Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

13 Februari 2010

Aku dan Tahun Baru Cina 2010

Tahun Baru datang lagi. Tahun Tiger. Apa signifikannya, takda kena mengena langsung denganku. Ada beberapa perkara yang aku tak suka bila tahun baru datang. Antaranya:

1. Tradisi bermain mercun yang bermula pada jam 12 tengahmalam.

Walaupun bermain mercun dan bunga api itu telah diharamkan di negara 1Malaysia ni, saban tahun tradisi ini makin hebat dan gempak. Tepat jam 12 malam dan berlarutan hingga ke pagi, mercun akan terus menerus dibakar. Sapa2 yang nak tidur lena malam tahun baru baik lupakanlah. Pergilah balik ke perkampungan Melayu supaya dapat tidur dengan aman dan tenteram. Kalau duduk kat bandar, setiap 5 minit pasti akan kedengaran dentuman mercun dan percikan bunga api kedengaran. Nasib baik aku taakda anak kecik. Kalau tidak, demam aku.

Ini memang dah jadi budaya dan tradisi mereka. Tak boleh nak salahkan mereka. Diharamkan macamanapun, tradisi tetap kena teruskan. Hantu2 perlu dihalau supaya tahun baru lebih meriah dan rezeki makin bertambah. Maka penyeludupan mercun dan bunga api semakin galak dan berterusan. Selagi ada permintaan, selagi itulah akan ada penyeludupan. Ala! yang bawak masuk pun orang2 kerajaan jugak. Untung besar beb!

Seperti tahun lepas, sebelum isyak aku dan keluarga kena balik kampung. Aku tak boleh tahan mendengar bunyi bising mercun sepanjang malam. Boleh kena heart attack nanti.

2. Pekerja2 yang datang klinik semata2 nak ambik MC.

Ada satu company Singapore ni. Pekerja2nya 98% Chinese. Kilangnya adalah panel di klinik aku. Setiap tahun cerita yang sama berlaku. Pekerja2nya tak diberi cuti. Petang tahun baru pun disuruhnya kerja. Siapa2 yang nak ambik cuti tahun, kena cari replacement. Dah nama hari raya. Semua nak beraya. Maka siapa nak ganti? Jadi, ramailah yang datang ke klinik cari MC. Yang aku tak tahan ialah yang datang tu makcik2 umur dah lebih 40 tahun. Semuanya kerja kat kilang tu dah lebih 15 tahun. Merekalah yang datang nak ambik MC. Nak masak untuk keluarga. Nak jumpa anak2 dan cucu-cicit. Tapi kilang suruh pergi kerja jugak. Kan gila namanya?

Tahun2 lepas aku bising2 gak kat patient sebab menyalahgunakan MC. Tapi tahun ini aku belasah aje. Kalau staf company tu datang, belum apa2 lagi aku dah tanya, "Nak MC berapa hari?" Aku dah tak kisah pasal protokol, undang2 dan segalanya. Yang penting, mereka boleh beraya sakan dan aku tumpang gembira. Bukannya aku jual MC tapi memberi perkhidmatan. Aku tunggu aje HR company tu call aku. Aku dah ready dengan jawapan aku. Kalau tak puashati jugak dan nak report kat MMC, silakanlah. Company Singapore ni bukannya kira hari raya ke, famili ke, yang penting untung, untung dan untung. Kalau dia nak terminate aku sebagai panel pun aku tak kisah dah. Lantaklah.

3. Kereta banyak di jalan raya.

Musim tahun baru biasanya disambut dengan berkereta baru. Itu juga sudah jadi tradisi mereka. Aku tak kisah kereta banyak di jalan2 tapi aku kisahkan tuan2punya kereta dan yang membawanya. Mentang2 kereta mereka besar2 dan mahal2 mereka cukup berlagak dijalan raya. Mereka ingat mereka sorang aje yang bayar road tax dan cukai. Undang2 jalan raya tolak tepi. Parking ikut suka, potong queue, kedekut bagi signal dan bawak laju nak cepat mampus.

Tahun ini, aku cuti duduk rumah aje. Aku malas nak kemana2. Aku tak sanggup berdepan dengan pemandu2 kereta besar yang berlagak dan kononnya banyak duit, dia boleh buat apa saja.

4. Cuaca panas terik.

Dah jadi kelaziman, tahun baru biasanya musim kemarau. Dah 3 minggu hujan tak turun. Udara kering dan berhabuk. Itu sebab aku malas nak pergi jalan2. Takut kulit tukar warna.

Kepada pembaca blog ini, Selamat Bercuti panjang. Gunakanlah masa2 lapang dan terluang untuk bersama2 keluarga dan merehatkan minda. Malam tadi Neil hantar SMS kat aku, dia dapat tiket untuk balik Kedah. Kalau tidak, mungkin dia jalan kaki agaknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan