Aku dan Statistik

Aku dan cerita2 lama:

27 Januari 2010

Aku dan Cikgu Arbainah



Masa aku sekolah ugama di kampung dulu, aku ada kenal dengan satu ustazah ni. Dia ni memang garang. Semua murid takut padanya. Malah gurubesar pun takut dengannya. Walaupun ustazah, perangai dia memang brutal. Sapa2 yang dia rasa nakal, jahat, malas buat kerja, belajar main2, memang nak kena dengan dia. Kena tengking, kena jerit, kena carut, kena cubit, dah jadi rutin kehidupan. Satu hari kalau dia takda kat sekolah, memang terasa sunyi sepi sepanjang hari. Sehari kalau tak dengar suara dia jerit2 mengajar dan marahkan anak murid memang tak sah.

Pada aku dia tak garang. Cuma bersemangat sikit bila nak mendisiplinkan murid2nya. Aku pernah kena hukum dengan dia sekali. Itulah sekali. Lepas tu taubat tak buat lagi. Masa tu aku baru darjah 3. Dulu sekolah ugama start pukul 3.30 petang. Biasanya kami datang awal. Kadang2 sebelum pukul 3 dah sampai. Kat rumah bukan buat apa pun. Jadi datang awal bolehlah main2 dulu sementara tunggu loceng. Satu hari tu, aku pergi main belon acah kat sebelah pejabat pos di depan sekolah. Main ramai2 memanglah syok. Terjerit sana, terjerit sini. Mungkin hari itu suara kami lebih kuat daripada suaranya jadi dia sudah naik angin.

Masa perhimpunan sebelum masuk kelas, Cikgu Arbainah suruh murid2 yang main belon acah tadi tunggu selepas perhimpunan. Jangan masuk kelas katanya. Termasuk aku ada dekat 10 orang rasanya. Aku dah ready punggung atau tapak tangan untuk kena rotan. Tapi Cikgu Arbainah tak rotan. Dia tak marah. Dia cuma suruh kami main lagi belon acah sampai habis kelas. Dia kata "Kan pergi sekolah untuk main, mainlah puas2. Jadi tak payah belajar." Dia juga suruh kami jerit2 sama macam masa kami main kat luar sekolah tadi. Masa tu rasa sungguh malu dan muka ni berinci2 rasa tebalnya. Lepas setengah jam berjemur di tengah panas, barulah Cikgu Arbainah kasi kami masuk kelas. Sejak dari hari itu, aku dah tak main lagi belon acah. Dah taubat Nasuha.

Begitulah pengalaman pahit aku bersamanya. Cikgu Arbainah ada mengajar Bab Nikah Kahwin atau Munakahat masa aku dalam darjah 5 dan 6. Masa tu aku baru masuk tingkatan 1 di sekolah menengah. Disebabkan sikapnya yang brutal, dia banyak beri contoh2 pasal masalah2 rumah tangga yang sedang diajarnya. Bab2 yang sensored selamba aje dia cerita. Masa tu aku antara faham dengan tidaklah. Maklumlah kecik lagi. Yang aku faham sangat ialah lelaki boleh kahwin empat. Yang lain2 termasuk pasal rujuk dan cerai aku tak faham sangat.

Selepas aku habis belajar, aku langsung lupa pasal dia. Masa aku bertugas di hospital, aku pernah jumpa dia sekali. Masa tu dia temankan anak bujang dia nak operate kaki yang patah akibat kemalangan. Masa tu aku memang tak kenal dia. Dia yang memperkenalkan diri dia kat aku. Sebagaimana dia berbangga sebab ada anak murid dia dapat jadi doktor, aku juga berbangga sebab cikgu aku masih kenal aku lagi.

Yang aku tahu, cikgu Arbainah duduk sekampung dengan emak mertua aku. Rumahnya dekat dengan rumah abang ipar aku. Anak dia ramai. 8 orang kalau tak silap aku. Dia dah jadi gurubesar sekarang. Tapi rasanya dia tak segarang dulu. Dia dah cool down dan low profile.

Malam kelmarin, dia call aku. Terkejut aku bila dia sebut namanya. Dia kata dapat nombor aku daripada abang ipar aku. Rupa2nya dia nak jemput aku ke Majlis Perkahwinan anak bujang dia yang patah kaki dulu tu. Bulan depan. 7hb Feb.

Aku kena datang. Aku kena bawak hadiah besar. Aku kena cium tangan dia. Tanpa dia mendenda aku main belon acah depan kawan2, aku mungkin tak jadi seperti sekarang. Terima kasih Cikgu.

2 ulasan:

  1. aku pun penah belajar ngan cikgu nie....skrg dia mmg dah cool...mase dia jd guru kelas aku mmg report card aku xde merah...semua 70%...aku mmg respect kat dia..bro dulu sekolah kat bandar tenggara ker?

    BalasPadam
  2. Kau pun anak murid dia jugak ke?
    Bagus2.
    Aku tak bersekolah di Bandar Tenggara.
    Wife aku orang Bandar Tenggara.

    BalasPadam