Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

25 Januari 2010

Aku dan Gila Nescafe



Sejak zaman sekolah lagi, aku adalah penggemar kopi. Aku suka kopi hitam pekat yang akan menjadi teman masa aku mengulangkaji pelajaran. Nescafe adalah jenama kopi pilihanku.

2 minggu kebelakangan ini, aku cukup sibuk. Banyak kerja2 perlu dibereskan samada di klinik ataupun di rumah. Aku juga sibuk jadi driver untuk anak2 aku. Satu hari tak kurang 60 pesakit menunggu aku di klinik. Kalau sakit demam batuk memanglah mudah tapi kalau sakit pelik2, sakit dah berbulan2, sakit tak baik2 lepas pergi banyak klinik, sakit kepala aku dibuatnya. Ramai orang beranggapan kerja doktor macam aku tak susah. Duduk aje sambil tulis. Tapi bila kita sibuk mendengar masalah orang, sedikit sebanyak beban masalah tu aku lekat jugak dalam kepala kita. Nak tidur malam pun kepala masih berfikir; apa sakitnya? apa ubatnya? apa nak buat? betul ke ubat yang aku beri? sembuh ke tidak? Jadi menonton tv sampai lewat malam merupakan satu cara aku melepaskan tension. Kadang2 pukul 1 pagi, baru aku tidur.

2 minggu ini, aku gila minum Nescafe. Pagi segelas, petang segelas dan malam balik kerja aku kena segelas lagi. Walaupun badan letih, mata tetap segar. Tapi perasaanku berserabut. Semua benda jadi sebab marah aku. Staf klinik, pemandu kereta kurang berhemah, kucing, anak2, wife malah patient semua kena marah dengan aku. Wife aku bila aku naik suara, dia diam aje. Tapi anak2 aku kena marah semua buat bodoh aje. Mereka langsung tak takut denganku. Lagilah naik darah aku.

Hari Jumaat, aku bangun pagi dengan pening kepala. Sampai kat klinik, makin teruk pening aku. Ditambah lagi dengan pesakit tanya soalan2 yang susah aku nak jawab. Tambah pening kepala aku. Bila aku check tekanan darah aku, memang sah mesti naik punya. Selalu BP aku sekitar 120/80 tapi sepanjang hari itu BP naik sampai antara 130/90 hingga 150/100. Fikir punya fikir, aku salahkan Nescafe. Mungkin aku dah overdose minum kopi banyak sangat.

Mulai hari itu, aku dah stopped minum Nescafe. Botol Nescafe aku dah sorok jauh2. La ni minum air masak aje. Keesokan harinya, BP aku turun semula ke paras normal. Tapi mood masih naik turun. Rasa masih nak marah kat semua orang lagi. Petang Sabtu aku balik kampung. Dapat tengok emak dan abah, dapat jumpa emak dan bapak mertua, hilang sikit ketensionan. Kalau dulu tengok wife dan anak2 boleh hilangkan tension, la ni tak lagi. Wife aku pun tengah tension sebab kerja banyak sangat. Mengajar anak murid, mesyuarat panitia, jaga buku teks, assignment UTM, tutorial, temuduga DG41, kerja2 kat rumah, anak2; aku tak berani nak tanya banyak2.

Rasanya darah aku naik bukan sebab Nescafe atau kopi atau Caffeine. Ianya tak menyebabkan tekanan darah aku naik. Aku rasa faktor2 persekitaran seperti melihat gelagat anak2 yang semakin membesar menyebabkan aku jadi tension dan tidak tentu arah. Adakah aku seorang ayah yang bertanggungjawab? Apakah nasib anak2 aku bila besar nanti? Berjayakah mereka dalam kehidupan mereka? Masihkah mereka perlu bergantung kepadaku bila dewasa nanti? Dapatkah anak2 aku masuk U atau sekurang2nya masuk kolej? Segala persoalan itu mengganggu ketenteraman jiwaku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan