Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

04 Februari 2010

Aku dan de ja vu

Lama tak berbicara pasal politik. Malas aku nak follow. Banyak sangat drama dan sandiwara. Tapi bila kes perbicaraan DSAI-Saiful Bukhari bermula, aku ingin sangat tahu kesudahannya. DSAI dah cuba berpuluh2 kali untuk membatal dan melengah2kan kes ini daripada dibicarakan. Kes ini berlaku pada Jun 2008 tapi sampai sekarang tak mula lagi. Ada aje isu2 teknikal yang cuba dibangkitkan. Aku tak pasti apa yang ditakutkannya. Kebenaran atau kepalsuan? Entahlah. Tapi balik2 dia kata konspirasi. Konspirasi. Konspirasi. Fed up aku dengar.

Masa episod pertama dulu iaitu sekitar tahun 1998, aku memang langsung tak percaya bahawa DSAI yang digambarkan sebagai pemimpin Islam yang Agung tiba2 dihinakan dengan dakwaan yang begitu menjijikkan. Masa tu aku cukup marah dengan Tun Mahathir. Aku sokong penuh DSAI difitnah dan langsung dipenjarakan. Aku percaya sangat2 bahawa dia tak bersalah. Aku percaya bila dia kata dia nak kena bunuh dengan racun Arsenik, nak kena inject dengan virus HIV, dia kena pukul masa dalam lokap, dia sakit pinggang yang serius dan boleh lumpuh jika tidak dirawat di luar negara. Aku percaya semuanya. Semua risalah2 yang aku baca, tape2 yang diseludup daripada mesyuarat kabinet, kenyataan bersumpah saksi2 aku percaya bulat2. Aku percaya bahawa Tun Mahathir itu jahat dan benci sangat2 kat DSAI sampai dia sanggup buat apa sahaja untuk memalukan DSAI.

Tapi itu dulu. Dulu lain sekarang dah lain. Sejak pembebasan DSAI sampailah sekarang aku dah makin jauh daripada DSAI. Kepercayaan aku padanya dah turun sampai tinggal hanya 30%. Lagi 70% aku dah tak percaya kat dia. Banyak sangat kelemahan dan keburukan peribadinya mula terdedah. Terutama keinginan dia untuk menjadi Perdana Menteri. Dia sanggup buat apa sahaja demi mencapai cita2nya. Dia terlalu berangan2 dan bermimpi di siang hari. Aku rasa dia masih bermimpi dan masih memasang angan2 tersebut.

Semalam Saiful dah bukak cerita apa yang telah berlaku ke atas dirinya pada petang 26 Jun 2008 di Kondominium Desa Damansara. Kalaulah ianya benar2 berlaku, sesungguhnya dunia ini sememangnya hampir nak kiamat. Aku tak tergamak nak menulis apa yang telah berlaku. Memualkan dan menjijikkan. Tapi kalaulah itu semua tak berlaku dan cuma khayalan Saiful, maka berani sungguh dia. Berapa jutalah Najib dah bayar dia untuk memulakan konspirasi ini ya? Kalau aku diberi wang satu billion pun, aku tak sanggup. Mana aku nak letak muka aku kat dunia ini? Bagaimana aku nak berhadapan dengan Tuhan nanti? Bagaimana aku nak memohon maaf dengan DSAI andaikata aku nazak masa nak meninggal besok? Walaupun ada duit berjuta tapi tenteramkah hidup?

Aku inginkan kebenaran. Aku nak tahu betulkah semua ini khayalan atau memang benar2 berlaku. Semoga Allah memberi hidayah dan membukakan pintu hati Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah dan menunjukkan jalan bagi mendapatkan kebenaran . Mendiang Hakim Agustine Paul aku susah nak percaya sebab banyak benda yang tak relevan jadi relevan dan juga sebaliknya.

Aku rasa bersalah terhadap Tun Mahathir. Kalau aku dapat jumpa dia, aku nak cium tangan dia nak minta maaf kerana bersangka buruk terhadapnya. Aku rasa jasa beliau yang paling besar ialah berjaya mengelakkan DSAI daripada menjadi Perdana Menteri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan