Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

24 Februari 2010

Aku Dah Penat

Kerja, kerja, kerja.
Tak kat klinik, buat kerja2 rumah.
Tak buat kerja2 rumah, kena uruskan anak2.
Ambik anak balik sekolah,
hantar anak ke latihan sukan dan sebagainya.
Wife aku pun sama.
Masa untuk duduk berbual2 langsung takda.
Dalam fikiran hanya kerja, kerja dan kerja.
Hujung2 minggu pun masih sibuk dengan kerja2 rumah.
Cuti 24 jam rasa tak cukup.
Nak balik kampung pun dah makin jarang2.

Aku dah penat.
Dah bosan bekerja.
Apatahlagi bila yang datang klinik,
muka2 yang kaki MC.
Menyampah.
Menyumpah seranah.
Tapi dalam hati ajelah.
Ada beberapa patient berani tanya kat aku,
apasal doktor asyik datang lambat aje?
Senang aje aku jawap.
" Kakak, kalau 10 kali kakak datang ini klinik;
siang ke, malam ke, pagi ke, petang ke,
kakak tengok ini muka juga. "
" Saya kerja satu hari 9 pagi sampai 10 malam.
Hari-hari kecuali hari minggu.
Saya sudah banyak penat.
Kalau kakak tak mahu tunggu,
kakak boleh pergi lain klinik.
Saya sudah tarak kisah punya."
Staf klinik aku pun dah tahu dah.
Takda yang berani tanya kalau aku datang lambat.

Aku dah hampir 14 tahun jadi doktor.
Habis belajar aje terus kerja sampai sekarang.
Tak pernahnya aku cuti rehat panjang.
Paling lama pun 2-3 hari.
Aku terasa nak cuti barang seminggu dua.
Jalan2 jauh daripada Malaysia.
Tapi apakan daya.
Kadang2 aku sedih gak.
Kawan2 aku hantar gambar2 kat Facebook.
Pergi melancong ke luar negara. Europe, Australia, Japan,
Dubai, New Zealand, Mekah, dan sebagainya.
Tapi aku?
Aku paling jauh ke Rantau Panjang, Kelantan.
Kalau cuti aje,
balik2 ke Melaka, Melaka dan Melaka.
Dah jemu dah.

Aku juga dah jemu jadi doktor.
Rasa macam nak buat kerja2 lain yang tak perlu ada ofis,
tak perlu ada waktu kerja yang tetap.
Aku rasa macam nak bukak restoran .
Tak pun jadi photographer.
Tak pun jadi surirumah.
Aku dah malas nak menghadap orang sakit tiap2 hari.
Bosan.
Oranglain setiap malam boleh lepak2 kat rumah.
Tengok tv,
temankan anak2 belajar,
pergi shopping.
Tapi aku setiap malam kena kerja.
Pukul 8,
klinik dah penuh.
Pukul 10.30 baru sampai rumah.
Anak2 dah tidur,
wife sibuk dengan kerja2 dia.
Tinggallah aku sorang2 melayan mata yang kadang2 tak mengantuk.

Saat paling seronok jadi doktor macam aku ialah
bila dapat bersembang2 dengan pesakit2 aku.
Aku suka kalau pakcik2 dan makcik2 yang datang klinik.
Aku suka tanya soalan macam2.
Sejarah keluarganya semua aku nak tahu.
Kerana bila mereka dapat berbual2 dan meluahkan perasaan yang berbuku di hati,
tekanan darah mereka turun,
sakit kepala mereka hilang
dan selera makan mereka bertambah.
Hilang rasa kebosanan aku bila tengok pakcik2 dan makcik2 tu
balik rumah dengan perasaan yang ceria.

Aku juga suka melayan kanak2 yang datang ke klinik.
Mereka memang betul2 sakit.
Bukannya sakit olok2 atau dibuat2.
Hanya merekalah yang dapat menghilangkan perasaan tension aku.
Kalau yang datang klinik semua mamat2 Bangla, minah2 Indon dan warga2 tempatan
yang malas nak pergi kerja,
aku memang boleh sakit jiwa dibuatnya.

Aku nak kena bercuti.
Nak kena tinggalkan bandar Kulaijaya buat seketika.
Aku nak kena Offkan handphone.
Aku tak nak tengok akaun klinik.
Aku tak nak tahu berapa banyak lagi hutang2 aku di bank,
aku tak nak tahu berapa banyak interest yang aku kena bayar kat bank,
aku tak nak tahu berapa banyak ubat2 yang hampir expired kat klinik.

Aku kesian kat wife aku.
Aku juga kesian kat diri aku.
Minggu depan anak2 dah nak exam.
Wife pun ada exam jugak.
Masalah aku lagi satu.
Bila aku tension aku suka memasak.
Bila aku memasak,
aku makan banyak.
Bila makan banyak,
badan jadi berat.
Bila badan tambah berat,
aku jadi lagi malas.
Aku asyik nak tidur pulak.
Alahai...



1 ulasan:

  1. Suami saya pun sebagai seorang doktor tak ada masa untuk saya dan anak-anak..apakan daya dah tugas seorang doktor,banyak yang melihat kerja doktor senang..mereka tak rasa.
    Sebab tu banyak cakap.
    Tolong la kementerian ubah jadual bertugas mereka,doktor bukan tak ada cuma banyak yg lari ke hospital swasta ermm

    BalasPadam