di sekolah ini. Setiap tahun, nama2 sekolah dan murid2 yang berjaya mendapat 5A akan dipaparkan di suratkhabar. Walaupun ianya tak sebesar mana tapi syok jugak tengok nama sendiri terpampang dalam akhbar. Hanya beberapa kerat orang/sedara yang perasan.

2. Tanpa berbuat apa2, Jabatan Hasil atau Income Tax hantar surat menyatakan aku pernah terlebih bayar income tax. Jadi dalam beberapa hari ini aku akan menerima cek lebihan bayaran aku itu. Seingat aku, aku tak pernah pun terlebih atau terkurang bayaran. Kalau akauntan kata 10 ribu, aku bayar 10 ribu. Tak lebih, tak kurang. Fikir punya fikir punya fikir, rasanya masa aku kerja kat kerajaan dulu agaknya. Padanlah beberapa hari ini tapak tangan aku asyik gatal aje...

3. Dah lama aku tak pasang IV drip. IV drip ialah rawatan memasukkan air kedalam salur darah pesakit. Akhir sekali aku pasang IV drip ialah masa kat hospital dulu. Dah lebih 7 tahun aku tinggalkan. Pagi2 lagi Ezanee hantar SMS kat aku. Nak suruh aku tengok2kan maid dia yang asyik sakit macam2. Sakit orang malas agaknya. Jadi, pagi tadi aku gilap balik skil aku. Nasib baik sekali cucuk dah dapat masuk urat. Kalau masa medical student dulu, ini dah kira kejayaan besar. Kena celebrate dengan belanja kawan2 makan aiskrim kat McD.

4. Pukul 4 pagi tadi, alarm rumah aku berbunyi. Dah 4 tahun pasang, inilah pertama kali ianya berbunyi. Aku dah panik giler ingat ada penyamun datang. Check sana check sini rupa2nya alarm yang rosak. Pagi tadi bila panggil technician, dia kata wayar depan pintu dah kena gigit dengan tikus. Sebab tu aku tak boleh nak padamkan alarm tu. Kena tunggu 10 minit, baru alarm tu mati sendiri. Aku kesian kat jiran2 aku. Sure tension giler. Pukul 4 pagi beb...

5. Semalam aku ada satu patient. Untie berumur 63 tahun. Dia datang ke klinik dihantar oleh jirannya. Anak/sedara-maranya tak pernah kulihat. Ini kali ke dua dia datang ke klinik aku. Kali pertama dia datang, dia mintak injection untuk gatal2 di kakinya. Dia tak nak makan ubat. Lambat katanya. Kali ini pun sama. Dia datang bersendirian. Kali ini dia mengadu sakit pinggang dan sakit lutut. Seperti kali pertama, dia tak mahu makan ubat. Dia nak jarum jugak. Seperti biasa aku beri injection IM Voren 50mg. Lepas injection dia jalan keluar macam biasa. Masuk ke kereta pun macam biasa. Selang 10 minit, jiran yang membawanya panggil aku. Untie tu dah pengsan dalam kereta.

Bila aku check, untie tu memang dah pengsan. Masih bernafas dan ada tindakbalas dalam anak matanya. Aku panggil2 langsung tak menyahut. Aku terus suruh jiran dia bawak ke hospital. Masa aku call hospital kali pertama, untie tu masih tak sedarkan diri. Mereka pun terkejut jugak. Mereka pasang IV drip, beri oksigen dan monitor BP/Sugar level. Kali kedua aku call, untie tu dah mula sedar. BP dah stabil dan O2 saturationnya 100%.

Menurut rekod hospital, untie tu pernah kena perkara yang sama selepas dapat injection di hospital. Nak kata allergik ubat, jarak masanya terlalu cepat. Setakat bengkak2 muka dan gatal2 kulit aku biasa jumpa tapi yang terus pengsan, inilah pertama kali. Pengalaman cukup berharga bagiku.

6. Pengurus pasukan Manchester City kena pecat walaupun menang 4-3 dengan Sunderland. Aku tengah tunggu bila pengurus Liverpool akan kena pecat.

19 Disember 2009

Aku dan draf perjanjian

PERJANJIAN SEWA PREMIS:

  1. Perjanjian ini adalah antara pemilik premis dan penyewa premis.
  2. Premis adalah sebuah rumah banglo 3 tingkat yang beralamat di Damansara Heights.
  3. Perjanjian ini adalah selama 3 tahun bermula pada 1.1.2010 dan akan tamat pada 31.12.2012.
  4. Dalam tempoh perjanjian ini:
  • Pemilik akan menyerahkan hak penjagaan premis kepada penyewa.
  • Pemilik tiada hak untuk memasuki premis tanpa kebenaran penyewa tetapi boleh meminta untuk melawat premis dari masa ke semasa dengan izin penyewa.
  • Pemilik tiada hak untuk meminta penyewa mengosongkan premis selagi penyewa membayar sewa seperti ditetapkan.
  • Pemilik tidak akan menjual premis kepada oranglain tanpa izin penyewa.
  • Cukai Tanah dan Cukai Harta tahunan akan dibayar oleh pemilik.
5. Dalam tempoh perjanjian ini juga:
  • Penyewa akan membayar sewa premis sebanyak RM3000 setiap bulan.
  • Penyewa akan menyempurnakan bayaran sewa premis bulanan sebelum 30hb setiap bulan.
  • Walauapapun keadaannya, sewa bulanan hendaklah dibayar dalam tempoh ditetapkan tanpa gagal.
  • Penyewa akan menggunakan premis sebagai tempat tinggal sahaja dan bukannya untuk tujuan2 lain seperti menjadikan stor barangan, tempat berniaga, tempat maksiat atau melakukan aktiviti2 jenayah.
  • Penyewa tidak akan melakukan ubah suai premis tanpa kebenaran pemilik.
  • Penyewa akan sentiasa menjaga kebersihan persekitaran premis.
  • Bil2 utiliti akan dibayar oleh penyewa. Sekiranya berlaku pemotongan bekalan akibat bil2 yang tertunggak, penyewa perlu bertanggungjawab atas kos penyambungan semula.
6. Sekiranya bayaran sewa bulanan tertangguh lebih daripada 2 bulan, perjanjian ini akan dikira terbatal secara automatik. Sekiranya ini berlaku:
  • Pemilik berhak untuk meminta penyewa mengosongkan premis dengan serta-merta.
  • Pemilik berhak untuk memasuki premis tanpa kebenaran penyewa.
  • Pemilik berhak menyita premis dan menghalang penyewa daripada memasuki premis.
7. Penyewa perlu memaklumkan kepada pemilik 2 bulan lebih awal sekiranya penyewa berhasrat untuk mengosongkan premis sebelum tamat tempoh perjanjian.

8. 2 bulan sebelum perjanjian ini tamat, pemilik dan penyewa akan berbincang untuk membuat perjanjian baru. Sewa premis akan dinaikkan sebanyak 10% selepas tamat tempoh perjanjian ini.

Aku di Prime City Kluang (2)










Aku di Prime City Kluang

2 minggu kebelakangan ini aku cukup sibuk. Urusan di klinik, urusan jaga anak bila wife ke kelas dan juga urusan baikpulih rumah lama aku. Semalam, aku serah kunci rumah kepada penyewa baru aku. Selepas terkena sekali, kali ini aku waspada sikit. Kali ini aku buat perjanjian hitam putih. Nanti aku uploadkan draf perjanjian itu. InsyaAllah, penyewa kali ini berhemah sikit. Lebih rajin bekerja dan juga lebih ramah. Belum apa2 dah sibuk tanya nak beli rumah itu. Aku cakap boleh difikir2kan jika kena dengan harganya. Satu lagi, dia pemilik Estima juga. Kalau free boleh ajak dia join perjumpaan MEOG. Dia pakai Estima Aeras S dengan hampir full accesories termasuk rim 17".

Lepas majlis serah kunci, aku ajak famili Abang Shafiq yang telah bersusah payah menolong baikpulih rumah aku untuk sarapan pagi /lunch di Old Town White Coffee. Masing2 tengah kelaparan jadi semuanya habis licin. Lepas Jumaat, aku dan famili check in di Prime City Hotel Kluang. Tempat lepak favorite aku.

Sejak minggu lepas aku dah survey semua tempat percutian. Hotel2 di Melaka semuanya penuh. Begitu juga dengan Port Dickson dan Putrajaya. Jadi bila dah takda pilihan,di hotel inilah tempat yang paling sesuai untuk aku merehatkan badan dan fikiran. Masa aku booking bilik pun, mereka dah ada rekod aku dah. Hampir setiap tahun aku pasti menginap di sini. Dengan menggunakan taraf kakitangan kerajaan wife, aku dapat diskaun 30%. Bilik famili dengan 2 katil besar, free breakfast, free welcome drink, free morning newspaper, free parking dan unlimited internet access. Semuanya dibawah 250 ringgit.

Juga 10 sebab kenapa aku suka ke Kluang:
1. Jarak perjalanan yang kurang daripada sejam melalui highway. Tol RM7.50 dan minyak RM10.00 seperjalanan.
2. Wife senang nak shopping sebab Uda Ocean dan yang terbaru Parkson Grand hanya disebelah hotel.
3. Aku dan anak2 bujang aku boleh tengok wayang kat MBO Kluang Parade.
4. Anak2 aku senang nak download game PSP yang baru.
5. Aku boleh tambah koleksi mainan Naruto aku.
6. Aku dan famili boleh berendam dalam kolam tanpa had.
7. Famili senang nak makan hidangan2 kegemaran di Restoran 2CT yang terletak kira2 5 minit perjalanan daripada hotel.
8. Balik daripada Kluang boleh singgah rumah emak dan emak mertua.
9. Mengembalikan nostalgia ketika belajar di Sek Men Sains Johor dulu.
10. Jalan2 di sekitar Kluang dah familiar sangat dengan aku. Tak payah guna GPS dah.

Disebabkan aku dah ada rekod kat hotel ini, urusan check in tak sampai 5 minit. Lepas dapat bilik, aku turun ke Bistro Cafe untuk redeem kupon. Free Welcome Drink. Anak2 order Nasi Goreng Kampung beserta Ayam Goreng manakala aku try Rojak Petis. Duduk sembang2 sambil layan internet kat Coffee House memang terasa macam orang kaya pulak. Kalau dulu tempat2 camni aku takut nak masuk, sekarang ni semua tempat aku redah. Cuma yang aku bengang ialah ada makhluk lain yang kurang ajar. Dalam restoran berhawa dingin pun nak hisap rokok jugak. Pantang betul aku...

Bila dah kenyang, aku dan famili berjalan kaki ke Kluang Parade. Mula2 aku ke MBO untuk booking tiket wayang manakala wife dah sangkut kat jualan pembukaan Parkson Grand yang bermula semalam. Terbang jugak beratus2 ringgit sebab beli peralatan dapur ala-ala Vantage yang dijual murah. Aku redeem Bonuslink point yang dah 3 tahun aku kumpul. Dapat tukar ke baucer Parkson bernilai RM60.00. Wife beli lagi mangkuk Vantage. Wife siap pesan lepas ni kena beli minyak Shell selalu. Boleh kumpul lebih mata. Boleh beli lebih banyak pinggan mangkuk.

Aku pula terbeli External HD Seagate 320GB dan Antivirus Kaspersky yang selama ini aku cari. Pukul 7 malam, balik ke bilik sekejap sebelum pergi makan malam di restoran kegemaran aku. Juga dengan berjalan kaki sahaja. Masakan kali ini cukup2 menyelerakan. Siakap Tiga Rasa, Sotong Masam Manis, Tomyam dan Kailan Ikan Masin. Layanannya pantas dan cekap. Kalau ke Kluang, memang rugi kalau tak singgah kat restoran ini.

Pukul 9.20 malam, aku bergegas jalan kaki ke panggung wayang. Pening jugak nak cari jalan dan eskalator di dalam Kluang Parade. Bila masuk wayang dah start. Ada Cina couple dah curi tempat duduk aku. Langsung takda kata sorry bila aku terkial2 cari tempat duduk aku. Apa2pun, wayang Avatar memang lain daripada yang lain. Aku dan anak2 sangat2 puashati dengan jalan ceritanya dan visual effectnya. Patutlah The Star beri 4 bintang. Memang nak kena tengok lagi kat panggung yang lebih canggih. Baru puashati.

Pukul 12.15, aku keluar daripada panggung. Juga sesat dan tak jumpa jalan keluar bila semua pintu dan dimangga. Akhirnya aku ikut laluan kereta. Barulah dapat jalan balik. Sampai kat depan lif, ada satu Cina baru keluar lif. Mangkuk ayun tu hisap rokok dalam lif. Bila kami masuk, menahan nafas sampai tingkat 10. Tak faham betul aku dengan makhluk2 perokok ni. Signboard besar2 pun masih tak nampak. Memang patutlah perokok ramai yang cepat mampus. Aku bukan anti rokok. Aku anti perokok yang tak tahu adap dan sivik.

Jumpa lagi...

17 Disember 2009

Aku dan Maal Hijrah

Kehadiran tahun baru 1431 Hijrah disambut dengan menjerit2 keseronokan di depan tv bila mana pasukan bolasepak Malaysia menang pingat emas di Sukan SEA Laos. Dah lama aku tak rasa keseronokan tengok team Malaysia main bolasepak. Biasanya lebih kepada rasa geram dan malu bila pasukan Malaysia main macam budak sekolah rendah. Skuad bimbingan K.Rajagopal kali ini dibarisi oleh pemain2 muda yang bersemangat waja. Mereka tak putus asa, rajin mengejar bola dan sentiasa bersemangat dalam mengawal permainan seterusnya ingin memenangi perlawanan.

Masa babak pertama, aku tengok perlawanan di warung mamak bersama ramai lagi penyokong Malaysia. Walaupun kerap diasak dengan serangan berbahaya Vietnam, pertahanan pasukan Malaysia cukup gagah dan tenang mengawal permainan. Hanya sesekali Malaysia dapat melakukan serangan balas. Tamat permainan separuh masa, Vietnam gagal menjaringkan gol.

Masuk babak kedua, aku dah sampai kat rumah. Team Malaysia nampak lebih kemas dalam mengatur serangan. Larian2 pantas dan tendangan2 bertenaga berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan Vietnam. Bila goalkeeper Vietnam mengalami kecederaan dibahu, aku rasa tambah yakin bahawa Malaysia boleh menang. Kira2 10 minit sebelum perlawanan tamat, Malaysia akhirnya berjaya menjaringkan satu gol.

Bila wisel penamat ditiupkan, aku rasa cukup teruja dan bangga. Penantian 20 tahun Malaysia untuk memiliki pingat emas Sukan SEA akhirnya berakhir jua. Tahniah kepada pasukan Malaysia. Selepas ini aku nak suruh anak2 aku mengenali pemain2 kebanggaan Malaysia seperti penjaga golnya, Mohd Harbinee Allawee(Terengganu), pemain2 pertahanan Aidil Zakuan(N9), Sabree Abu, Muslim Ahmad(Harimau Muda) dan Nasriq Baharom(Selangor). Juga midfielders yang tak henti2 berlari mengejar bola seperti Baddrol Bakhtiar(Kedah), Safiq Rahim(Selangor), Gurusamy(Harimau Muda) dan Kunalan(N9). Dan akhir sekali strikers hebat Sharul Ildlan, Fakri Saarani dan Zakuan Abdul Razak.

Salam Maal Hijrah untuk anda semua!

Aku dan penyewa rumah






Pada 1.12.2009, aku akhirnya berjaya menyuruh penyewa rumahku untuk keluar daripada rumah sewaannya. Kerana dia, aku hampir putus asa untuk menyewakan rumahku lagi. Kerana dia, aku dan wife sering bergaduh. Kerana dia, aku menjadi hilang hormat dan berani meninggikan suara kepada orang yang lebih tua. Aku dah malas nak fikir2 pasal cari penyewa baru dan rasanya aku nak cantikkan rumah itu dan jadikan rumah persinggahanku.

Sepanjang minggu ini, aku upahkan sedara aku untuk baik pulih rumah itu. Aku cat semula keseluruhan rumah luar dan dalam. Aku ganti mana2 mentol yang dah terbakar. Aku pasang kipas angin yang baru. Aku buang semua habuk2 yang tersangkut. Dalam sibuk mengecat rumah, rupa2nya dah ada orang yang berkenan. Hampir setiap hari dia lalu depan rumah dan akhirnya dia dapat call wife aku. Dia cukup excited nak menyewa rumahku. Janji asalnya 1.1.2010 tetapi dia forwardkan ke secepat mungkin. Kalau boleh hari ini jugak nak masuk barang.

Penyewa aku kali ini dah berkeluarga dan punya anak 4. Adik dia menyewa rumah sebelah rumah aku. Dia berniaga sendiri dan punya bisnes yang agak maju. Wife aku akhirnya berjaya memujuk aku untuk menyewakan rumah aku kepadanya. Bila dia dapat tahu aku setuju nak sewakan rumah itu kepadanya, dia terus ke Pontian untuk membeli perabot2 rumah.

Malam ini dia bayar deposit 2 bulan dan sewa sebulan tanpa kupinta. Ini bermakna pelaburan aku mengecat rumah dah mendapat pulangan. Alhamdulilah. Ada jugak income masuk setiap bulan selepas ini. Aku tengah merangka perjanjian bertulis dengan penyewa rumah baruku ini. Susah betul nak cipta ayat2 yang mudah nak faham.

15 Disember 2009

Aku dan junior doktor

Kebelakangan ini, suratkhabar sibuk memperkatakan tentang lambakan doktor2 baru atau houseman di wad2 hospital2 kerajaan. Beberapa senior doctor termasuk specialist ada meluahkan pendapat mereka tentang hal ini dan sampai sekarang tiada respons daripada pihak kementerian. Sepatutnya ada MP bawak perkara ini ke parlimen. Biar mengelabah sikit Menteri Kesihatan nak jawab.

Pada amnya, selepas seseorang itu lulus Sarjana Muda Perubatan iaitu selepas belajar sekurang2nya 5 tahun, mereka belum boleh merawat pesakit dan dipanggil doktor sebenarnya. Ikut undang2 di Malaysia, semua doktor2 baru grad perlu buat training housemanship selama dua tahun di mana2 hospital besar di Malaysia. Mereka biasanya diletakkan dibawah pengawasan pakar2, diberi tunjuk ajar dan latihan amali sebelum boleh mendaftar dengan Malaysian Medical Council. Selepas setiap pakar mengesahkan bahawa doktor tu selamat dan boleh bekerja sendiri, barulah jawatannya disahkan dan barulah dia boleh memegang title doktor dan merawat pesakit dimana sahaja di dalam Malaysia. Andaikata lulusan tu dapat ijazah daripada universiti2 yang tidak diiktiraf oleh MMC, dia kena mengambil exam semula dimana2 universiti yang diiktiraf dan kalau lulus barulah boleh mengikuti latihan housemanship. Kalau tidak, kena ulang ambik periksa sampai lulus. Itupun kalau luluslah...

Sebenarnya, nak tahu layak ke tidak senang sahaja. Letak doktor baru tu kat Unit Kecemasan mana2 hospital daerah. Kalau dia boleh manage semua kes2 kecemasan dan semi kecemasan tanpa bantuan sesiapa, itu dah kira layak dah. Tapi kalau lepas tengok satu kes, terus hilang atau kena bukak buku dulu atau sibuk bertanya kat doktor2 lain atau semua kes simpan kat wad, itu memang belum layak lagi dah.

Zaman sekarang tak susah nak jadi doktor. Ada duit semua jadi. Kat Malaysia dah lebih 20 private college yang ada buat course Medik. Zaman aku dulu cuma ada 3 U aje yang ada course Medik iaitu UM, UKM dan USM. Kalau nak jugak buat medik, kena ke India atau Indonesia. La ni, aliran Sastera pun boleh buat Medik. Janji ada duit. Sebab tu ramai anak2 datuk yang dapat jadi doktor. Tak susah, bayar 250 ribu dan hantar anak ke India. Cukup 5 tahun ,balik dah ada degree. Macamana boleh lulus, aku tak nak cerita. Masa training jadi Houseman, barulah tahu susah senangnya nak jadi doktor. Nak ambik darah pun mengelabah. Clerking case macam budak sekolah rendah. Diagnosis takda. Investigation ikut buku teks. Semua ujian diambilnya. Masa kena on call, asyik nak mengelak aje.

Dengan 20 universiti kerajaan dan swasta mengeluarkan lebih 2000 doktor setahun, telah berlaku lambakan doktor2 baru atau houseman di wad2. Kalau dulu, satu wad 28 katil cuma ada 2-3 houseman, sekarang ni satu wad boleh ada 10 houseman. Kalau dulu selang sehari kena on call, la ni seminggu sekali pun payah. MO dan Specialist lebih banyak buat on call banding houseman. Kalau camni, habis terbalik hospital2 daerah bila doktor2 baru tu datang. Nama aje junior MO, tapi knowledge macam medical student. Semua benda tak tahu buat.

Masa aku kat govt dulu, aku pernah terima satu junior MO. Habis buat training houseman kat Hospital Universiti Kuala Lumpur terus dihantar ke district. Dia grad daripada Jepun lak tu. Kalau nak kira pengalaman, rasanya memang zero. Kat UH sana, HO berlambak2. Nak tengok kes2 emergency memang jarang sebab senior MO ramai. Jadi pada pandangan aku, dia kurang selamat untuk kerja sendiri. Tapi apa nak buat kan? Gaji dia sama dengan aku jugak. Takkanlah asyik aku nak kena tengok2kan selalu kerja2 dia? Kira dia makan gaji buta ajelah kalau camtu.

Kerja2 dia memang teruk. Wad dia penuh sesak dengan patient. Dia tak tahu nak manage. Semuanya 'continue same treatment'. Bila wad makin penuh dan katil takda untuk letak patient2 baru, sister ward call aku. Esoknya bila aku on call, 90% patient dia aku dischargedkan. Aku tak nak komen apa2 pasal kerja2 dia. Tapi masa dia on call, lepas tengok satu patient dia hilang. Lepas satu patient dia hilang. Lepas setengah jam dia datang balik dan semua patient tolak masuk wad. Rupa2nya dia duduk bilik baca buku. Kes2 kritikal semua simpan masuk wad. Sepatutnya dia hantar ke JB untuk rawatan lanjut tapi dia simpan dalam wad sebab tak tahu nak buat apa2. Kadang2 aku kesian kat patient dan ahli keluarganya tapi apa boleh aku buat? Aku tak boleh condemmed management doktor2 lain. Salah dari segi etika perubatan. Kadang2 aku kena cover line jugak bila waris komplen tapi sampai bila?

Sampai sekarang aku masih mengingati dia kerana dia telah 'membunuh' seorang pesakit aku. Masa tu aku dah kerja sendiri dan beliau masih di hospital. Pesakit ini sebelum datang berjumpa denganku telah dua kali ke hospital tetapi disuruhnya balik dengan beberapa jenis ubatan. Beliau berjumpaku kerana demam panas dan kencing berdarah. Aku rujuk dia ke hospital semula dan beliau dimasukkan ke wad selama dua hari. Selepas keluar wad, keadaannya tetap sama iaitu demam dan hilang selera makan. Sesekali beliau masih kencing berdarah. Aku ambik keputusan untuk mengambil darah dan menghantar ke makmal swasta. Ujian darah menunjukkan darah merah dan plateletnya tinggal suku manakala darah putihnya lebih 40 ribu dan aku berani bertaruh 1 juta ringgit, ini Acute Leukaemia. iaitu sejenis kanser darah. Beliau terus aku rujuk ke hospital besar dan sehari sebelum beliau dijadualkan melakukan ujian Bone Marrow, beliau jatuh pengsan dan mengalami pendarahan otak. Beliau mati ketika berusia 21 tahun dan aku anggap doktor itulah yang membunuhnya kerana mismanagement dan misdiagnosis.

Beberapa bulan lepas aku telah merujuk satu pesakit ke hospital kerana masalah sakit pinggang yang kronik. Beliau baru berusia 18 tahun tetapi berbadan agak gempal. Beliau pernah jatuh tangga dan sejak itu sering mengadu sakit pinggang terutamanya waktu malam. Beliau telah pergi ke banyak klinik dan biasanya klinik aku adalah destinasi mereka yang terakhir. Aku rujuk ke hospital untuk ujian x ray kerana aku rasa ini mungkin Prolapsed Intervetebral Disc. Ini macam Anwar Ibrahim punya keslah. Doktor kat tak perlu buat x ray kerana tak boleh nampak apa2 katanya. Beliau hanya beri dia minyak sapu sahaja. Memang betul, sepatutnya dia perlu buat CT Scan atau MRI tetapi ikut prosedur hospital kerajaan kena mula dengan x ray dulu. Lepas tu baru boleh rujuk ke pakar tulang untuk CT Scan/MRI. Selepas beberapa lama, aku berjaya pujuk sedaranya untuk buat MRI di private hospital. Diagnosis aku sememangnya tepat. Beliau sekarang dalam proses untuk membuat pembedahan tulang belakang di hospital besar.

Kebelakangan ini keadaan semakin teruk. Hari ini contohnya. Ada satu pesakit mengadu sakit kepala. Sampai di hospital, beri injection dan suruh balik. Esoknya, keluarganya bawa pulak ke hospital di JB. Tunggu 4 jam takda sapa yg merawat. Pagi ini famili dia bawak ke klinik aku. Lelaki berumur 34 tahun, pernah kena TB dan dah 2 minggu demam dan sakit kepala. 3 hari ini dia mula meracau2 dan seperti hilang ingatan. Masa aku check, dia dah lalok dah. Demam 38 darjah, kaki tangan dah kejang. Aku suspect mungkin ada jangkitan kuman kat otak ataupun dia mungkin makan pil2 khayal. Aku tulis surat ke hospital dan label URGENT guna dakwat merah. Kalau kena hantar balik jugak aku tak tahulah. 5 orang datang bersama2nya. Susah jugak aku nak cover line. Bila aku cerita kat mereka pasal keadaan adik mereka, barulah mereka nampak lega sedikit.

Bila doktor2 baru ini kurang pengalaman, maka banyaklah kes2 yang mismanaged, missed diagnosis dan procedure performed with unacceptable complications. Pembedahan seperti buang appendiks jadi jangkitan kuman. Parut seinci boleh jadi 3-4 inci. Sejak aku meninggalkan hospital, banyak jugak aku dengar kes2 seperti di atas. Cubalah kita bayangkan, kalau hal2 tersebut berlaku kat sedara-mara kita. Apa perasaan kita? Doktor bukanlah Tuhan yang boleh menyembuh segala macam penyakit tetapi mereka sepatutnya mencuba sedaya-upaya mereka untuk membantu.

Aku tak faham dengan situasi politik dan pendidikan sekarang. Kalau di parlimen, mereka lebih mementingkan kuantiti berbanding kualiti. Menteri2 sibuk nak mengurangkan nisbah doktor:pesakit daripada 1:2000 kepada 1:500 menjelang tahun 2020. Itu kerja gila namanya. Rasanya satu hari nanti, doktor boleh takda kerja sebab dah ramai sangat dah.

Pada pendapat aku, jumlah kolej2 perubatan patut dikurangkan atau dikekalkan sahaja. Janganlah sana sini semua nak bukak medical college. Guru2nya datang daripada mana2 ntah. Untuk kursus2 praktikal, student dihumban aje kat mana2 hospital. Lepas tu kurang seliaan. Masa exam, semua lulus dengan mudah. Nak jaga imej kolej. Kalau ramai yang failed, nanti emak bapak mengaruklah pulak. Bila kena kerja kat hospital, satu hapa pun tak boleh buat. Bila kena hantar kat district hospital, tak berani nak buat decision.

Zaman aku belajar dulu, tahun ke 2 dah kena masuk wad. Belajar basic merawat pesakit dengan professor2 dan senior lecturer. Masa tu disiplin dan tertib kena jaga betul2. Kalau tidak, habis kena marah dengan profesor. Sepanjang 5 tahun belajar, selain di Hospital Universiti, aku kena buat training kat Hospital Klang, Hospital Banting, klinik2 kesihatan dan paling seronok buat kajian kat sekitar Balik Pulau dan Hospital Kulim. Sebab tu Universiti Malaya is still the best teaching center kat Malaysia. Kurikulumnya complete. Masa aku jadi houseman, ketua2 jabatan tak pernah risau dengan aku. Walaupun masih Houseman, aku boleh manage pesakit sendiri. Masa tu kalau hantar aku ke district hospital pun, aku dah berani buat keputusan sendiri.

Masa aku kerja kat hospital daerah dulu, wad aku jarang penuh. Aku tak suka simpan pesakit ramai2 kat wad. Kalau malam sebelum tu doktor2 on call penuhkan wad dengan pesakit2 baru, masa aku buat ward round aku dah plan apa nak buat kat pesakit2 aku. Biasanya dalam tempoh 24 jam, aku dah boleh agak apa akan berlaku kat pesakit2 aku. Biasanya aku akan inform kat pesakit dan waris nya tentang perkembangan kesihatan mereka. Ujian2 darah, keputusan pemeriksaan lanjutan seperti Ultrasound, x ray dan sebagainya aku boleh ingat dalam kepala. Tak payah susah2 nak belek2 fail pesakit setiap kali buat round. Ward round aku sekejap sahaja. Biasanya tak lebih sejam untuk 28 pesakit. Nurse2 kat wad selalu kena marah dengan aku sebab buat kerja lambat sangat. Aku cakap "aku satu doktor boleh ingat 28 pesakit aku tanpa perlu tengok fail pesakit, kenapa mereka 4 orang tak boleh ingat 7 pesakit mereka?"

Nak jadi doktor tak susah tetapi nak cari seorang doktor yang betul2 berjiwa doktor memang susah. Seorang doktor yang aku sangat2 hormati sampai sekarang ialah Mr Saw, pakar urologist yang pernah jadi boss aku sekejap. Dia memang very low profile. Sekali imbas, dia macam atendan hospital aje. Dia masuk kerja pukul 7.30 pagi dan balik pukul 6 petang. Kalau di bilik bedah, semua kerja2 atendan dia sanggup buat. Kalau dia nak sesuatu, dia mintak dengan hormat. Perkataan please, thank you tak pernah tertinggal dalam ayat2 dia. Aku cuba menjadi sepertinya. Dan alhamdulilah, aku tak pernah bangga diri menjadi seorang doktor. Semua orang aku layan sama rata. Tak kira apa bangsa, miskin kaya, tua muda, aku hormat mereka.

Semoga anak2 aku akan menjadi doktor sepertiku juga. Tidak hanya mementingkan wang ringgit dan status semata2.