Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

09 Januari 2010

Aku dan Terukkah Hospital Kerajaan?

Mungkin ianya secara kebetulan tetapi sepanjang Castello masuk wad, pesakit kat klinik aku tak pernahnya putus. Hari Sabtu pun aku full daripada pagi sampai ke petang. Bukan itu yang aku nak ceritakan tetapi sepanjang minggu ini aku terima banyak kes2 berkomplikasi yang datang daripada hospital kerajaan.

Secara amnya, aku dah semakin hilang kepercayaan terhadap rawatan di hospital. Bukan nak memburukkan mereka tetapi ada beberapa kes baru yang membuatkan aku menggeleng2kan kepala. Aku kesian kat patient2 aku. Terpaksa menanggung derita yang berpanjangan akibat ketidakcekapan mereka. Ini antara contohnya.

1. Satu kes kemalangan di tempat kerja menyebabkan seorang lelaki muda yang sihat putus jari telunjuk. Menurut prosedur, pesakit perlulah dimasukkan ke wad dan jari yang putus itu dibaiki secantik mungkin supaya mendapat stump yang boleh digunakan semula. Tetapi apa yang berlaku ialah selepas x-ray, pembantu perubatan menjahit luka mengikut suka tanpa bantuan daripada doktor. Luka juga dijahit di unit kecemasan sahaja. Selepas 2 hari, pesakit datang ke klinik dengan kulit luka menjadi kehitaman. Jahitannya kasar dan stumpnya sangat2 tak sempurna. Aku hanya mampu buat dressing seadanya.

Selepas sebulan pesakit datang ke klinik aku dengan luka yang belum sembuh dan stump yang sangat buruk rupanya. Menurut pesakit, pihak hospital lseolah2 lepas tangan dan mengarahkan pesakit ke unit pesakit luar sahaja untuk rawatan. Doktor di unit pesakit luar pula sekadar beri ubat tahan sakit dan MC 2-3 hari setiap kali dia datang.

Bila sampai kepadaku, aku terpaksa rujuk dia ke Unit Orthopedik untuk rawatan lanjut. Pesakit ini dah sebulan tidak bekerja dan aku tak pasti bila dia boleh bekerja semula.

2. Aku pernah merujuk satu pesakit yang mengalami keguguran ke hospital. Beliau kena berpuasa selama 4 hari sebelum D+C dilakukan. Masalahnya ialah D+C dilakukan oleh doktor pelatih. Selepas D+C, pendarahan masih berlaku. Semasa follow up, Ujian USG menunjukkan masih ada janin yang tertinggal. Pesakit terpaksa menjalani pemeriksaan dan prosedur yang sama tetapi ianya hanya dilakukan di bilik rawatan sahaja. Doktor yang memeriksanya kata ini prosedur biasa dan dia dibenarkan balik dengan antibiotik.

Masalahnya ialah pendarahan tetap berlaku selepas 2 bulan dan dia memberitahu saya dia dah 2 bulan tak sembahyang dan dah 2 kali pitam semasa bekerja. Rawatan ulangan ialah pada bulan depan. Aku terpaksa memujuk dan merujuk dia ke pakar sakit puan swasta untuk rawatan lanjut.

3. Satu lagi pesakit pun menghadapi masalah yang sama. Beliau terpaksa melalui prosedur D+C dua kali kerana pendarahan berterusan dan berlaku jangkitan. Selepas 2 bulan, dia masih mengalami kesakitan dan pendarahan yang berterusan. Aku pun rujuk pesakit ini ke Pakar Perbidanan swasta untuk rawatan lanjut kerana hospital kerajaan hanya beri ubat tahan sakit dan antibiotik sahaja.

Namun begitu aku ada satu kes yang berjaya mengubati kedukaan hatiku. Masa musim wabak H1N1, semua orang takut nak berhadapan dengan pesakit. Satu pesakit aku telah pergi ke satu klinik swasta kerana sakit perut yang berpanjangan. Tanpa memegang atau memeriksa pesakit, doktor tu kata dia kena gastrik dan beri dia suntikan dan ubat2an gastrik yang berkaitan.

Selepas 2 minggu, dia datang ke klinik aku kerana sakit belum sembuh lagi. Tanpa rasa takut, aku suruh pesakit tu baring kerana mukanya agak pucat. Tergerak hatiku untuk buat USG abdomennya dan aku dapati hatinya sudah bengkak dan aku rasa ada ketumbuhan di kawasan perutnya. Aku tak beritahu dia perkara2 yang menakutkan tetapi aku cakap dia kekurangan darah dan perlu rawatan di hospital dengan segera. Aku juga cakap hatinya bengkak dan mungkin ada sedikit masalah.

Minggu lepas suami dia datang jumpa aku. Dia kata wife dia disahkan ada kanser usus dan telah menjalani pembedahan di hospital. Sekarang dalam proses chemotherapy dan keadaannya semakin memuaskan. Dia cukup berterima kasih kerana aku cepat hantar wife dia ke hospital. Dia juga kata lepas ni akan jumpa aku kalau ada apa2 masalah kerana dia kata doktor macam aku tak takut dengan pesakit dan tak takut mati.

Begitulah ceritanya. Aku tak kata aku dah cukup bagus dan doktor2 baru semua tak bagus. Tapi doktor yang bagus hendaklah jujur, ikhlas dan prihatin dalam merawat semua pesakitnya. Ibaratkan setiap pesakit itu seperti ahli keluarga sendiri. Jadi, janganlah biarkan pesakit menanggung derita berpanjangan kerana doktor kurang cekap dan prihatin. Doktor yang prihatin ialah yang mengambil masa untuk mendengar masalah pesakit, bertanya soalan2 yang berkaitan, memegang dan memeriksa pesakit sewajarnya dan akhirnya berbincang dengan pesakit tentang rawatan seterusnya. Doktor bukan setakat tanya sakit apa dan lepas tu beri ubat dan suruh pesakit balik makan ubat. Itu jual ubat namanya.

2 ulasan:

  1. Salam kenal dari saya..

    Tersinggah di sini sekejap, menarik baca tulisan seorang doktor.

    Semoga terus berjaya.

    ::truemax

    BalasPadam