Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

01 Januari 2010

Aku di Pendaftaran Anak Sekolah

1.1.2010 dimulakan dengan bangun awal. Pukul 8 pagi dah sampai kat sekolah baru Kierin. Dia memang tak nak masuk sekolah berasrama. Aku pun tak kasi. Pengalaman aku masuk sekolah asrama ketika berumur 16 tahun dah mematangkanku bahawa pendedahan terlalu awal ke dunia asrama lebih membawa keburukan daripada kebaikan.

Walaupun aku sampai awal, lebih ramai orang yang lebih awal daripadaku. Ramai juga patient2 aku yang turut menghantar anak mereka. Nasib baik aku datang dengan wife. Sementara aku kena duduk menunggu taklimat daripada pengetua, wife pergi beli peralatan sekolah dan juga ambik buku teks. Kalau nak tunggu sampai pengetua habis berucap, tengaharilah baru siap urusan.

Pukul 8.40, pengetua sekolah start ucapan dia. Itu yang aku suka. Ucapan direct to the point dan tak meleret2. Tak sampai 15 minit dia berucap. Ringkas dan padat. Bagus2. Daripada apa yang aku dengar, 290 pelajar tingkatan satu telah diterima masuk ke sekolah ini. Kesemuanya dipilih berdasarkan merit iaitu 5A dari sekolah biasa dan 7A dari sekolah2 aliran cina/tamil. Budak2 yang dapat masuk ke sekolah ini sememangnya berdasarkan merit dan bukannya guna kuota UMNO atau kenal orang dalam. Ke semua pelajar dibahagikan kepada 8 kelas termasuk dua kelas aliran ugama.

Daripada pemerhatian aku, pelajar perempuan melebihi 60% manakala nisbah melayu dan bangsa2 lain ialah 50:50. Kelas Kierin ada 37 orang pelajar dan pelajar lelaki cuma 14 orang sahaja. Di kelas dia ramai pelajar Cina dan India. Jadi awal2 lagi aku dah pesan kat Kierin, " Kau bantai aje cakap BI dengan mereka." "Jangan jadi macam bapak kau. Malu tak sudah2."

Pengalaman naik ke sekolah menengah dulu dan sekarang memang berbeza. Pengetua tu cukup teruja dengan kehadiran ramai ibubapa. Kehadiran menunjukkan keperihatinan mereka terhadap pembelajaran anak2. Zaman aku dulu, hari pertama sekolah kena pergi sendiri. Sampai kat sekolah kena masuk dewan ramai2. Masa tu barulah dipanggil nama sorang2 dan diberi kelas.

Tingkatan satu masa tu iaitu sekitar tahun 1983 ada 3 aliran iaitu Perdagangan, Perusahaan/Sains Rumahtangga dan Pertanian. Sapa2 yang dapat masuk Perdagangan kira budak pandai manakala yang masuk Pertanian tu kurang pandai. Aku dapat masuk Perusahaan iaitu dikira tak pandai sangat dan tak bodoh sangat. Lepas dapat kelas, barulah boleh beli buku ke, nak bayar yuran ke, nak mintak tukar kelas ke dan sebagainya. Tak macam sekarang, semua urusan kena selesai sebelum hari persekolahan dan hari pertama sekolah dah kena belajar macam biasa. Zaman aku dulu, lepas seminggu baru dapat buku teks. Bermakna dah seminggu sekolah pun belum start pelajaran lagi.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010. Di Johor, takda cuti am. Kira hari kerja macam biasa. Jadi kepada mereka2 yang bercuti tu, Selamat Bercuti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan