Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

16 Januari 2010

Aku dan Klinik 1Malaysia

Pembukaan klinik2 1Malaysia di kawasan2 bandar seluruh negara menarik perhatianku. Mula2 aku tak kisah sangat. Bila kawan aku mengeluh kerana kedudukan klinik yang hampir dengan klinik dia dan dia risau income diklinik dia merosot, aku pun buatlah kajian sikit.

Klinik 1 Malaysia berkonsepkan klinik desa di bandar2. Ianya dibuka setiap hari antara 10 pagi hingga 10 malam. Ianya dijaga oleh jururawat dan pembantu perubatan sahaja. Tiada doktor ditugaskan disitu. Maka jika tiada doktor, rawatan yang diberikan adalah terhad. Ubat2an pun terhad jugak. Kes2 yang ringan seperti demam, batuk, selsema juga rawatan penyakit2 kronik seperti darah tinggi dan kencing manis disediakan. Luka2 ringan boleh dirawat di sini. Rasanya itu sahajalah. Pesakit2 yang perlukan rawatan doktor masih kena ke klinik lain. Maka pada aku tidak timbul isu pesakit lari atau pendapatan berkurangan.

Pembukaan klinik2 1Malaysia rasanya memberi kemudahan kepada rakyat yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan rawatan. Lokasinya yang berhampiran dengan kediaman mereka dan kadar bayaran seringgit sahaja memang bagus untuk menarik pengundi2 supaya menyokong kerajaan semula.

Klinik aku berada kira2 3 km daripada hospital daerah. Selang 2 tahun selepas klinik aku dibuka, satu klinik kesihatan dengan unit pesakit luar dibina disebelah hospital. 2 tahun lepas, satu lagi cawangan rangkaian klinik dibuka di kawasan berhampiran dengan klinik aku. Dalam tempoh 7 tahun ini, ada 3 lagi klinik swasta dibuka berhampiran klinik aku. Itu semua adalah cabaran dalam bidang perniagaan. Aku tak pernah mengadu kepada sesiapa tentang isu pesakit lari atau pendapatan klinik semakin berkurangan kerana banyak klinik2 baru yang dibuka.

Sepanjang 7 tahun ini, bisnes aku tak pernahnya terjejas dek pembukaan klinik2 lain. Pesakit2 aku tetap bertambah daripada masa ke semasa dan rasanya pendapatanku tidak terjejas. Dalam perniagaan yang memberi perkhidmatan, yang penting adalah mutu perkhidmatan yang kita berikan. Selagi pesakit masih berpuashati dengan kita, selagi itulah mereka akan terus datang kepada kita. Dalam memberi perkhidmatan, kepuasan pelanggan adalah diutamakan. Pesakit takkan sanggup menunggu kita berjam2 kalau kita tidak bagus. Mereka boleh ke klinik2 berhampiran dengan kadar menunggu yang lebih singkat dan mendapat ubatan yang sama. Tapi mereka masih tetap nak jumpa dengan doktor cabuk ini jugak. Mereka nak juga bertanya khabar dengan aku sambil bertanya soalan2 remeh kepadaku.

Dalam memberi perkhidmatan, janganlah terlalu berkira tentang keuntungan dan wang ringgit. Itu semua akan datang kemudian jika kita dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada semua pesakit kita. Pada aku "biar kita untung sikit sekarang daripada kita rugi banyak kemudian. "

bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan