Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

05 Januari 2010

Aku dan Tahun Baru 2010

Sekejap aje dah 5 hari tahun 2010 berlalu. Tahun 2009 diakhiri dengan kesedihan bila salah seekor kucing kesayanganku meninggal dunia. Kesedihan yang tidak dapat digambarkan dengan kata2. Tapi tahun 2010 bermula dengan gemilang. Pagi 2010, aku dapat SMS daripada En Ismail Chik, kontraktor yang buat rumah aku. Dia kata dia nak hantar pekerjanya untuk betulkan kolam yang dah hampir 6 bulan aku tak isi air. Dalam hati aku dah boleh agak bahawa ini mesti ada sesuatu hal menyebabkan dia tergerak nak betulkan kolam aku.

Sabtu lepas, pekerja2nya datang menyambung kerja2 yang dah lama terbengkalai. Di sebelah tengahari dia pun hadir sama. Dia ada projek di Kg Melayu Kulai. Jadinya, dia teringatkan aku katanya. Dalam masa yang sama, dia ada inform pasal projek terbaru dia. Bulan Februari nanti, team Majalah Laman Impiana akan turun ke Johor Bahru untuk mengambil gambar projek2 dia. Dan seperti yang dia pernah janji denganku, dia nak masukkan laman rumahku sekali. Maka itu sebablah dia nak baiki kolam yang leaking tu.

Aku tak menaruh harapan tinggi. Walaupun dia kelihatan bersungguh2, selagi team majalah tu tak sampai kat rumah aku pada Februari nanti aku tak nak excited sangat. Tapi sekiranya laman rumah aku tersiar dalam majalah itu nanti, itu adalah antara kejayaan dan sejarah yang paling manis untuk aku. Semenjak rumah kawan aku, Dr Sulaiman Ibrahim masuk dalam majalah Anjung Seri kira2 5 tahun yang lalu aku pun memasang impian yang sama. Sesungguhnya itu antara resolusi tahun baru aku. Semoga di tahun 2010 ini, ianya tercapai.

Dah dua hari anak2 ke sekolah. Begitu juga dengan wife. Masa menjadi semakin cemburu dengan kita. 24 jam sehari seperti tidak cukup. Ada aje kerja yang nak kena buat setiap hari. Apatahlagi bila dengar cerita ada orang nak ambik gambar laman rumah kita. Hari2 kena tengok pokok. Kena siram kalau tak hujan, kena bersihkan daun2 yang kering dan kena ganti pokok2 yang mati. Dua minggu sekali nak kena baja. Buat laman cantik2 memang tak susah. Ada duit semua boleh jadi. Tetapi nak maintain atau mengekalkan keseriannya yang susah. Aku pernah upahkan sedara untuk pruning pokok2 aku tapi habis semua pokok2 aku digondolkannya. Maka, terpaksalah buat sendiri.

Bila dah bukak sekolah ni, wife aku lagilah sibuk. Selain tugasan di sekolah, dia juga kena hadiri kelas di UTM. Dia juga kena siapkan assignment yang semakin hampir ke dateline. Dah beberapa kali dia warning aku suruh buatkan assignment Disleksianya tapi aku tak mula apa2 lagi. Dah tua. Otak dah karat. Malas nak fikir dan baca buku banyak2. Dan dah habit aku, suka buat kerja last minute. Baru datang mood dia. La ni mood belum sampai lagi.

Sepanjang minggu ini, setiap pagi aku kena hantar Kierin ke sekolah. Laluan sekolah dia dengan laluan sekolah wife aku arah yang bertentangan. Kalau wife aku nak hantar, dia kena pusing satu Kulai dulu sebelum sampai ke sekolah. Kalau camtu, pukul 6 dah kena start enjin kereta. Maka aku terpaksa korbankan waktu tidur aku demi keluarga. Aku kena melepasi 7 simpang, 3 round-about dan 3 traffic light sebelum sampai ke sekolah. Nak balik ke rumah semula. pun begitu juga. Kena layan traffic jam bersama2 dengan orang2 yang nak pergi kerja. Nasib baik pagi2 ada Abang Jem, Wak Jawa, Mat Saleh dan juga Krill di Radio SinarFM. Tak lah terasa mengantuk sangat.

Bila sampai rumah, kena lak kemas rumah dulu sebelum pergi ofis sekitar jam 9. Cadangan nak ambik maid macam tak jadi aje sebab anak2 semua membantah. Mereka takut aku pergi jalan2 dengan wife dan tinggalkan mereka kat rumah. Tengahari pun aku tak balik rumah. Lewat petang baru balik. Itupun kena jemput anak balik sekolah dulu. Rasanya sejak anak naik sekolah ni, aku dah tak sempat nak tengok tv. Sibuk aje memanjang.

Tahun 2010, patient kat klinik sederhana sahaja. Sekitar 50 orang sehari. Cukuplah tu. Aku pentingkan kualiti dan bukannya kuantiti. Patient ramai2 pun buat sakit kepala nak buat apa? Bila patient tak ramai bolehlah aku buat kerja2 lain seperti main game kat Facebook, upload gambar kat blog dan sebagainya.

Semoga tahun 2010 terus memberi sinar kebahagiaan kepada diriku dan keluargaku. Amin.

1 ulasan:

  1. AMIN...InsyaAllah baru-baru je lama esok biasa le tu.Kata nak jadi ayah mithali...

    BalasPadam