Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

16 Januari 2010

Aku Sayang Emak & Abahku

Aku kasihan dengan emak2 zaman sekarang. Masa mereka muda2 dulu, mereka bertungkus-lumus membesarkan anak2 mereka. Tapi bila anak2 dah besar panjang, emak2 masih bertungkus-lumus membantu anak2 termasuk membesarkan cucu2 mereka pulak. Sepatutnya bila anak2 dah besar, mereka bolehlah berehat2, melebihkan ibadat atau berjalan2 melihat dunia tetapi kerja2 rutin mereka tetap tak berubah. Kena bangun pagi pagi, siapkan sarapan untuk suami, anak2 dan cucu2, kemas rumah, basuh kain, masak makan tengahari, minum petang, makan malam dan juga kena uruskan kelengkapan cucu2nya. Waktu nak beribadat agak terhad kerana kena uruskan hal2 cucu dan anak2. Waktu untuk berehat2 dengan suami juga terhad. Tekanan darah makin tinggi dan badan selalu sakit2 kerana tak cukup rehat.

Emak aku dah ada rumah sendiri. Emak aku beli masa dia kerja dengan Felda dulu. Itupun sebab wife aku yang tolong mohonkan. Kalau nak harapkan abah aku, sampai sekarang rasanya masih hidup merempat. Masa emak kerja dengan Felda, Felda ada beri rumah kuarters kat emak. Selepas emak pencen, sepatutnya emak kena keluar daripada rumah itu. Tetapi adik perempuan aku pulak dapat kerja ditempat yang sama. Jadi emak dan keluarga masih menetap di rumah yang sama sampailah sekarang.

Rumah itu tak besar mana. Ada 3 bilik sahaja. Tetapi memandangkan emak dah duduk kat rumah tu lebih 20 tahun, emak rasa berat nak meninggalkannya walaupun dah ada rumah lain yang lebih besar dan selesa. Banyak sangat alasannya. Dulu kata nak tunggu adik perempuan aku kahwin dulu, lepas tu nak tunggu adik lelaki aku ambik peperiksaan PMR. Dan bila adik perempuan aku mengandung, emak dah beri alasan lain pulak dah.

Sejak adik perempuan aku berkahwin dan suami dia duduk bersama2 dengan emak, aku dah makin jarang balik ke kampung. Balik pun cuma sekejap2 sahaja. Nak duduk lama2 dah tak betah sebab rumah itu dah bukan rumah emak lagi. Nak tidur baring pun dah rasa lain. Aku dah cakap kat emak banyak kali suruh berpindah tetapi alasan2 di atas masih lekat dikepalanya. Emak takut nak tinggalkan anak dan menantunya. Emak lebih rela duduk bersama2 anak dan menantu berbanding duduk di rumah sendiri. Lagipun emak kata rezeki emak dan abah masih ada di situ. Kalau pindah nanti emak takut rezekinya hilang.

Walaupun dah makin tua, abah dan emak masih nak bekerja. Abah masih setia dengan mesin rumputnya manakala emak menjalankan bisnes katering secara sambilan. Walaupun sambilan, setiap kali ada majlis keraian di pejabat Felda atau VIP datang ke Felda, emaklah yang kena memasak. Aku memang tak menghalang kerja2 mereka tetapi setiap kali mereka mengadu sakit lutut, sakit pinggang atau kepenatan, aku suruh mereka terus bersara tetapi mereka enggan. Orang dah biasa buat kerja bila duduk menganggur mana boleh tahan? Lagipun, mereka nak pegang duit hasil titik peluh sendiri. Tak nak mengharapkan sangat kat anak2.

Wang saku yang tiap bulan aku beri kat mereka aku tak pernah ambik tahu kemana ianya dibelanjakan. Itu memang hak mereka dah. Aku dah halalkan. Tapi aku agak terkilan kerana emak lebih manjakan dan sayangkan adik2 banding aku sekarang. Hidup adik2 aku agak mewah. Nak apa semua boleh dapat. Mereka tak merasa kesusahan seperti aku rasa dulu. Jadi mereka belajar lebih kurang aje. Setakat cukup2 makan. Tak pernah usaha lebih untuk menjadi cemerlang.

Masa adik perempuan aku kahwin, emak buat besar2an. Aku hanya mampu melihat sahaja. Banyak sangat yang emak bazirkan. Menantu emak bukanlah orang yang berada sangat. Jadi pada aku, adik perempuan aku tak layak untuk semua itu. Tapi apakan daya. Emak dah lama sangat tak menyambut menantu. Sedara-mara dan jiran tetangga sama excited dengan emak untuk majlis kahwin tu. Aku tumpang bahagia bila emak aku bahagia.

Lepas kahwin, emak semacam jadi pembantu kepada mereka. Makan minum dan pakai mereka, banyak yang emak buatkan. Kalau aku ajak emak bermalam kat rumah aku, alasan yang sama emak berikan. Tanggungjawab emak terhadap abah, terhadap adik-beradik dan terhadap menantu, itu yang emak fikirkan dulu. Sejak adik perempuan aku mengandung ni, bertambah2lah kerja2 emak. Esok lepas bersalin, ntah apa pulak ceritanya.

Cerita emak mertua aku pun lebih kurang sama jugak. Walaupun beliau duduk dirumah sendiri, anak2 mereka semuanya duduk disekeliling mereka. Setiap hari emak kena uruskan makan pakai anak2 dan cucu2nya. Hanya aku dan wife yang duduk berjauhan. Jadi aku tak merasa sangat tempias kasih sayang mereka. Anak2 dan cucu2nya pun dah terbiasa. Apa2hal semuanya cari emak. Emak selalu mengadu kepenatan tetapi dia tak sampai hati melihat anak2 dan cucu2nya kelaparan atau diuruskan oleh oranglain. Pada dia, biar dia penat tetapi anak2 dan cucu2nya dapat makan masakan dia setiap hari. Setiap hari emak kena siapkan makanan untuk anak2 mereka.

Menurut pemuafakatan adik-beradik, anak kedua emak akan membeli rumah yang emak duduk tu dan wangnya akan dibagi sesama adik-beradik bila emak dah tiada nanti. Sementara tu, emak dan abah akan duduk bersama mereka selagi ada umur. Sebagai menantu, aku tak masuk campur urusan keluarga mereka. Walaupun aku boleh beri pendapat atau komen, aku diamkan sahaja. Mulai tahun depan, menantu emak akan pencen dan akan hidup bersama2 emak. Rasanya, segala2nya pasti berubah.

Pada aku, selepas kita dewasa dan berumah tangga tak payahlah nak bergantung lagi dengan kudrat emak bapak kita. Kita hidup sendiri. Biarkan orang tua kita dengan kehidupan mereka. Tak payahlah nak susah2kan mereka untuk tolong memasak makanan kita, tolong uruskan anak2 kita. Memang mereka nampak gembira kerana dapat membantu kita tapi dalam hati mereka siapa yang tahu? Mereka dah penat membesarkan kita. Berilah mereka peluang untuk menikmati sisa2 hidup mereka dengan pasangan mereka sambil mendekatkan diri kepada Allah. Walaupun kita beri mereka duit saku atau duit belanja kerana menolong membesarkan anak2 kita, itu sudah dikira upah bekerja. Pada aku itu tak patutlah. Lagi tak patut bila kita menganggap ibubapa sebagai tempat nurseri yang lebih murah dan selamat. Sebab nak jimatkan kos, anak2 semua hantar kat ibubapa. Konon sebagai teman atuk dan nenek. Mereka cuma perlu keluarkan belanja susu dan lampin. Yang lain ibubapa boleh tanggung.

Aku selalu mengingatkan diriku juga wifeku, kalau kita asyik menyusahkan hidup ibubapa kita, anak2 kita esok akan buat perkara yang sama kepada kita. Percayalah. Walau susah dan payah kehidupan kita, janganlah kita pula nak menyusahkan ibubapa kita. Allah pasti akan beri kita jalan untuk melalui kesusahan itu.

Kepada anak2ku aku pesan. Bila korang dah besar nanti, korang hiduplah sendiri. Carilah kehidupan di tempat lain. Jangan dah besar panjang masih nak menumpang hidup dengan kami. Dah kahwin nanti masih nak berteduh dibawah bumbung kami. Carilah rumah sendiri. Belajar hidup susah sebagaimana kami memulakan kehidupan di awal perkahwinan dulu.


1 ulasan: