Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

29 Januari 2010

Aku dan Pesakit Hari Ini

Kisah Pesakit #1:

Malam Rabu ada satu mamat Vietnam datang klinik. Vietnam ni kalau tengok muka dia, apa kita cakap dia main angguk aje. Nampak respons macam faham tapi habuk pun tarak. Masa tu pukul 9 malam. Selepas dia, ada 5 orang lagi patient lain tengah menunggu. Dia datang sebab ibujari kakinya bengkak. Kuku dan jadi cekam kat daging. Sekali tengok dah tahu, memang nak kena buat 'operasi' sikit. Tiga empat kali aku pesan kat dia, " Tonight cannot do. Many patients. You come tomorrow morning. 10 o'clock." Dia mengangguk2 dengan muka blur dia.

Pagi Khamis dia tak datang. Aku ingat dah baik dah. Rupa2nya waktu aku nak tutup kedai, dia datang. Dia kata aku suruh datang pukul 10 malam. "Bila masa aku cakap pukul 10 malam? 10 malam, aku nak balik tidur!!!." Masalahnya setiap kali dia datang, supervisor dia yang kena hantar. Aku kenal sangat dengan pakcik Osman tu. Kesian dia kena ulang-alik. Pening kepala aku. Kalau ikut protokol masa kerja kerajaan dulu, dia sah2 kena marah dulu. Lepas tu kena dapatkan appointment baru. Mana ada kira dia datang jauh ke, dia sakit sangat ke.

Tapi aku kerja sendiri. Aku tak sampai hati nak suruh dia datang untuk kali ketiga. Jadi pukul 10 malam, aku beliakkan bijik mata aku nak operate jari mamat Vietnam ni. Mamat Vietnam ni bagus. Sakit pun dia cakap tak sakit. So, kerja aku tak susah. Cungkil dan potong apa2 yang patut. Pukul 10.20 baru tutup kedai. Alamak! tak sempat nak tengok siri Pi Mai Pi Mai Tang Tu kat Astro Warna.

Kadang2 aku kesian kat mamat2 warga asing ni. Kalau setahun ada 365 hari, 365 hari itulah mereka kena kerja. Mana ada kira hujung minggu, cuti am, hari raya. Semua belasah kerja daripada 7 pagi sampai 7 malam. Tak datang kerja, gaji tolak seratus ringgit sehari. Maka, aku yang jadi mangsa. Asyik kena tulis MC saja.

Kisah pesakit #2:

Tengahari tadi, satu mamat Bangla datang klinik aku. Minggu ni dah 3 kali dia datang jumpa aku. Mamat Bangla ni lain sikit. Terutamanya kalau dia pandai cakap Inggeris sikit2. Kerek nak mampus. Demand macam2. Daripada mula sampai habis, cakap tak habis2. Kalau nak kira, semua urat, tulang, sendi dan salur darah semuanya sakit. Takda satu inci badan yang tak sakit. " Body all pain. Body weak. No power. Sleep problem. Eat problem. Money also problem." Itu ayat klasik mereka. Aku dah boleh hafal dah.

Mamat yang ni pernah kena tumbuk kat mata kirinya oleh kawan dia. Itupun kira2 6 minggu yang lepas. Ikut ceritanya dia asyik mengadu sakit kat kepala dan kawasan mata kirinya. Macam2 klinik dia pergi. Klinik Pakar Mata kat JB dah 2 kali dia pergi. Doktor pakar dah kata mata tak apa2. Aku check pun memang takda apa2. 2 kali jumpa aku dia bising2 pasal sakit dia. Dia ulang cakap benda2 yang sama. Sakit, sakit, sakit. Aku pun dah give up dah sebab apa aku cakap dia langsung tak nak dengar. Dia asyik cakap benda yang sama aje. Aku suruh keluar tak nak. Masih nak mengomel jugak.

Kali ke 3 dia datang aku dah naik angin. Dia rewind lagi cakap dia yang sebelum ini. Cakap benda yang sama. Aku suruh jumpa specialist, dia cakap takda duitlah, belum gajilah, supervisor belum kasi pinjamlah. Yang aku betul2 naik angin ialah dia nak mintak MC seminggu. Lepas tu dia suruh aku tulis surat kat supervisor dia yang dia tak boleh nak kerja. Tang tu jugak aku maki hamun dia. Ala! Bukan dia faham pun! Dia terkebil2 tengok aku naik suara. Tapi dia masih berani nak bargain dengan aku lagi. Rasa nak terajang aje mamat Bangla tu.

Dah lama aku tak naik angin macam tengahari tadi. Geram sungguh aku. Aku benci betul kat mamat2 yang tak faham2 bahasa ni. Patient2 macam inilah yang merosakkan mood aku sepanjang hari. Rasa nak tutup aje kedai. Balik rumah dan tidur. Kerana dialah patient yang masuk lepas dia kena tempiasnya. Aku tak tahu apa yang aku dah tercakap kat kakak tu. Rasanya kalau pening, lagi tambah pening agaknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan