Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2010

Aku dan Pesakit Hari Ini

Kisah Pesakit #1:

Malam Rabu ada satu mamat Vietnam datang klinik. Vietnam ni kalau tengok muka dia, apa kita cakap dia main angguk aje. Nampak respons macam faham tapi habuk pun tarak. Masa tu pukul 9 malam. Selepas dia, ada 5 orang lagi patient lain tengah menunggu. Dia datang sebab ibujari kakinya bengkak. Kuku dan jadi cekam kat daging. Sekali tengok dah tahu, memang nak kena buat 'operasi' sikit. Tiga empat kali aku pesan kat dia, " Tonight cannot do. Many patients. You come tomorrow morning. 10 o'clock." Dia mengangguk2 dengan muka blur dia.

Pagi Khamis dia tak datang. Aku ingat dah baik dah. Rupa2nya waktu aku nak tutup kedai, dia datang. Dia kata aku suruh datang pukul 10 malam. "Bila masa aku cakap pukul 10 malam? 10 malam, aku nak balik tidur!!!." Masalahnya setiap kali dia datang, supervisor dia yang kena hantar. Aku kenal sangat dengan pakcik Osman tu. Kesian dia kena ulang-alik. Pening kepala aku. Kalau ikut protokol masa kerja kerajaan …

Aku dan Cikgu Arbainah

Masa aku sekolah ugama di kampung dulu, aku ada kenal dengan satu ustazah ni. Dia ni memang garang. Semua murid takut padanya. Malah gurubesar pun takut dengannya. Walaupun ustazah, perangai dia memang brutal. Sapa2 yang dia rasa nakal, jahat, malas buat kerja, belajar main2, memang nak kena dengan dia. Kena tengking, kena jerit, kena carut, kena cubit, dah jadi rutin kehidupan. Satu hari kalau dia takda kat sekolah, memang terasa sunyi sepi sepanjang hari. Sehari kalau tak dengar suara dia jerit2 mengajar dan marahkan anak murid memang tak sah.

Pada aku dia tak garang. Cuma bersemangat sikit bila nak mendisiplinkan murid2nya. Aku pernah kena hukum dengan dia sekali. Itulah sekali. Lepas tu taubat tak buat lagi. Masa tu aku baru darjah 3. Dulu sekolah ugama start pukul 3.30 petang. Biasanya kami datang awal. Kadang2 sebelum pukul 3 dah sampai. Kat rumah bukan buat apa pun. Jadi datang awal bolehlah main2 dulu sementara tunggu loceng. Satu hari tu, aku pergi main belon acah kat sebel…

Aku dan Minggu Berkabung

Sebagai anak jati Johor, aku sayangkan rajaku. Walaupun banyak cerita2 negatif disebarkan mengenai Almarhum Baginda Sultan Iskandar, aku tetap sayangkannya. Kemangkatannya memang satu kehilangan kepada negeri Johor. Tanpanya, negeri Johor takkan aman makmur apatahlagi bila terpaksa hidup berjiran dengan Singapura.

Berita kemangkatannya hanya dihebahkan di tv selepas jam 12 malam walaupun Almarhum mangkat kira2 jam 7.15 malam. Ini kerana Menteri Besar Johor tiada di dalam negeri semasa kemangkatannya. Beliau sibuk mengikut rombongan Perdana Menteri melawat India. Sepatutnya hari Sabtu tu hari sekolah ganti. Aku dah cakap awal2 sekolah dicutikan tapi wife tak percaya. Pukul 1 pagi, wife dapat SMS daripada kawan2 dia bahawa sekolah cuti sebagai menghormati kemangkatan Almarhum.

Semenjak penubuhan kerajaan Johor, Johor hanya ada 5 sultan termasuk yang paling baru Sultan Ibrahim Ismail. Kemangkatan ayahanda kepada Almarhum Sultan Iskandar iaitu Sultan Ismail berlaku masa aku di darjah 5 a…

Aku dan Gila Nescafe

Sejak zaman sekolah lagi, aku adalah penggemar kopi. Aku suka kopi hitam pekat yang akan menjadi teman masa aku mengulangkaji pelajaran. Nescafe adalah jenama kopi pilihanku.

2 minggu kebelakangan ini, aku cukup sibuk. Banyak kerja2 perlu dibereskan samada di klinik ataupun di rumah. Aku juga sibuk jadi driver untuk anak2 aku. Satu hari tak kurang 60 pesakit menunggu aku di klinik. Kalau sakit demam batuk memanglah mudah tapi kalau sakit pelik2, sakit dah berbulan2, sakit tak baik2 lepas pergi banyak klinik, sakit kepala aku dibuatnya. Ramai orang beranggapan kerja doktor macam aku tak susah. Duduk aje sambil tulis. Tapi bila kita sibuk mendengar masalah orang, sedikit sebanyak beban masalah tu aku lekat jugak dalam kepala kita. Nak tidur malam pun kepala masih berfikir; apa sakitnya? apa ubatnya? apa nak buat? betul ke ubat yang aku beri? sembuh ke tidak? Jadi menonton tv sampai lewat malam merupakan satu cara aku melepaskan tension. Kadang2 pukul 1 pagi, baru aku tidur.

2 minggu ini…

Aku dan Klinik 1Malaysia

Pembukaan klinik2 1Malaysia di kawasan2 bandar seluruh negara menarik perhatianku. Mula2 aku tak kisah sangat. Bila kawan aku mengeluh kerana kedudukan klinik yang hampir dengan klinik dia dan dia risau income diklinik dia merosot, aku pun buatlah kajian sikit.

Klinik 1 Malaysia berkonsepkan klinik desa di bandar2. Ianya dibuka setiap hari antara 10 pagi hingga 10 malam. Ianya dijaga oleh jururawat dan pembantu perubatan sahaja. Tiada doktor ditugaskan disitu. Maka jika tiada doktor, rawatan yang diberikan adalah terhad. Ubat2an pun terhad jugak. Kes2 yang ringan seperti demam, batuk, selsema juga rawatan penyakit2 kronik seperti darah tinggi dan kencing manis disediakan. Luka2 ringan boleh dirawat di sini. Rasanya itu sahajalah. Pesakit2 yang perlukan rawatan doktor masih kena ke klinik lain. Maka pada aku tidak timbul isu pesakit lari atau pendapatan berkurangan.

Pembukaan klinik2 1Malaysia rasanya memberi kemudahan kepada rakyat yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan rawatan.…

Aku Sayang Emak & Abahku

Aku kasihan dengan emak2 zaman sekarang. Masa mereka muda2 dulu, mereka bertungkus-lumus membesarkan anak2 mereka. Tapi bila anak2 dah besar panjang, emak2 masih bertungkus-lumus membantu anak2 termasuk membesarkan cucu2 mereka pulak. Sepatutnya bila anak2 dah besar, mereka bolehlah berehat2, melebihkan ibadat atau berjalan2 melihat dunia tetapi kerja2 rutin mereka tetap tak berubah. Kena bangun pagi pagi, siapkan sarapan untuk suami, anak2 dan cucu2, kemas rumah, basuh kain, masak makan tengahari, minum petang, makan malam dan juga kena uruskan kelengkapan cucu2nya. Waktu nak beribadat agak terhad kerana kena uruskan hal2 cucu dan anak2. Waktu untuk berehat2 dengan suami juga terhad. Tekanan darah makin tinggi dan badan selalu sakit2 kerana tak cukup rehat.

Emak aku dah ada rumah sendiri. Emak aku beli masa dia kerja dengan Felda dulu. Itupun sebab wife aku yang tolong mohonkan. Kalau nak harapkan abah aku, sampai sekarang rasanya masih hidup merempat. Masa emak kerja dengan Felda,…

Aku dan Terukkah Hospital Kerajaan?

Mungkin ianya secara kebetulan tetapi sepanjang Castello masuk wad, pesakit kat klinik aku tak pernahnya putus. Hari Sabtu pun aku full daripada pagi sampai ke petang. Bukan itu yang aku nak ceritakan tetapi sepanjang minggu ini aku terima banyak kes2 berkomplikasi yang datang daripada hospital kerajaan.

Secara amnya, aku dah semakin hilang kepercayaan terhadap rawatan di hospital. Bukan nak memburukkan mereka tetapi ada beberapa kes baru yang membuatkan aku menggeleng2kan kepala. Aku kesian kat patient2 aku. Terpaksa menanggung derita yang berpanjangan akibat ketidakcekapan mereka. Ini antara contohnya.

1. Satu kes kemalangan di tempat kerja menyebabkan seorang lelaki muda yang sihat putus jari telunjuk. Menurut prosedur, pesakit perlulah dimasukkan ke wad dan jari yang putus itu dibaiki secantik mungkin supaya mendapat stump yang boleh digunakan semula. Tetapi apa yang berlaku ialah selepas x-ray, pembantu perubatan menjahit luka mengikut suka tanpa bantuan daripada doktor. Luka …

Aku dan Tahun Baru 2010

Sekejap aje dah 5 hari tahun 2010 berlalu. Tahun 2009 diakhiri dengan kesedihan bila salah seekor kucing kesayanganku meninggal dunia. Kesedihan yang tidak dapat digambarkan dengan kata2. Tapi tahun 2010 bermula dengan gemilang. Pagi 2010, aku dapat SMS daripada En Ismail Chik, kontraktor yang buat rumah aku. Dia kata dia nak hantar pekerjanya untuk betulkan kolam yang dah hampir 6 bulan aku tak isi air. Dalam hati aku dah boleh agak bahawa ini mesti ada sesuatu hal menyebabkan dia tergerak nak betulkan kolam aku.

Sabtu lepas, pekerja2nya datang menyambung kerja2 yang dah lama terbengkalai. Di sebelah tengahari dia pun hadir sama. Dia ada projek di Kg Melayu Kulai. Jadinya, dia teringatkan aku katanya. Dalam masa yang sama, dia ada inform pasal projek terbaru dia. Bulan Februari nanti, team Majalah Laman Impiana akan turun ke Johor Bahru untuk mengambil gambar projek2 dia. Dan seperti yang dia pernah janji denganku, dia nak masukkan laman rumahku sekali. Maka itu sebablah dia nak ba…

Aku di Pendaftaran Anak Sekolah

1.1.2010 dimulakan dengan bangun awal. Pukul 8 pagi dah sampai kat sekolah baru Kierin. Dia memang tak nak masuk sekolah berasrama. Aku pun tak kasi. Pengalaman aku masuk sekolah asrama ketika berumur 16 tahun dah mematangkanku bahawa pendedahan terlalu awal ke dunia asrama lebih membawa keburukan daripada kebaikan.

Walaupun aku sampai awal, lebih ramai orang yang lebih awal daripadaku. Ramai juga patient2 aku yang turut menghantar anak mereka. Nasib baik aku datang dengan wife. Sementara aku kena duduk menunggu taklimat daripada pengetua, wife pergi beli peralatan sekolah dan juga ambik buku teks. Kalau nak tunggu sampai pengetua habis berucap, tengaharilah baru siap urusan.

Pukul 8.40, pengetua sekolah start ucapan dia. Itu yang aku suka. Ucapan direct to the point dan tak meleret2. Tak sampai 15 minit dia berucap. Ringkas dan padat. Bagus2. Daripada apa yang aku dengar, 290 pelajar tingkatan satu telah diterima masuk ke sekolah ini. Kesemuanya dipilih berdasarkan merit iaitu 5A dar…